26

995 70 0
                                    

             SN RESTAURANT adalah restoran milik Encik Shahrol iaitu abah kepada Nisa Sharifah. Aidan agak terkejut bila Nisa kata dia mahu bawa Aidan pergi ke restoran abahnya. Tak sangka pula abah mertuanya seorang pemilik restoran.

"Aidan tak tahu pula kalau abah ada restoran." Aidan memang terkejut bila dapat tahu.

Encik Shahrol tertawa, "Maafkan abah, Aidan. Abah lupa nak bagitahu dengan Aidan. Maklumlah, dah tua begini."

"Hah? Awak tak tahu ke kalau abah ni ada restoran?" tanya Nisa pula. Mustahil pula dia tidak tahu akan latar belakang keluarganya.

Aidan menggeleng. Mana dia tahu. Tidak ada siapa bagitahu dia. Dia fikirkan abah mertuanya itu sama seperti ayah dia, ada syarikat bahagian arts.

"Sebenarnya abah dengan ayah kamu dah berkawan lama. Pada mulanya, memang kami tak merancang untuk perkahwinan antara Nisa dan Aidan. Kami berkawan saja. Tapi..." Encik Shahrol pandang isterinya.

"Bila isteri dah berkawan, lain pula jadinya. Itu yang mereka saling jodohkan kamu berdua." terbongkarlah sudah rahasia. Rupanya, ibu Aidan dan ibu Nisa lah yang merancang perkahwinan antara mereka dua.

Si bapa-bapa saja tidak terfikir soal itu. Bila si emak-emak sudah berkawan baik, ini lah yang jadi. Fuh, kena hati-hati lepasni! Nanti kena jodoh pula dengan anak kawan mak! Eh, ada ke? Nehii!

"Tak apa lah. Kamu berdua pun dah kahwin sekarang. Hah, marilah kita pergi makan." ibu membawa.

Aidan sedikit shock bila mengetahui kebenaran. Begitu juga dengan Nisa. Tak tahu pula kalau otak ibu mereka berdua ini agak bergeliga juga!

Eips, jangan lupa juga perkenalkan ibu Nisa. Puan Nadia; chef yang cukup terpelajar di SN Restaurant ini. Dia memang sudah dicop sebagai senior. Untung! Suami pemilik restoran, isteri pemasak di restoran. The combination is just marvelous.

"Saya minta maaf sebab tak pernah cerita kat awak pasal ibu dengan abah," ucap Nisa. Agak bersalah juga dia sebab tak bagitahu Aidan. Kalau dia bagitahu awal, tidaklah shock lelaki itu.

Aidan menggeleng, "Tak apa." lagipun tidak terduga akan cerita mereka jadi begini. Siapa punya kerjalah rahsiakan semua? Penulis!

,

“HAH, ini kah dia Nurul yang kamu ceritakan itu?" ah, kantoi sudah!

Idham mahu menutup muka. Kenapa lah ayah dia ini tak pandai cover? Aduhai, malu menghentam-hentam dada Idham. Nurul sudah menoleh ke arahnya.

"Oh?" Nurul jongket kening. Tak sangka pula kalau ada orang itu suka ceritakan tentang dia dekat family dia ya.

"Err..." speechless. Idham tak mampu nak bercakap. Memang benar dia selalu cerita tentang Nurul pada keluarganya, iyalah, dah minat namanya.

Ibu: "Lawa orangnya. Pandai benar kamu memilih ya, Idham."

Idham hanya mampu tayangkan sengih. Entahlah dia mahu rasa apa sekarang. Bercampur sudah perasaan dia. Tidak dengan rasa malu dan gembira. Aduh!

Ayah Nurul; Encik Mahmud dan ibu Nurul; Puan Darmunah, sama-sama mengulum senyum. Ramah sungguh lah keluarga Idham.

"Ah, aunty... uncle, kenalkan. Ayah saya dan ibu saya." hanya mampu berkenalan dari video call sajalah. Memandangkan keluarga Idham jauh di Amerika sana.

Puan Hafiza, ibu kepada Idham, mengangguk, "Selamat berkenalan ya ibu dan ayah Nurul. Kami cuma mampu sampaikan salam dari jauh saja."

"Iya... tak apa lah. Nanti ada rezeki kan boleh bertemu." Puan Darmunah menjawab ramah. Amboi, sudah ada tanda-tanda kalau kedua keluarga ini bakal bersatu.

Encik Hazizul, ayah kepada Idham, "In sha Allah, kalau ada jodoh anak-anak kita ini, kami pasti balik ke Malaysia." tentulah nak balik, tak akan lah orang tua sendiri nak lepaskan perkahwinan anak dia? No no no!

Nurul pandang Idham. Lelaki itu berpura-pura tidak tahu. Iyalah. Dia malu sebenarnya. Sudahlah ayah dia baru saja kantoikan dia tadi. Depan keluarga Nurul pula itu. Malu beb!

"Kerja apa di sana?" tanya Encik Mahmud.

Encik Hazizul: "Saya kerja doktor bahagian pembedahan. Sepatutnya saya ada di hospital di Malaysia saja, tapi dipindahkan pula ke Amerika ini. Itu yang terpaksa menetap di sini."

Encik Mahmud mengangguk mendengarnya. Bukan calang-calang pula keluarga Idham ini. Boleh tahan sampai ke Amerika. Tidak apa lah. Kan namanya juga kerja, haruslah laksanakan tanggungjawab kan? Doktor pula itu.

"Isteri pula kerja apa?" kini Puan Darmunah pula mengaju soalan.

Encik Hazizul: "Isteri saya tak bekerja. Dia jadi suri rumah saja. Elok juga. Ada yang nak menyambut saya waktu pulang dari kerja."

Puan Hafiza senyum. Dia ini ada pegangan ijazah, tetapi dia memilih untuk tidak bekerja kerana suaminya bilang, dia mampu untuk menyara keluarga.

Berlainan pula cerita dengan ibu kepada Nurul. Puan Darmunah ini ada buka satu tempat berkaraoke. DAR Karoks. Lagipula, Puan Darmunah sejak remaja lagi memang minat nyanyian.

Kalau suaminya pula lain lah minat. Sebabkan dulu si suami ambil business punya bidang, jadi dibukalah kedai makan. Sama seperti ayah Nisa. Cuma nama saja berbeza; MD Restaurant.

,

,

,

———next chapter———

“Naufal.... saya nak!”

SWEET BLUE ✅️Where stories live. Discover now