62- Cinta Tiga Segi

Start from the beginning
                                    

Jasmine yang ada di situ turut menahan perut daripada terus sakit akibat terlalu banyak ketawa.

She never saw this side of Velkovace. This side of her husband and the others. The cheerful one.

🦋

"JASMINE kan?". Sebuah suara menegur Jasmine sebaik sahaja dia keluar daripada bilik besar itu untuk ke bilik kerja suaminya.

'Eh, dia pandai cakap Melayu?'. Fikir Jasmine.

"Ya, saya Jasmine. Kenapa Cik Belle?". Jasmine menyoal wanita tinggi seumpama model yang berdiri tepat di hadapannya itu.

"Saya ada nak cakap sikit dengan awak. Boleh?". Belle tersenyum manis. Di sebalik senyuman itu, seperti yang anda semua boleh agak, sudah semestinya la tersirat 1001 makna yang kita sendiri tak tahu baik ke tak. Tunggu aje la, ya?

"Sebenarnya saya nak jumpa dengan Caden ni, kita bercakap esok aje la ya? Lagipun dah lewat ni. Dah pukul 11 malam". Sebenarnya, Jasmine tak berapa nak selesa bercakap dengan orang yang tak terlalu dia rapat seperti Belle ini. Dia seolah dapat merasa aura pelik yang datang daripada wanita ini.

"Tak boleh, Jasmine. Saya dah nak bertolak ke Itali esok".

Jasmine kelihatan seperti berfikir seketika.

"Hm, cakap la. Awak nak cakap apa?". Dan akhirnya, dia bersetuju untuk membuka ruang perbincangan bersama gadis berdarah Rusia-Itali itu.

Kalau nak tahu, Belle Velkov ialah adik kepada Liam Velkov. Sepupu Caden yang bakal mengambil alih jawatan ketua Velkovace selepas sahaja Caden mengambil keputusan untuk meletak jawatan pada masa akan datang.

"Awak kenal Melvin? Melvin Hanchester".

Jasmine sekadar mengangguk.

"Awak boleh tolong saya?".

"Tolong apa?". Jasmine sudah mulai berasa tidak sedap hati. Dia perempuan, jadi dia tahu apa yang gadis ini cuba untuk lakukan.

"Tolong saya untuk dapat kan dia. Dah dua tahun saya simpan perasaan saya dekat dia. Saya terlalu sayangkan dia. Saya tak sanggup untuk tengok dia bersama orang lain". Ha sudah. Aku dah agak dah.

Ini ke yang Belle bincangkan dengan Caden pagi tadi?

"What? I can't do that. Dia dah nak kahwin, Cik Belle".

"Yes, you can".

"And why is that? Why me?". Soal Jasmine. Kalau diletakkan cerek ke atas kepalanya, confirm masak air dalam cerek tu. Kerana permintaan karut Belle ini, sudah membuatkan dia panas.

"Sebab saya tahu, kita semua tahu yang awak satu-satunya perempuan yang boleh rapat dengan dia. Sepanjang hidup dia, dia tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan kecuali awak".

"Mana awak tahu semua tu?".

"That's not important. But can you help me?".

"No, and Im sorry. Dia akan kahwin dengan Alisa dan Alisa tu kawan saya. I won't betray my own friend". Kata Jasmine dengan tegas sebelum dia berlalu daripada situ. Makin lama duduk dekat situ, makin panas pula rasanya.

🦋

"KAU tengok apa?". Hampir nak tercabut jantung Alisa tatkala suara garau itu menegurnya. Siapa lagi kalau bukan Melvin?

"Vinvin, do you really wanna marry me?". Alisa yang telah mendengar segala perbualan di antara Jasmine dan Belle tadi, menyoal Melvin secara tiba-tiba.

"Why can't you understand this thing properly? Berapa kali aku cakap, aku nak kahwin dengan kau. Kau tak payah banyak soal, boleh tak?". Berkerut-kerut wajah Melvin, sedaya upaya menahan sabar apabila terkeluarnya soalan itu daripada mulut Alisa.

"Im just worried. Really, really".

"You don't believe me, don't you?".

Alisa terdiam mendengar tuduhan Melvin itu. Sejujurnya, itulah kebenarannya.

"What should I do so that you can believe me?". Jari kasarnya membawa beberapa untaian rambut Alisa ke belakang telinga gadis itu.

"I don't know".

Tanpa ditunggu lagi, kepala gadis itu ditarik mendekat dengannya. Dahi Alisa dicium sekilas oleh Melvin. Berharap agar Alisa akan terus mempercayainya.

Terpaku gadis itu di situ.

"Sekarang, kau percaya kan aku?".

🦋

Third update for this day!
Untung lah korang ya?

Hm, sweet tak Melvin?
Kalau saya, saya rasa dia sweet sangat!

Apa pendapat anda?

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now