•RIYANARA | 63•

Start from the beginning
                                    

"Okey sekarang aku nak kau call orang kau suruh duduk selang beberapa meja dari Una." Arahnya. Riyyan hanya menurut. Mereka menuju ke arah restoran yang menjadi tempat pertemuan gadis itu.

ARALYN memandang wajah gadis di hadapannya dengan pandangan keliru. Dia ni tadi ajak jumpa beria sangat. Bila dah jumpa tak cakap apa-apa pun. Bisiknya di dalam hati sebelum dia berdehem sekali.

"Ada apa awak jumpa saya?" Soalnya setelah sekian lama berdiam diri.

"Saja." Sepatah gadis di hadapannya menjawab.

Aralyn menghela nafas. "Hanin, apa motif awak buat semua ni?" Soalnya lagi.

Hanin menjongket bahu sebagai jawapan. Aralyn yang melihat memandang gadis itu dengan pandangan tajam.

"Awak tahu tak sebab awak suami saya berubah? Dia jadi lain sangat lepas apa yang awak dah buat! Sebabkan tu jugak lah hubungan Qashah dengan daddy jadi tegang! Awak nak apa sebenarnya Hanin?" Nada suaranya ditahan supaya tidak meninggi.

"Kalau aku cakap aku nak suami kau, kau boleh bagi?" Soalnya.

Aralyn terdiam sebelum menggeleng. "Dia dah kahwin Hanin. Awak cari lah lelaki lain. Lelaki yang boleh sayang dan cintakan awak macam mana awak sayang dan cintakan dia." Pesan Aralyn lembut.

"Kau tak payah nak acah lah perempuan! Kau tu sebenarnya perampas! Tak payah nak acah baik acah alim lah!" Sinisnya.

Aralyn menggeleng perlahan mendengar ayat gadis itu. "Tak apa lah Hanin. Kalau awak tak ada apa-apa lagi saya nak balik dulu, assalamualaikum." Pamitnya seraya bangun dari kerusi.

Hanin yang merasa tercabar dengan gadis itu pantas mengeluarkan sesuatu dari begnya. Dia mengangkat tangan kanannya.

BANG!

Aralyn yang baru berpaling tertunduk terkejut tatkala tembakan dilepaskan ke siling. Dia memandang wajah gadis di hadapannya sekilas.

"Kenapa? Takut?" Soalnya tersenyum sinis. Semua pelanggan di restoran itu tercengang memandang mereka.

Aralyn menggeleng perlahan. "Hanin, jangan macam ni. Kita kat tempat awam. Kalau awak marah saya, tak puas hati dengan saya, lepas kat saya. Jangan libatkan orang lain." Pujuk Aralyn lembut.

"Bagus." Tembakan dilepaskan di semua mentol lampu. Secara tiba-tiba lampu terpadam membuatkan semua keluar dari restoran itu. Aralyn berdoa di dalam hati supaya Allah menggerakkan hati suaminya pergi ke situ.

RIYYAN yang semakin resah menepuk bahu sepupunya itu. "Il! Cepatlah sikit!" Desaknya.

"Ya, dah nak sampai dah ni." Balasnya. Kurang dari satu minit mereka sampai ke destinasi yang dituju. Tidak menunggu lama Riyyan berlari keluar dari kereta.

Aralyn yang masih berada di dalam restoran itu berundur ke belakang apabila gadis itu semakin dekat. "A... Awak nak buat apa ni Hanin?"

Riyyan yang baru masuk ke dalam restoran pantas berlari ke arah dua gadis itu. Tubuh Aralyn dipeluk. Sempat dia menatap tajam wajah Hanin sebelum menarik Aralyn keluar dari situ.

Hanin mulai berasa bengang dengan lelaki itu menyasarkan pistol ke arah Aralyn. Namun belum sempat tembakan dilepaskan, tangannya terlebih dahulu ditolak ke arah lain membuatkan tembakan itu tersasar.

Aralyn memeluk kemas tubuh suaminya itu. Dia menangis tanpa suara dek kerana terlalu takut. Hilman melangkah ke arah pasangan itu.

"Kau nak aku buat apa?" Soalnya memandang Riyyan.

"Kau ikat dia. Aku nak hantar Una kat kereta nanti aku datang balik." Jawab Riyyan dibalas dengan anggukan.

Hilman melangkah masuk ke dalam restoran itu sebaik sahaja Riyyan kembali melangkah ke kereta. Tali yang dihulurkan oleh pengawal Riyyan diambil. Tangan dan kaki gadis yang meronta itu diikat ketat.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now