61- Heated Argument

Start from the beginning
                                    

Perkara ini akan berulang sampai Abang Jamil mampus.

Lorong untuk ke ruang makan Harry Potter itu dilalui dengan penuh gementar. Walaupun dia dah pernah jumpa atuk suaminya itu, tapi tetap juga dia rasa gementar dan gugup. Yela, orang tua tu kan bekas ketua Velkovace.

"Good morning, Lady Jasmine. I thought you don't wanna eat". Kata bibik yang datang menjemputnya tadi dengan suara sinisnya ketika Jasmine memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan pintu besar itu. Eh eh dia ni, melebih pula.

"Nyusoh ko mu ko?".
Translate: Menyusahkan kau ke?

Semenjak dua menjak ni, suka betul ya Jasmine guna loghat Kelantan nya itu untuk melepaskan geram kepada semua orang yang ada di sini. Semalam wartawan, harini maid pula. Jelas-jelas lah mereka tak faham langsung dengan apa yang Jasmine katakan.

Pintu besar itu ditolak oleh salah seorang butler lelaki yang ada di situ. Jasmine pun melangkah masuk ke dalam ruangan itu. Buat kali kedua sepanjang dia menetap di mansion bereka bentuk seperti istana Inggeris lama milik Mr. Vyacheslav itu.

"Jasmine! Rindu dho kau!". Pertama-tama sekali, dia sudah disapa oleh Lee. Ceria semacam je kau harini, Lee. Ada apa-apa ke?

"Hai". Jasmine melambai kecil ke arah semua yang ada di meja itu. Melvin, Lee, Alex, Hedeon dan Mr. Vyacheslav. Orang tua itu turut mengangkat tangannya separas bahu untuk melambai Jasmine. Paip yang dihisap di bibir, diletakkan ke tepi terlebih dahulu.

"Duduk la, Jasmine. Lama aku tak tengok kau". Ujar Alex.

"Baru 2 hari. Yang korang tak keluar bilik tu kenapa?".

"Keluar bilik?". Mereka berdua mengerutkan dahi. Seolah tak faham apa yang cuba Jasmine maksudkan.

"Yela, terperuk dalam bilik tu sampai 2 hari".

"Apa yang kau cuba cakap ni, Jasmine? Kitorang baru sampai la semalam. Nak jumpa kau semalam, kau tidur awal". Jelas Melvin. Tak mahu ada salah faham lagi.

Tapi rasanya, ini makin menimbulkan salah faham ada lah.

"Tapi Caden cakap--".

Lee menyiku-nyiku lengan Melvin. Dia tahu, Caden cuba untuk menyembunyikan sesuatu daripada Jasmine. Sebagai kawan yang baik, dia mestilah tolong cover.

"Eh tunggu apa lagi? Jom makan. Aku lapar dho". Ajak Lee dengan mukanya yang kelihatan teramat lah mencurigakan di mata Jasmine itu.

"Grandpa, what do you wanna eat?". Soal Melvin, sambil tersenyum manis.

"Я не буду есть, пока каден не будет сидеть рядом со своей женой (i won't eat until Caden is sitting next to his wife). Где этот парень? (where's this guy?). Leaving his wife all alone". Kata Mr. Vyacheslav dengan tegas sekali.

Macam biasa, Jasmine hanya memahami bahagian Bahasa Inggeris sahaja. Yang lain? Yang lain hanya mampu membuat dia merenung nasib tidak mempelajari bahasa ibunda suaminya itu.

"Caden is upstairs with Belle. They are discussing some works". Ujar Melvin lagi. Tak mahu la pula tercetusnya amarah di meja makan itu.

"Then, go ask him to come here in less than 3 minutes or I will let all of you to be eaten by the scorching sun outside". Dengar sahaja amaran itu, maka berlari lah mereka berempat, ya termasuk Hedeon untuk pergi memanggil Caden. Takut punya pasal.

"Im asking for your apologies on behalf of Caden. He's so busy these days". Mr. Vyacheslav membuat riak wajah risau. Dia tahu segala apa yang terjadi di dalam rumah ini.

"It's alright. I totally understand how busy he is". Tipu Jasmine.

"Glad you are but Im still sorry, Jasmine. I will teach that little rascal soon. By the way, what are you going to do, today?".

"Im planning on going to a beach sidewalking this evening". Ha bagus bagus, Jasmine dah mulai rapat dengan si tua ini. Takdela gugup sangat lepas ni lagi dah.

"Or you can have a visit at our warehouse. Located right beside the beach". Mr. Vyacheslav ketawa atuk-atuk dan mengajukan cadangan itu. Ingin juga dia kenalkan dunia perniagaan mereka kepada cucu menantu barunya ini.

"Sure".

"No, she can't". Tegas suara Caden yang entah bila masanya muncul itu melarang.

"Почему? (kenapa?)".

"Atuk sendiri tahu yang semua tu bahaya untuk dia. Dia tak boleh tengok semua tu". Bahas Caden lagi. Perempuan yang ada di sampingnya, dikerling sekilas oleh Jasmine.

'Cantik'.

Tinggi. Kulitnya sawo matang. Bermata biru. All perfect. Perempuan itu bahkan terlihat seperti model.

"I don't care. Why are you abandoning your wife, by the way? Hanging out with some random Перемпуан (girl) instead of having breakfast with Jasmine".

"Дед! (atuk!)". Suara Caden mulai meninggi.

"Don't raise your voice in front of me, Caden Velkov Gilbert!". Maka terjadi lah perang mulut hangat di antara seorang datuk dan cucunya di hadapan meja makan itu.

"Im not! You're crossing your limit".

"Dah la, Caden". Jasmine mencapai tangan Caden lalu digosok perlahan untuk menurunkan amarahnya. Dia tak pernah tengok Caden semarah ini.

🦋

Ada orang tu suruh saya double update.
So...
Ku turuti~

By the way, korang rasa Melvin, Lee dan Alex pergi mana sampaikan diorang baru sampai ke Rusia, lewat sehari?

Dan, dan, dan...!

Apa dah jadi dekat Nisha?
Cuba teka~

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now