58- Rusia's Castle

Start from the beginning
                                    

"Huwaaaa Cadennnn!". Kedua-dua tangannya digepal dan digunakan untuk menenyeh-nenyeh matanya.

"Hey there, princess. Come on, I will take you to Caden". Tiba-tiba muncul seorang lelaki di hadapannya membuatkan dia berhenti menangis.

Kepala Jasmine diangkat untuk memerhatikan susuk tubuh lelaki itu.

Tinggi, wajahnya tampan dan muda, tapi lagi tampan Caden la. Kemas bersut hijau gelap, di tangannya ada sebuah tongkat bewarna hitam.

Dan wajahnya...

Wajahnya sebiji macam...

"Aidan? Awak ke tu?". Jasmine menilik-nilik wajah lelaki yang sedang duduk mencangkung di hadapannya itu.

"Introducing, my name is Hedeon Helge. Nice to meet you, princess. Here, a cookie to make you happy and please wipe your tears or I will be teared by Sir Gilbert into pieces if he sees those tears". Hedeon menghulurkan satu plastik kecil yang berisi biskut coklat cip di dalamnya bersama sebuah sapu tangan.

"Muka awak sebiji macam arwah Aidan".

"I don't really understand what you were saying but I heard Aidan's name. Is it Aidan Hakimi?".

Jasmine mengangguk.

"Oh, you must think that we look alike, am I right? It's okay, everyone does. Come on, we must go to the dining hall. Mr. Vyacheslav and Sir Gilbert are waiting". Hedeon menghulurkan tongkat hitamnya untuk membantu Jasmine bangun berdiri.

'Apasal sebiji sangat muka dia dengan Aidan? Takde beza langsung'. Jasmine menilik lagi muka Hedeon. Masih tak puas hati.

"Come on, Lady Jasmine".

"Wait".

Jasmine menghampiri kedua pengawal tadi mengeluarkan sesuatu daripada poket gaunnya.

Sekeping kertas yang mengandungi banyak sekali stickers bintang bewarna kuning.

"Satu untuk awak". Dia ambil satu daripadanya dan ditampal di atas poket kemeja si abang.

"Ni untuk awak". Satu lagi diambil ditampal di tempat yang sama pada si adik.

Cukup keliru sekali wajah mereka berdua.

🦋

GAYA dia berjalan, macam taknak berjalan sahaja! Perlahan sangat! Padahal tak sampai 10 langkah pun lagi untuk memasuki dining hall yang pintunya sebesar pintu dining hall Harry Potter itu.

Gementar punya pasal.

"Whats wrong, my Lady?". Soal Hedeon sambil tersenyum manis.

'Eeee apasal sama sangat ni? Sebiji lesung pipit dia macam Aidan. Ke aku salah tengok ni?'. Omelnya sendiri.

"Lady Jasmine?".

"Im a lil scared".

"Don't worry, Mr. Vyacheslav only interested in eating pasta the most. Not people". Hedeon mengenyitkan matanya sebelum menyuruh Jasmine untuk memegang hujung tongkatnya agar dia mampu membawa Jasmine masuk ke dalam ruangan besar gedapak itu.

Pintu besar itu ditolak oleh dua orang pengawal yang berjaga di situ. Nampaknya macam bukan pengawal sebab mereka berpakaian seperti butlers sahaja.

"Добро пожаловать (selamat datang), Lady Jasmine". Salah seorang daripada butler itu menyapa dan Jasmine membalas dengan sebuah senyuman manis.

Dia masih lagi pelik. Macam mana semua manusia dalam rumah ni, setakat yang dia jumpa, semua tahu nama dia. Seingat dia, dia tak pernah pula ditanya kerana sampai-sampai je ke sini, terus dia melelapkan matanya kerana terlalu penat. Ini ha, baru bangun.

Hedeon dan tongkatnya yang 'memimpin' tangan Jasmine itu berjalan ke depan meja makan yang menempatkan Mr. Vyacheslav dan Caden itu.

"Hedeon". Sapa suara tua itu. Jasmine masih belum berani ingin bertentang mata dengannya.

"And Jasmine. What a beautiful wife you got there, Caden. Good job!". Orang tua itu ketawa atuk-atuk. Suka sangat dia dapat cucu menantu.

"Have a seat, Lady Jasmine. Im gonna wait for you outside". Kata Hedeon buat terakhir kalinya sebelum dia berlalu keluar.

"Nazia, duduk la". Ha, baru nak berbunyi! Orang tu dah gugup tahap apa dah, huh!

Jasmine lalu duduk di betul-betul di sebelah Caden. Sebenarnya, dia masih lagi gementar. Sempat lah dia kilas muka atuk Caden tadi, seram woo!

"Nazia, kenapa ni?".

"Takut la. Yang lain mana?". Jasmine bercakap separa berbisik.

"Tidur lagi. Diorang baru sampai. Penat".

"Saya ada benda nak bincang dengan awak nanti". Kata Jasmine serius.

Caden menelan air liur secara paksa. Dia tahu apa yang bermain di fikiran isterinya itu.

"So, what are we waiting for? Lets eat. Jangan risau, semuanya Halal". Kata Mr. Vyacheslav membuatkan Caden mendongakkan kepalanya serta-merta. Pandangannya ke arah atuknya seolah-olah macam, 'macam mana...?'.

"Alisa taught me to learn some Malay phrases. From the internet. Just for my new granddaughter". Pakcik tua itu kemudiannya gelak seperti atuk-atuk lagi.

🦋

Surprise!

Mari kita ucapkan selamat datang kepada 'watak baru' kita iaitu Hedeon Helge!
Suka tak?

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now