57- Pagi Yang Indah

Start from the beginning
                                    

Jasmine menarik tangan Caden untuk lebih mendekatinya dan tangannya dipautkan ke leher Caden yang masih lembap itu.

"No, Im not. Apa yang nak ditakutkan?". Berani dia menentang pandangan menggoda si isteri. Tapi, berduri juga lah air liur yang ditelan.

"Then, dukung la. Bukan susah pun".

"Susah".

"Apa yang susahnya?". Badannya semakin rapat dengan badan Caden sampaikan dia boleh mendengar dengup jantung lelaki itu. Kencang semacam!

"Are you seducing me right now, Nazia?".

"Takdela. Kenapa? Awak rasa tergoda ke? Saya tak buat apa-apa pun". Dia senyum meleret lagi. Seronok betul dapat usik Caden, hihi.

"Cepat la, dukung~". Dia meminta sekali lagi apabila melihat Caden yang mematung sahaja di situ.

"Kalau aku dukung dan mandi dengan kau lepasni, kau kena janji dengan aku yang kau akan sentiasa pakai seluar lepasni. Walaupun masa tidur". Caden seumpama memberi amaran. Amaran untuk tidak terus menggodanya dengan cara itu.

"Suka hati saya la".

"Tak payah dukung la macam tu dan kau mandi je sorang-sorang".

"Okay, okay. Fine. Tak pakai seluar pun salah, bukan ada orang pun dekat rumah ni". Jasmine menarik muncung panjang sedepa. Sikit-sikit nak merajuk, perempuan ni. Nasib baik Caden sayang!

Perlahan-lahan Caden menyelinapkan tangannya ke bawa lutut Jasmine. Satu lagi tangannya diposisikan di bahagian belakang badan wanita itu.

"Yeay, yeay kena dukung. Sayang awak". Perempuan gatal comel itu mengambil kesempatan untuk mencium pangkal leher Caden, sekali.

"Nazia, stop it or I won't be able to control my iman anymore".

"Okay, okay. Chill. I was just kissing you ne-".

"Shut up, Nazia".

Banyak pula Jasmine ni berkata-kata benda yang tak sepatutnya. Dah la baru bangun tidur pula tu.

🦋

BADAN yang agak kecil itu diletakkan di atas singki bilik air mewah yang terletak di dalam bilik tidur mereka itu.

Niatnya ingin membiarkan Jasmine menggosok gigi dan mencuci muka terlebih dahulu.

"Brush your teeth, wash your face. Lepastu, baru mandi". Arah Caden. Dia hanya duduk di atas tandas duduk yang ada di sebelah singki besar itu untuk menunggu isterinya. Dah la Jasmine ni kalau mandi, lama nak mampus.

"Okay, Sayf!". Berus gigi di capai dan dibilas dengan air paip. Ditarukkan sedikit ubat gigi berjenama Darlie di atas berus gigi bewarna kuningnya itu.

Manakala Caden pula sibuk menilik pergelangan kaki kiri Jasmine yang masih lebam itu.

"Kaki kau kenapa?".

"Jatuh tangga. Sebelum awak bebel, tangga yang saya maksudkan ialah anak tangga yang paling bawah tu. Saya terpeleot sikit, lebam. Tu sebab saya suruh awak dukung tadi". Dan barulah dia mulai menggosok giginya setelah menjelaskan segalanya kepada Caden.

"Kenapa tak bagitahu aku awal-awal?".

"Penting ke?".

"Sangat penting, Nazia". Tangannya mencapai kaki Jasmine itu lalu diusap perlahan.

"Nak pergi hospital tak?".

Jasmine sekadar menggeleng. Tak mampu lagi nak bersuara dek kerana busa ubat gigi yang mulai memenuhi mulutnya.

"Macam mana tidur kau semalam? Okay? Diorang ada tendang-tendang tak?". Tangannya naik mengusap perut besar Jasmine pula.

"Ada. Saya sampai terbangun sekejap. Tapi awak tidur mati. Langsung tak sedar. Kesian dekat saya, sorang-sorang dalam kegelapan malam tu". Dia dah mula dah dengan perangai dramatiknya itu. Air mata palsu dilap.

Tanpa sedar, tangan yang digunakan untuk mengelap air mata palsu tadi terpindahkan busa yang ada di hujung berus gigi itu ke matanya.

"Aaaa, Sayf! Pedih!". Mengalir air matanya dek kerana kepedihan yang terasa. Caden pun apa lagi, panik la.

"Ya Allah, gosok gigi pun tak pandai ke Nazia?".

Paip dibuka dan dia menyapu sedikit air ke mata Nazia sehingga hilang sensasi berangin dan pedih daripada mata wanita itu.

Tangannya lalu merampas lembut berus gigi kuning daripada tangan Jasmine.

"Nganga".

"Saya boleh gosok sendiri la".

"Nanti terpercik lagi, macam mana? Nganga cepat".

Jasmine yang akur, membuka mulutnya seluas mungkin.

Tangan Caden mulai perlahan-lahan memberus gigi Jasmine.

You see how much he loves his wife?
He loves her very much.
No words are needed.

🦋

Here is your daily chapter update!
Enjoy!

Saya agak sendu sebenarnya sebab tadi en crush saya jadi judge (?) untuk satu pertandingan pingpong asrama ni ANDDDD SAYA TAK JOINNN. SBB TAK RETI MAINN. Melepas lah peluang nak tengok crush huwaaaa T-T

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now