KAKI diberhentikan di hadapan sebuah bilik yang berpintu besi di ruangan bawah tanah itu. Pintu besi tertutup kemas. Namun, dia yakin sepenuhnya yang dia mendengar getaran suara-suara Lee, Alex dan Melvin daripada dalam bilik yang berbau agak hanyir itu.

"Hanyirnya. Bau apa ni? Diorang ada buat penternakan ikan haruan ke?". Cluelessly, she asked herself. Not knowing what was actually inside of the dungeon.

Dia meneruskan tindakannya dengan menekup telinganya ke pintu besi yang sejuk itu. Berupaya untuk mendengar segala perbualan mereka berti-

"Eh, ada suara perempuan". -berempat.

"Kenapa suara tu macam suara Nisha aje?". Dia cuba untuk mendengar dengan lebih jelas lagi.

Tanggapannya yang meneka bahawa itu adalah suara Nisha dibuang jauh-jauh. Takkan lah Nisha boleh ke sini. Kalau boleh pun, kenapa? Dia ada kenal siapa-siapa ke dengan orang dekat dalam rumah ni?

Pelbagai jenis soalan berlegar di dalam kepala otak Jasmine.

"Yes! Aku yang buat semua tu! Aku yang perangkap dia dengan lelaki tak guna tu!". Wanita itu ketawa terbahak-bahak di sebalik pintu besi itu. Membuatkan Jasmine cukup terkejut dengan kata-katanya.

"And whats your motive, Tasneem?". Terdengar pula suara Melvin.

"Tasneem? Tu nama Nisha kan? Apa Nisha buat kat dalam tu? Apa yang diorang cuba buat kat Nisha?". Jasmine yang sedikit tenang tadi berubah menjadi semakin panik.

Sudah jelas bahawa wanita yang ada di dalam bilik itu ialah Nisha. Kawan baik dia!

"Aku dengki dengan dia! Dia dapat tunang sehandsome Kasyaf. Kau semua nak tahu tak, bila dia putus tunang dengan Kasyaf dulu, aku la yang paling gembira sekali. Sebab Kasyaf tu bekas kekasih aku! Dia yang rampas Kasyaf daripada aku! So, tak puas dengan tu, aku sengaja ikut dia dengan lelaki tu ke apartmen dia, aku sepahkan segalanya. Aku biarkan pintu terbuka. Bila mereka berdua masuk, aku telefon penjabat agama! BAHAHHAHAHA! Padan muka dia! Mesti dia tak bahagia kan sekarang?".

Suara itu jelas untuk memperkenalkan siapa dirinya yang sebenar. Cukup terkejut Jasmine dengan segala pengakuan yang keluar sendiri daripada mulut Nisha itu. Dia sungguh tak sangka yang kawan baiknya sendiri akan tikam belakangnya.

" The laptop incident? Is it you?". Soal Alex pula.

"Siapa lagi kalau bukan aku? Aku curi laptop tu sebab Kasyaf yang suruh. Kasyaf nak suruh dia merana, kehilangan semua data pesakit dia. Kasyaf nak dia kena gantung dengan pihak hospital. Tapi malangnya, pihak hospital tak kisah pun pasal tu dan perempuan tak guna tu pun dah dapat balik data-data dia". Jelas wanita itu lagi.

"Apa lagi yang kau dah buat dekat dia?". Lee menyoal. Cuba menahan tangannya daripada dihayun ke muka si pengkhianat kawan baik sendiri itu.

"Lesen doktor dia. Aku yang sogok Cheif Rizal untuk gantung. Berbulan lamanya".

Dan kali ini, fakta yang terkeluar daripada mulut Nisha itu betul-betul menbuatkan Jasmine terkejut. Air matanya mengalir deras. Bekas aiskrim yang dipegang jatuh menyembah lantai menyebabkan terhasilnya sedikit bunyi. Mungkin boleh didengari oleh manusia-manusia di dalam.

"Siapa tu?". Soal Lee.

Seakan tersedar di situasi sebenar, cepat-cepat Jasmine mengelap air matanya sebelum berpusing ke belakang untuk keluar daripada ruangan bawah tanah itu.

Tapi, boleh pula dia terlanggar 'sebuah tiang' di masa dia tergopoh-gapah ingin keluar daripada situ.

Kepalanya diangkat dan jelas pada sudut pandangannya, si suami. Caden. Berdiri betul-betul di hadapannya.

Kedua bahu wanita itu dipegang oleh Caden. Dia menundukkan sedikit mukanya dan bertanya,

"What do you want me to do with her? Death?". Without any hesitation, he asked his wife.

Jasmine menggeleng lemah.

"Then? What can I do for you to stop crying. Tell me, Nazia. I will do it".

"Saya tak nak awak buat apa-apa. Saya tak rasa nak berada di sini lagi. Bawa saya keluar daripada sini". Figura tinggi itu dipeluk oleh Jasmine. Dia memerlukan kekuatan yang sesungguhnya.

Pengkhiatan oleh sahabat baiknya merupakan perkara yang terakhir yang mampu berlegar di kepalanya.

She betrayed her trust. Therefore, she will never be trusted by her again. A betrayal will always be a betrayal.

🦋

Don't be a betrayal just like Nisha Tasneem, kids.

Jangan khianati kawan baik hanya untuk kepuasan diri sendiri. A wise advice from me, myself.

Actually, this chapter is an adaption of a real story of my life. Like, 30% maybe. I was betrayed by my own 'bestfriend' making everyone hated me and making me thinking about committing s*icide. But when I told my counselor that I was being hated sampaikan kena cyber bullied, they never trust me. Mereka ambil remeh hal itu. And sampai sekarang, saya still kesal dengan semua yang terlibat.

Sorry for venting, peeps :(
But thank you reading/listening to my vent <333

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now