53- Nilai Sentimental

Comenzar desde el principio
                                    

"Macam mana dengan isteri kau?". Tanya Lee. Makin banyak yang dia risaukan, makin banyak yang dia nak tahu.

"I will bring her too. Dia akan sambung kerjaya dia di Rusia".

"Kau nak pisahkan dia daripada keluarga dia ke, Gil?".

Soalan ini. Caden tidak mempunyai jawapan untuk soalan yang telah diajukan oleh Alex ini. Sungguh, tak pernah dia terfikirkan tentang perkara itu.

"Lagi satu, rumah ni macam mana? Kau nak jual?". Tanya Alex lagi.

"I don't know if you remember, know or not but the daughter of the old owner's of this house want to buy it from me. Aku akan jual kepada dia. Tak silap aku, nama dia Elijah". Berlipat-lipat dahinya cuba untuk mengingati nama perempuan yang datang tempoh hari.

"Tapi Gil, rumah ni...". Mulut Lee mula berbunyi lagi.

"Hm?".

"Rumah ni banyak kenangan kita dengan Aidan. Kau tak sayang ke?".

Soalan kedua pada hari ini yang mampu menbuatkan Caden kehilangan kata-kata.

Beberapa ketika kemudian, dia bersuara lagi,

"Kau boleh bawa perempuan tu ke sini bila-bila masa sahaja. Tapi pastikan, Jasmine tak sedar, tak nampak. Understood?".

"Copy".
"Copy".
"Copy".

🦋

"HEY... Kau buat apa kat sini?". Perlahan-lahan Caden menolak pintu bilik Aidan yang kelihatan sedikit terbuka itu. Di dalam sana, terduduk figura isterinya di atas kerusi di meja bilik itu.

"Saya nak kemas barang arwah. Nanti berhabuk". Jasmine sedaya upaya untuk mencuba menahan air matanya daripada jatuh berguguran.

"Tak payah lah. Kau tu mengandung, nanti penat". Dia duduk di birai katil bujang itu lalu menarik kerusi yang diduduki Jasmine menggunakan sebelah tangannya untuk sedikit hampir dengannya.

"Tak la, saya kemas sikit je ni. Buku-buku dia. Nintendo kesayangan dia saya nak simpan. Tapi, nanti lama tak main mesti rosak kan?".

"Kau main la".

"Saya tak pandai. Tapi nak tahu tak, dulu bila awak keluar kena pergi settle kan hal awak, Aidan selalu temankan saya pergi main game dekat Cyber Cafe. Dia pernah kata yang dia nak jadikan saya pro-gamer macam dia".

Tangan Jasmine mengusap-usap Nintendo yang bewarna sebelah merah, sebelah biru itu.

"He's a good guy after all. Aku rasa bersalah sebab tinggalkan dia sorang-sorang malam tu. Patutnya aku yang ada kat rumah ni, jaga kau. Bukan dia. He's too young for this".

"Dah la, jangan salahkan diri awak". Jasmine tersenyum manis semanisnya sambil menggosok kepala Caden yang sudah tenggelam di samping perutnya itu.

"He left so many memories, making it impossible for us to forget him". He mumbled under his breath while still burying his face on her tummy.

Kehangatan sentuhan Jasmine sungguh dapat menenangkan kepalanya yang berserabut di saat ini. Semua benda dia nak risaukan.

Darren King, rumah ni, cara untuk beritahu Jasmine yang dia nak ajak isterinya itu pindah ke Rusia, pasal Nisha tadi, tentang penjualan rumah ini. Semua benda tu mengambil tempat sekaligus untuk berserabut di dalam kepalanya.

"Are you charging your energy now, Sayf?".

Lelaki itu mengangguk beberapa kali.

"Apa yang serabutkan kepala awak kalini?".

"I don't know". Setiap kali ditanya oleh Jasmine, itu sahaja lah yang dia akan jawab. Payah sungguh nak beri jawapan yang sebetul-betulnya. Haih...

"It's okay. Theres no need for you to state any reason to stay in my embrace. Not even the energy charging excuse".

She surely loves him so much and so does him.

🦋

Another one!

Saya bosan sebenarnya and takde idea untuk tulis ending huwaaaa T-T

SAYF MALEEQ ||©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora