Dia Faliq Rayyan || 40

13.1K 847 12
                                    

2 bulan telah pun berlalu , perubahan demi perubahan sudah kelihatan pada diri Faliq . Dia semakin pulih daripada masalah ganggu mentalnya . Sekarang dia mampu untuk mengawal emosi . Tiada lagi bercakap seorang diri , mengamuk tak tentu pasal , menangis secara tiba - tiba . Semuanya kembali seperti dahulu .

Ini juga mungkin berkat doa ahli keluarga dan juga usaha Usayd yang turut membantunya.

Doktor Haiqal menyelak beberapa helaian kertas yang berada di atas meja kerjanya . Tidak lama dia panggung kepala semula memandang Encik Omar , Encik Farid , Amsyar dan juga Faiq yang sedang duduk di hadapannya . Mereka berempat sedang menantikan apa yang bakal Doktor Haiqal sampaikan kepada mereka tentang Faliq .

" Sejak pemantauan saya akhir - akhir ni , saya dapat lihat yang Faliq ada perubahan .Dia dah tak mengamuk secara tiba- tiba , cakap sorang - sorang macam sebelum. Ada perubahan. " ujar Doktor Haiqal.

Selepas mendengar berita baik itu , mereka berempat memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi . Amat gembira berita itu kepada mereka.

" Bila Faliq boleh keluar dari sini Doktor ? " soal Encik Farid .  Di dalam hati tidak berhenti mengucapkan rasa syukur .

" Kemungkinan dalam masa seminggu atau dua minggu lagi . Kami kena pastikan dahulu sama ada Faliq memang dah sihat atau tidak ." terang Doktor Haiqal kepada mereka .  Harap mereka paham tentang menjelasannya itu .

Mereka hanya mengangguk . Tanda paham akan penerangan itu .

xxxx

Tangan kemas memegang paip air lalu dihalakan ke arah beberapa pasu pokok bunga yang berada di situ . Laju air jatuh ke pokok - pokok bunga yang sedang memekar. Ini sudah menjadi sebahagian aktivitinya akhir - akhir ini . Selalunya Faliq akan bersendirian berada di pondok dan menangis sahaja . Kini dia sudah tidak begitu lagi .

Dia sudah sihat . Dia mahu berjumpa dengan kekasih hatinya .

" Faliq " suara itu membuatkan Faliq automatik terkaku. Suara yang amat dikenalinya .

Pantas Faliq pusing ke belakang memandang si pemanggil . Terdapat tiga orang wanita di situ . Tapi matanya hanya tetap memandang cinta pertamanya . Wanita pertama yang dia lihat disaat lahir ke dunia ini . Wanita yang mengajarnya erti kehidupan. Wanita yang menjaganya bagai menatang minyak yang penuh . Jasa wanita itu tidak mampu dia balas meskipun menggunakan wang ringgit  .

Disaat memandang wajah wanita itu , air mata mula berkolam di tubir mata. Perasaan rindu tidak dapat dia ungkapkan . Perbuatan dosanya sebelum ini sudah mengajarnya erti menghormati kedua orang tua.

Paip air di jatuhkan ke tanah . Tidak semena - mena Faliq berlari ke arah Puan Hazmah . Laju air mata berjurai keluar .

" Mama ! " jeritnya sambil berlari . Sudah lama perkataan itu tidak keluar dari bibirnya.

Sampai sahaja di situ , Faliq terus memeluk Puan Hazmah dengan erat . Muka disembamkan pada bahu wanita itu . Lama dia menangis di dalam dakapan ibunya . Pelukan hangat itu yang dia rindukan.

" Faliq , mama minta maaf . Mama tak patut benci anak mama sendiri " bergetar suara Puan Hazmah . Luluh hatinya melihat anaknya menangis begitu sekali .

Kepala diangkat memandang wajah mamanya . Faliq mengeleng berkali-kali .

" Faliq yang patut minta maaf dengan mama " lantas Faliq turun bersujud di kaki ibunya . 

" maafkan Faliq , mama " rintihnya berkali - kali  . Teresak - esak Faliq menangis .

Puan Hazmah melututkan kedua - dua belah lututnya lalu dia menarik Faliq ke dalam pelukannya . Dia juga turut menangis ketika itu  . 

Kedua - dua pipi Faliq dipegang . Ibu jari mengesat air mata yang mengalir di pipi anaknya itu . 

" Faliq ... selepas Faliq keluar dari sini , kita mula hidup baru sama - sama . Lepas tu kita cari Mia , ya sayang ? " ujar Puan Hazmah . Bergetar hebat suaranya apabila berkata - kata .

Faliq mengangguk . Air mata tidak berhenti mengalir keluar .

Dee dan Amalina di belakang juga turut mengalirkan air mata . Sayu hati melihat Puan Hazmah dan Faliq ketika itu  .

xxxx

Usayd berjalan menuju ke arah pondok yang selalu menjadi port lepaknya bersama Faliq . Sampai sahaja di situ , terus dia berkerut dahi . Faliq tiada di situ .

" Mana pi si Faliq ni ? " gumamnya sendiri . 

Sebenarnya Usayd sedikit mengejar masa ketika itu . Dia perlu pulang ke Kedah dengan lebih awal kerana tidak mahu menunggu kesesakan jalan raya apabila dalam perjalanan pulang ke sana . 

Sesaat kemudian , terasa bahunya di sentuh seseorang . Dia pusing melihat gerangan itu . Siapa lagi kalau bukan Faliq Rayyan .

Faliq hanya tayang senyum lebar lalu satu kotak kecil berwarna merah dan satu sampul surat diberikan kepada Usayd . Lelaki itu memberi tahunya bahawa dia akan pulang ke Kedah . Jadi Faliq membuatkan keputusan untuk Usayd mengirimkan barang itu kepada Mia .

" Bagi ni dekat Mia masa birthday dia , next week " pinta Faliq . Ini merupakan kali pertama Faliq mahu memberikan hadiah sempena hari jadi gadis itu . Sebelum ini langsung tidak pernah kerana dia terlalu sibuk melayan wanita lain .

Usayd mengangguk tanda paham dengan pesan Faliq .

" Hmm aku akan cuba ajak Mia untuk jumpa hang . Tapi kalau dia taknak , aku tak boleh nak kata apa " Usayd berjujur sahaja .

Faliq pula mengangguk . Kalau Mia taknak apakan daya . Takkan Usayd nak paksa pulak kan ?

" Tolong kirim salam aku dekat Mia " kedengaran seperti menahan sebak suara Faliq ketika itu .

Kenangan yang telah berlalu , takkan aku lupa . Aku rindu kau MIa .

To be continued

Dia Faliq Rayyan √Where stories live. Discover now