Begitu juga dengan air mata Jasmine. Tak sangka pula dia, lelaki yang dianggap dingin, beku dan tidak berperasaan ini, menyembunyikan kisah yang sangat menyedihkan di sebaliknya.

"Aku rindu...". Makin teresak-esak lelaki itu menangis.

"Nazia, aku rindu diorang". Kepalanya diangkat. Tangannya terus mencapai tubuh Jasmine untuk dipeluk.

Jasmine seakan kehabisan kata. Tangannya sahaja yang bergerak menggosok lembut bahagian belakang badan Caden yang masih lagi sedang menangis itu.

"Let me drive. Awak tidur je dekat kerusi ni". Jasmine melepaskan pelukan dan menadah tangannya ke udara, meminta kunci Lamborghini Aventador itu.

"You can drive this?". Air mata disedut. Seakan tak percaya dengan apa yang baru sahaja keluar daripada mulut Jasmine itu.

"Hey, jangan underestimate saya tau. Dah, bak sini kunci. Saya nak bawa awak ke suatu tempat sebelum kita balik rumah". Tangannya digoyang-goyangkan. Masih berdegil nak kunci.

"Okay. Tapi, jangan bawa laju-laju".

"Alright!".

Dengan kata itu, maka kunci itu pun diletakkan ke atas tangan Jasmine.

🦋

"TEMPAT apa ni?". Caden bertanya sesudah dia duduk di sebuah bangku yang menghadap sebuah taman permainan yang agak usang dan sunyi itu.

"Taman permainan ni, simpan banyak memori saya. Rumah tu, tu la rumah saya dulu". Jari Jasmine ditunding ke arah sebuah bangunan rumah flat yang kedudukannya menghadap ke arah taman permainan itu.

"Rumah babah?".

"Haah. Sebelum babah senang macam sekarang ni, kitorang tinggal kat situ dulu. Ada babah, arwah umi, Abang Nazrien, saya dan arwah adik kembar saya, Jasmina Nazira. Setiap petang, lepas balik daripada sekolah sampai lah masuk zaman kolej, sebelum saya pergi belajar di India, kitorang selalu pergi ke taman mainan ni. Sebab ibu ayah pergi kerja bawa kunci rumah. Abang Nazrien pun kerja. Jadi, kami kena tunggu dekat sini la sampai diorang balik kerja".

Kepala Jasmine tertunduk sedikit di saat mulut mulai bercerita tentang kisah silam yang penuh dengan memori manis itu.

"Ada satu hari tu, saya balik daripada kolej. Jasmina tak ikut sebab dia tak nak sambung belajar lepas habis je diploma. Jadi, dia duduk rumah je. Waktu saya balik tu, cuti semester, saya teruja la nak jumpa kembar saya kan? Masuk je rumah, saya pelik sebab rumah saya sunyi. Macam takde orang. Biasanya, kalau saya balik walaupun jarang sekali, mesti Jasmina akan jadi orang pertama yang sambut saya. Peluk saya. Cium pipi saya".

Semakin lama bercerita, semakin berat pula hatinya. Berat dengan rasa rindu kepada arwah adik kembarnya itu.

Caden yang setia di sisinya hanya fokus mendengar. Tak mahu menjadi pengganggu Jasmine dalam menceritakan kisah silamnya itu.

"Lepastu, saya cari dia dekat bilik. Then, thats when I saw her hanging herself with a rope tied up to the fan. Dia dah tak bernyawa masa tu. Saya jumpa nota bun*h diri dia. Tapi saya tak faham apa satu pun yang dia tulis. Nota tu penuh dengan darah, saya tak tahu kenapa". Dia kesal. Dia kesal kerana tidak dapat membaca nota terakhir Jasmina itu.

"Sejak daripada tu, saya kemurungan berbulan lamanya. Saya hilang dia dan arwah umi. Umi pergi beberapa minggu selepas Jasmina pergi. Saya murung. Saya tak makan, tak mandi, tak bercakap dengan babah dan Abang Nazrien. Saya tak tahu nak buat apa. Setiap hari, saya akan datang ke taman ni untuk hilangkan rindu pada Jasmina. Saya rindu dia sangat-sangat". Sekarang dia faham, kenapa Caden yang beku itupun sampai boleh menangis hanya kerana rindu.

Rindu itu sakit. Rindu pada orang yang telah tiada, makin sakit.

"Tujuan saya ceritakan cerita ni dekat awak bukan sebab nak suruh awak kesian ke apa. Tapi, saya nak awak kuat. Saya nak awak kuat macam saya. If you don't feel strong enough, you can always have me by your side. Awak kan dah ada saya dan baby-baby ni. Jadi, Insyaallah kitorang akan jadi penguat semangat untuk awak, okay?".

Tangan Caden dicapai dan diletakkan ke arah perutnya yang sudah seakan timbul itu.

" Thank you so much, Nazia". Itu sahaja yang mampu diucapkan. Tiada kata lagi yang mampu diungkapkan. Betapa dia terlalu bersyukur dengan kehadiran keluarga kecilnya ini.

"Я тебя люблю (i love you)". Ucap Caden lagi. Berharap yang isterinya tak faham. Kalau faham, malu lah dia!

"Я тоже тебя люблю (i love you too)". Lah... lain pula jadinya.

"Huh?". Caden mulai tertanya-tanya.

"Jangan risau, saya belajar satu ayat tu je sebab saya takut awak sebut 'i love you' dalam Bahasa Rusia lepastu saya tak faham. Melepas lah saya. Saya tak belajar semua pun sebab malas". Jasmine tersengih-sengih.

"Bila je Nazia rajin?".

"Woi! Kutuk saya ke?". Jasmine mencebik. Matanya tajam memandang mata hijau milik Caden.

"The one who eat chilli, will taste the burning sensation on their tongue". 'Siapa makan cili, dia rasa pedas' versi Bahasa Inggeris.

"Takpe, takpe. Tunggu saya balas nanti. Huh!".

🦋

Sorry publish lewat, sistur and brothah :(

Saya sibuk sangat harini, lots of homework to do.
[tu pun belum siap semua lagi]

Tak lupa juga...

THANK YOU FOR 5K ALREADY!!!
YOU GUYS ARE AMAZING AF!
LOVE YOU <333

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now