"Ni bukan Topical Test dah, ni SPM namanya!"

Melihat saja reaksi semua pelajar, Taufan terus mencelah. 

"Oh ya. Lagi satu, sila salahkan sensei lama kamu sebab bagi kertas banyak-banyak. Sensei tak bersalah, sensei cuma mangsa keadaan." Taufan selamba mencelah, siap mengumpat tentang sensei lama mereka lagi. Nampak sangat bengang dan tak puas hati.

 Dan bermulalah sesi mengumpat dalam hati para pelajar..Walaupiun mereka senyap, tetapi melalui riak wajah mereka saja Taufan boleh nampak yang mereka tidak berpuas hati dengan sensei lama mereka. Tapi...yelah. Nak buat macam mana? Dah arahan. Nanti tak pasal-pasal benda lain pula jadinya.

⚡⚡⚡⚡⚡

"Alamak, soalan ni.."

Halilintar tercengang saat melihat soalan di muka surat seterusnya. Awalnya, dia lancar menjawab soalan-soalan di muka surat pertama sehingga muka surat kelima, tetapi apabila masuk saja soalan muka surat keenam...

"Aduh..kenapa ada soalan kata lawan pula.?! Padahal aku dah study bab ni, tapi aku tak ingatlah pula..!"

 Halilintar meremas rambutnya sehingga kusut masai jadinya. Bukan setakat otaknya yang serabut, tangannya tutur serabut memikirkan apa yang mahu ditulis sekarang. Nak hentam, apa jawapan yang boleh dihentamnya? Dahlah sensei baru ni betul-betul warganegara Jepun! Silap-silap, sensei a.k.a Taufan boleh pengsan melihat jawapannya!

"Argh!! Dahlah! Aku hentam jelah! Asalkan siap!" 

Halilintar akhirnya putus asa. Ditulisnya jawapan di kertas ujian dengan pelbagai jawapan pelik. Apa nak jadi, jadilah. Asalkan lulus, itupun dah cukup okey baginya.

🌪️🌪️🌪️🌪️🌪️

   Taufan yang sedang meronda hanya memerhatikan gelagat pelajar menjawab soalan. Yelah, kenelah meronda juga masa exam. Mana tahu ada yang bawa 'toyol' ke? Mana adil boleh dapat markah ekstra dengan tengok buku, kan?

Ketika meronda, macam-macam perangai pelajar yang dilihatnya. Yang pecah kepala otak, yang struggle fikirkan jawapan, yang tenang dan yang berkeyakinan dan sebagainya, semua ada!

Tapi apa yang paling penting, Taufan dapat lihat kesungguhan dan usaha semua pelajar dalam menjawabnya. Itulah prinsip Taufan. Yang penting, usaha.

Sedang Taufan meronda, dia terpandang Halilintar yang sedang struggle menjawab soalan. Mengingatkan kejadian pada malam dimana dia terlihat Halilintar berbalah dengan pelajar lelaki, membuatkan dia merenung saja Halilintar untuk melihat wajahnya.

"Hmm...dia ni, muka dah lawa, mata pun cantik macam batu delima. Tapi sayangnya, ganas mengalahkan lelaki. Haih.." Monolog Taufan dalam keluhan, tetapi dalam masa yang sama dia memuji Halilintar.

Halilintar terperasan yang dirinya diperhatikan Taufan dari tadi, hanya memandang Taufan dengan ekor matanya. "Sensei ni dah kenapa tengok-tengok aku?" Bisiknya dalam hati. Rasa janggal mula mengalir.

Beberapa lama setelah itu barulah Taufan beredar meronda ke tempat lain pula. Halilintar menghela nafas lega, sebelum dia menyambung sesi menjawab soalannya yang tergendala. Namun dalam hatinya, dia masih terfikir apa motif Taufan merenungnya tadi.

🌪️🌪️🌪️🌪️🌪️

1 JAM 15 MINIT KEMUDIAN...

"Okey, masa menjawab dah tamat. Berhenti jawab dan letak pensel sekarang."

 Sedar tak sedar, masa menjawab tamat. Semua pelajar kini siap menjawab dan meletakkan kertas ujian di tepi meja mereka untuk dikutip Taufan nanti. 

Taufan berjalan dan mengutip satu persatu kertas ujian yang ada. Sekali lagi, macam-macam reaksi pelajar setelah tamat menjawab ujian yang dia nampak. Yakin? Tenang? Santai? Gelisah? Tertidur selepas menjawab? Semua ada! Ibarat kat pasar ada macam-macam nih.

Sekali lagi juga, apabila dia datang ke tempat Halilintar, dia sekali lagi merenungnya. Tetapi kali ini hanya sekejap. Setelah itu dia berlalu pergi, akan tetapi Halilintar berasa kurang senang.

"Aku ada buat salah ke apa dengan sensei ni? Tenung aku macam nak makan!" Omel Halilintar dalam hati. 

Setelah selesai mengumpul kertas, kelas Jepun akhirnya tamat dan semua pelajar pulang ke kelas masing-masing dalam keadaan sakit, stres dan penat. Fuuh!! Stresnya kalau hari-hari macam ni!!!

🌪️🌪️🌪️🌪️🌪️

"Macam mana Topical Test tadi? Okey?~"

 Solar menegur Halilintar yang sudah berasap kepala dan terlentok diatas mejanya. Dengar saja soalan Solar yang seakan memerlinya, Halilintar memberi jelingan maut kepadanya sebelum menjawab soalan Solar.

"Okey kepala atok kau! Aku menjawab macam orang gila kau tahu?! Dahlah banyak aku tak ingat, lepastu banyak keluar soalan yang aku tak ingat tu! Kurang asam punya sensei lama." Halilintar berkata kasar kepada Solar sebelum dia kembali terlentok lagi.

Bukan setakat Halilintar yang berkata susah, malah ada beberapa rakannya yang turut hampir nazak apabila melihat soalan Topical Test tadi. Jepun dan susahnya berpisah tiada! Lebih-lebih lagi bab Kanji dan bina ayat. Memang ke Lautan Hindi lah jawabnya..

"Memang susah! Tapi nasib baik aku boleh jawab." Yaya tiba-tiba pula mencelah. Halilintar yang terdengar ayat Yaya yang baginya menyakitkan hati, terus menjegilnya pula.

"Diamlah kau! Aku tampar kau sampai lebam baru tahu!" Halilintar yang sakit hati + penat x stres, menjerit kepada Yaya yang tergelak kecil kepadanya sebelum kepalanya semakin berasap. Tahulah pandai, tapi janganlah nak tunjukkan kepandaian tu kepadanya, bikin sakit hati je. Huh!

To Be Continued...

Huhuhu...leher aku!!! TAT *leher patah sebab menunduk lama sangat*


My Tomboy Girl, Aishiteru! {OG}Where stories live. Discover now