Chapter 3

467 32 10
                                    

Lokasi: OSAKA, JEPUN

"Obaa-san?"

"Haii?"

Seorang lelaki dewasa yang usianya sudah 20 tahun duduk di bangku rumah tradisional bersebelahan neneknya. Dia baru sahaja pulang dari mencari kerja di beberapa buah syarikat dan kedai yang berdekatan dengan kawasan rumahnya. Lama juga dia merantau mencari kerja, hampir 3 jam lamanya. Dia tidak boleh mencari kerja ditempat yang terlalu jauh dari rumahnya kerana Taufan sendiri tidak suka tempat kerja yang jauh.

"Taufan dapat kerja di mana-mana?" Tanya neneknya yang masih sibuk mengait skarf leher. Memandangkan sekarang ialah bulan Januari, di Jepun, sekarang ialah musim sejuk dan bersalji. Jadi pemakaian tebal perlu ditetapkan supaya tiada yang mati atau kesakitan semasa musim dingin ini. Musim dingin memang indah dan cantik, tetapi silap-silap boleh mati kalau tak jaga kesihatan di musim ini.

 Musim dingin memang indah dan cantik, tetapi silap-silap boleh mati kalau tak jaga kesihatan di musim ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Iiee,. Taufan dah lama cari kerja kat mana-mana kedai dan syarikat. Tapi semua penuh." Taufan menghela nafas kecewa. Kebiasaannya dia akan bermain bersama adik-adiknya ketika di rumah. Tetapi memandangkan dia sudah meningkat dewasa, akhirnya dia membuat keputusan untuk mencari kerja. Adik-beradiknya yang seramai 4 orang itu masih berada di sekolah.

"Tidak mengapa Taufan. Makanlah takoyaki dan teh matcha ni. Nanti hilanglah rasa kecewa tu." Nenek Taufan memberi sebekas takoyaki dan segelas teh hijau.

Sedang mereka menikmati teh dan takoyaki itu, Taufan bertanya lagi.

"Taufan nak cari kerja kat mana lagi ni?"

Neneknya tersenyum lembut dan tangannya mengusap kepala Taufan. Manja betul cucunya yang seorang ni walaupun sebenarnya dia sudah dewasa.

"Tak apa. Nanti kita cari lagi kerja kat tempat lain pula ya?"

"Haii, obaa-san."

"ONII-CHAN!! TADAIMA!!"

Seorang kanak-kanak sekolah rendah berumur 9 tahun, berpakaian kasual berlari kearah Taufan dan memeluknya. Begitu juga dengan 3 orang lagi adik-beradik Taufan.

"Awal balik hari ni?" Tanya Taufan. Biasanya kesemua adiknya akan pulang dalam lingkungan jam 3 petang tetapi kali ini mereka pulang awal.

"Hari ni balik awal sebab kawan Mio tumpangkan. Biasakan kita jalan kaki je. Macam budaya Jepun buat.." Adik ketiganya yang bernama Mio itu menyatakan perkara sebenar.

"Apa-apa jelah. Pergi mandi. Nanti ibu dan ayah balik, tengok semua bau masam lagi mesti mereka pengsan." Usik Taufan. Adik-adiknya terkekeh dan menggaru kepala sebelum berlari ke bilik mandi.

🍵🍵🍵🍵🍵

"Taufan, kamu sekarang tengah cari kerja kan?"

My Tomboy Girl, Aishiteru! {OG}Where stories live. Discover now