Chapter 12

136 11 0
                                    

"Kiritsu! Ohayo Gozaimasu, sensei!"

"Haii, ohayo gozaimasu. Semua boleh duduk."

Duduk saja semua murid, mata mereka bukannya tertumpu pada Taufan seperti biasa, tetapi kali ini mata mereka tertumpu kepada  kertas-kertas ujian yang bertimbun diatas meja cikgu! Apa lagi? Semakin menggelupurlah mereka membuat semakan dan ulang kaji di saat-saat akhir sebelum ujian bermula.

"Okey, semua! Seperti yang semua tahu, hari ni ada Topical Test. Jadi semua dah ready nak jawab soalan?" Taufan menyoal seisi kelas Jepunnya dengan suara teruja (yang dibuat-buat.)

"Ready..." Lemah suara pelajar. Boleh dilihat ada banyak ragam mereka sekarang ini. ada yang merungut, ada yang muka stres, ada juga yang terlihat tenang dan bersedia.

Yang pasti sekarang mereka cuma berharap, tolonglah ujiannya jangan susah sangat! Mahu pecah kepala otak dibuatnya!

Taufan sweatdrop melihat reaksi pelajar yang stres semacam dan tiada semangat. Dia tidak boleh buat apa-apa, hanya tersenyum kelat. Bahkan lebih kelat daripada teh yang kelat. 

"Okey, simapn semua buku dan nota yang ada. Sensei nak edar kertas ujian sekarang." Arah Taufan sebelum dia berjalan mengedarkan kertas ujian. 

Semua pelajar terus menyimpan buku teks dan nota mereka mengikut arahan Taufan tadi. Masing-masing menunggu kertas ujian yang akan diedarkan nanti.

⚡⚡⚡⚡⚡

Disisi Halilintar yang duduk di tempat yang agak belakang, dia masih lagi menyelak nota. Masih gelabah menyerap semua nota untuk masuk kedalam otak. Wajahnya terlihat gelisah dan gelabah.

"Alamak...aku tak faham sepatah haram pun!" Getus hati Halilintar. Sehelai demi sehelai nota diselak dengan harapannya semuanya akan masuk kedalam otak, tapi yang jadinya semuanya sesat diluar kotak!

"Awak."

Halilintar tersentak apabila seseorang berdiri di sebelahnya dan memanggilnya. Dilihat saja di sebelah, rupanya Taufan menghulurkan kertas ujian kepadanya. Dah macam patung pun ada sebab dirinya tercegat saja.

"A-Arigatou, sensei." Halilintar cepat-cepat mengambil kertas tersebut. Rambutnya turut diselak ke belakang kerana segan.

"Simapan nota sekarang, ya? Ujian nak mula kejap lagi." Ujar Taufan kepadanya.

"H-Hai, sensei.." Jawab Halilintar. Dia menyimpan notanya di dalam laci meja dan terus menulis namanya pada kertas tersebut.

"Alamak, aku harap sangat soalannya tak susah." Monolog Halilintar sekaligus berharap.

**********

Selesai mengedarkan kertas ujian, Taufan kembali ke tempatnya semula.

"Okey, semua boleh jawab sekarang. Korang tak perlu semak kertas soalan sebab semalam sensei dah tolong semakkan. Jadi, boleh jawab sekarang." 

Semua pelajar masih melopong melihat tahap tebal kertas ujian mereka. Seriously?! Ini nak jawab Topical Test ke nak jawab kertas SPM?! Kertas Topical Test pun tak sampai 10 muka surat! Ni dah hampir 30 muka surat!

"Biar betul?! Tebalnya kertas ujian ni!"

"Sensei lama ni memang nak seksa kita ke apa?!"

My Tomboy Girl, Aishiteru! {OG}Where stories live. Discover now