Chapter 5

345 24 15
                                    

"Ini bilik kamu. Dan ini pula kunci kamu. Jangan hilangkan pula, ya!"

Pengurus kondominium meletakkan kunci bilik tersebut ke tapak tangan Taufan. Bilik yang ditempah selama 5 bulan itu agak besar dengan ruang tamu, dapur, sebuah bilik dan juga tandas. Harganya juga boleh tahan, 2 ribu ringgit untuk satu bulan kerana kemewahannya. Walaupun sebenarnya tidaklah semewah rumah orang kaya mahupun istana.

"Baik, terima kasih, puan!" Taufan menunduk hormat dan berterima kasih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Baik, terima kasih, puan!" Taufan menunduk hormat dan berterima kasih.

Pintu bilik dibuka dan bagasi Taufan yang sebanyak 3 buah dan beg-beg yang lain itu ditarik dan diangkat secara bergilir-gilir. Beg pinggang Taufan diletakkan diatas meja.

Setelah mengangkut kesemua neg berat itu barulah Taufan mengeluarkan pakaian, peralatan mandi dan barang-barang lain untuk disusun. Ambil masa lebih kurang 1 jam tanpa henti lamanya untuk kemas dam susun barang-barangnya.

🍙🍙🍙🍙🍙🍙

"Fuuaahh!!! Penat betul mengemas. Sakit betul badan aku." Taufan merebahkan badannya diatas katil. Rasa letih menguasai badannya yang amat lesu.

"Baik aku mandi dulu. Masam pula bau aku ni." Taufan berganjak dari katilnya. Mengambil tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya setelah berjam-jam berbau masam.

:::::::::::::::

"Aaaa...selesanya lepas mandi..." Taufan mengelap rambutnya yang masih basah. Jangan risau Taufan dah pakai bajulah..UwU

Baru saja dia duduk diatas katil, secara langsung telefon jenama Samsung nya yang masih bercas berderingkan melodi merdu. Dilihat sahaja siapa yang menelefon, ternyata adiknya, Izumi. Pasti adiknya sudah merinduinya sekarang.

Taufan langsung mengambil telefonnya dan menjawab panggilan tanpa mencabut wayar pengecas telefon.

"Helo Izumi?"

"Helo abang!! Abang okey tak kat sana?" Tanya Izumi dengan penuh teruja dan riang.

"Mestilah okey...kenapa Izumi?" Tanya Taufan pula.

"Hehehe..takde apa..saja je call." Izumi tersengih dengan comelnya.

"Tak tidur lagi ke Izumi oi...kalau ibu ayah nampak macam mana?"

"Alah, abang ni. Nak call pun tak boleh ke?" Izumi membuat nada sedih.

"いいええ...Bukan tak boleh..tapi sekarang kan dah lewat malam..esok Izumi sekolah. Nanti abang call lagi ye?" Nasihat Taufan.

"Abang janji abang call lagi esok?"

"Ya..abang janji. Masuk tidur sekarang kalau tak abang cakap kat ibu ayah. Nak?" Taufan memberi amaran.

My Tomboy Girl, Aishiteru! {OG}Where stories live. Discover now