Chapter 1

887 43 6
                                    

TOK TOK!!

"Masuk!"

Pintu bilik kaunseling dibuka luas. Disebalik pintu tersebut terlihat seorang perempuan yang usianya hampir mencecah 17 tahun. Penampilan dirinya langsung tidak terlihat seperti seorang perempuan, malah kelihatan seperti seorang lelaki. Begitu juga dengan cara pemakaiannya.

Rambutnya yang pendek sehingga paras bawah telinga, fon telinga berwayar terpasang gantung di lehernya dan juga pakaian yang dikenakan olehnya membuatkan penampilan dirinya terlihat menyerupai seorang lelaki. Iris merah ruby miliknya memandang guru kaunseling tersebut dengan pandangan bosan.

"Ada apa?" Persoalan yang terdengar kurang sopan dan selamba keluar dari bibir gadis itu. Baginya, perkara ini sudah biasa terjadi. Setiap tahun, matanya wajib dicuci dengan pemandangan bilik kaunseling yang selalu menjadi singgahan.

"Kamu dengar sini Halilintar. Tolonglah ubah perangai kamu tu. Jadi macam perempuan lain. Kamu tu perempuan, bukan lelaki."

Sudah beratus kali ayat nasihat itu menyapa telinganya dan sekarang dia sudah dilanda rasa bosan.

Halilintar Storm. Itulah namanya. Seorang gadis paling tomboi di SunRay High School. Setiap kali bertemu, semua orang pasti akan keliru tentang jantina sebenarnya. Oleh kerana penampilan dan perangainya. Lagilah bingung untuk mengecam jantina sebenarnya.

"Tu je ke? Okeylah. kalau macam tu, saya chau dulu. Bye cikgu." Dengan santai Halilintar berkata demikian dan melangkah keluar dari bilik kaunseling tersebut. Guru kaunseling yang bernama Shielda itu hanya membatu dan tersentak. Beliau tidak sangka anak muridnya boleh berkata dengan kurang sopan dan selamba dihapannya.

Sudah banyak kali para guru di SunRay High School cuba yang terbaik untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada Halilintar. Sayang sekali, usaha itu langsung tidak membuahkan hasil. Jangankan hasil, habuk pun tidak ada! Sampaikan rasa putus asa melanda didalam benak hati para guru. Sudah jelas terlihat bahawa Halilintar itu berhati beku.

Walau bagaimanapun, mereka bertuah kerana Halilintar tidak terlibat dalam mana-mana kes buli atau pergaduhan berat. Jadi mereka semua tidak perlu risau mengenai disiplinnya. Yang mereka risaukan sekarang ialah diri Halilintar yang tomboi tahap maksima itu.

"Haih..Halilintar, Halilintar..kenapa kamu ni degil sangat?" Soal hati Shielda. Sabar hanyalah satu kemampuannya sekarang. Sudah habis ikhtiar untuk membimbing anak muridnya itu. Shielda hanya duduk dimejanya dan tangannya memegang kepala sendiri. Ribut stres melanda.

☇🌬

"Hei Hali! Jom duduk sini!" Laungan kuat bergema dari seorang jejaka. Beserta juga dengan 2 orang rakannya yang bersama-sama duduk di sebuah meja kafeteria sekolah mereka.

Halilintar hanya mengangguk dan duduk diantara 3 orang kawannya itu. Mereka ialah Thorn, Blaze dan Fang. Bukan perkara yang janggal ketika Halilntar melepak bersama-sama mereka. Baginya, dia lebih selesa untuk melepak bersama kawan-kawan lelakinya berbanding kawan perempuan.

Jarang sekali Halilintar melepak bersama kawan perempuan kecuali perkara yang penting sahaja. Walaupun dirinya sendiri ialah seorang gadis, tetapi dirinya langsung tidak berminat tentang pakaian dan sifat perempuan.

"Hei Hali. Aku nak tanya sikit boleh?"

Halilintar yang sedang leka mendengar lagu dari MP3nya sendiri menoleh kearah Blaze.

Runi: Siapa yang tak tahu MP3 tu apa, meh sini saya tunjuk. 👇

"Kau nak tanya apa? Jangan tanya benda pelik sudah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau nak tanya apa? Jangan tanya benda pelik sudah."

Blaze menarik nafas dalam-dalam. Perlu bersedia untuk menerima serangan 'petir kemarahan' dari Halilintar kerana persoalannya ini mungkin akan membuatkan si gadis tomboi ini bakal tersentak dan terus memarahinya.

"Kenapa kau tomboi sangat?"

Akhirnya persoalan tersebut keluar dari mulut Blaze. Thorn dan Fang turut memandang Halilintar. Halilintar terus pause lagu yang dimainkan di MP3 dan memandang kesemua kawan lelakinya disitu. Matanya tajam melihat mereka semua dan tangannya sedikit menggepal.

Halilintar berdiri, berjalan menghampiri Blaze. Kelihatan aura gelap sudah mula mnghiasi dirinya. Blaze sudah meneguk ludah kelatnya. Apa nak jadi, jadi jelah.

"Ish kau ni, tak payah mengada sangat nak tahulah!" Sambil tangannya mengetuk kepala Blaze, Halilintar memarahinya. Kemudian ingin pergi dari kafeteria itu.

"Dahlah, baik aku balik kelas. Lagi berfaedah!" Kata Halilintar dengan nada yang kesal bercampur annoying. Segera dia berjalan pantas keluar dari kafeteria sekolah dan menuju ke kelasnya yang berada di tingkat 2.

Thorn dan Fang hanya membuat muka datar. Blaze masih meringis kesakitan sambil memegang kepalanya yang diketuk oleh Halilintar tadi.

"Aduh..kot ye pun nak marah, janganlah main ketuk kepala orang. Sakitlah!" Blaze meringis sambil sempat lagi mengutuk Halilintar. 2 orang kawannya lagi tergelak mentertawakan Blaze.

"Siapa suruh kau tanya soalan pelik-pelik kat dia? Kan dah kena.." Ejek Fang. Blaze menjeling kearahnya.

"Hampeh punya kawan." Balas Blaze semula. Thorn hanya tergelak melihat telatah mereka berdua.

To Be Continued.

Korang nak saya sambung ke delete cerita ni? Komen kat bawah ye! UwU

Okey. Jumpa lagi di chapter seterusnya! ^w^

My Tomboy Girl, Aishiteru! {OG}Where stories live. Discover now