"Baik! Caden?". Ceria betul Nisha ni. Sama macam rakan baiknya.

Siapa?

Tak lain dan tak bukan, Jasmine Nazia lah orangnya! Tulah, selalu sangat berkepit macam belangkas, perangai pun dah nak dekat sama.

"Pistachio cake. Kalau ada".

"Serius la, awak punya favourite dessert sama dengan Jasmine. Jasmine suka sangat makan pistachio cake. Daripada zaman dia belajar lagi. Korang ni memang kuat berjodoh la!". Nisha menepuk-nepuk tangannya. Suka benar dia dengan fakta yang baru sahaja diketahuinya itu.

Tapi tidak untuk Caden. Selepas sahaja Nisha menyebut fakta itu, terus wajahnya yang agak tegang tadi, mengendur. Kenapa Caden?

Do you get deja vu?

" Erm, okay la. Saya pergi ambil dulu okay?". Setelah mendapat anggukan daripada Darren Liang dan Caden, kaki Nisha terus dihayunkan ke arah kaunter kafe yang di bahagian sisinya ditempatkan sebuah almari kaca yang memaparkan segela jenis pencuci mulut yang ada.

" Do you get deja vu when she's with you?". Setelah hilang bayang Nisha daripada kawasan meja itu, terus Darren menyoal Caden yang berwajah sayu itu.

"Kau diam". Mata helang Caden kembali tajam merenung ke dalam anak mata Darren. Cukup benci dia dengan soalan itu. Dengan tuan-tuan soalan sekali dia benci!

"Aku tahu. Kau teringatkan semuanya kembali kan, Caden? Admit it". Darren cuba untuk memprovok Caden. Dia tahu lelaki itu akan cepat hilang sabar jikalau dia memetik hal itu atau jika dia memetik nama isterinya.

"Oh and... you got a nice wife. She kinda look like...".

"Jangan sentuh dia". Amaran tegas diberikan oleh Caden.

"I won't, for now. But I will. Aku, berdendam dengan kau". Jari ditunding ke arah wajah Caden.

"I will destroy your whole world if you dare to touch even a single of her nail tips". Don't mess with Caden Gilbert, his words aren't meant to be played.

"Lama ke tunggu saya? Korang borak apa?". Tanya Jasmine yang tiba di meja itu, diikuti oleh Nisha daripada belakang.

"Kitorang borak biasa-biasa je. Saya cuma nak kenal-kenal dengan suami awak. Dia nampak seperti orang yang hebat". Senyuman manis diberikan oleh Darren Liang kepada Jasmine itu terlihat seperti senyuman yang penuh kepalsuan daripada sudut pandangan mata Caden.

"Ohh... Awak ni pula kenapa? Cuba senyum sikit, daripada tadi bermasam muka je. Tak sihat ke?". Direct terus Jasmine bertanya sambilnya kepalanya ditolehkan ke arah wajah Caden. Dia perasan yang lelaki itu sedari tadi hanya merenung sahaja Darren Liang. Dah macam nak telan pun ada juga.

" Aku rasa tak sedap badan la". Dia buat-buat batuk. Muka macam tak pandai menipu je si Caden ni. Risau.

"Nak balik ke?". Jasmine tanya, penuh prihatin. Risau juga dia terhadap kesihatan suaminya. Dia takut Caden masih mempunyai kesan kesihatan daripada luka tembakan yang tercipta (?) dua minggu lepas.

"Aku-".

"Erm, kalau korang nak balik, balik lah dulu. Kesian suami kau, Jasmine. Takpe, kita boleh aje kan makan berdua?". Nisha menyiku lembut lengan Darren Liang.

"Yes of course. Lagipun, kesian dekat suami Jasmine. Takpe, korang balik lah". Balas Darren Liang.

"Hm, okay la. Sorry tau, Nisha. Lain kali aku teman kau, BERSEORANGAN". Ditekan kan kata 'berseorangan' itu sambil dia melihat ke arah suaminya.

"Come on". Caden buat-buat batuk dan bangun daripada duduknya. Tangannya naik ke udara untuk menyambut tangan Jasmine untuk membantunya bangun.

Tapi, lain pula Jasmine buat. Dia mengangkat sebelah daripada keningnya dan terus dia high five tangan suaminya itu sambil tersengeh.

Mahu nak tersembur air yang Nisha dan Darren Liang sedang hirup, tergelak tengok tindakan Jasmine itu. Tapi Darren Liang agak mengerutkan dahi apabila dia terlihat Caden yang turut tersenyum lebar memerhatikan tindakan Jasmine itu.

'Dia senyum?'. Sumpah itu kali pertama dalam hidup dia, melihat Caden tersenyum selebar itu.

"Kitorang pergi dulu tau. Sorry sangat-sangat. Nisha, nanti call aku tau?".

Nisha mengangguk-angguk sambil melambaikan tangannya ke arah Jasmine dan Caden yang sedang melangkah keluar daripada kafe itu.

🦋

"KAU masuk dulu. I need to make a phone call". Dia membuka pintu tempat duduk penumpang itu dan menyuruh isterinya untuk duduk di dalam kereta terlebih dahulu.

"Okay. Cepat sikit, awak tu tak sihat!". Dia jeling suaminya. Bukannya dia tak tahu yang itu hanyalah penipuan semata-mata. Dia tahu yang Caden malas sangat kalau nak keluar-keluar macam ni kalau tiada hal yang penting.

Telan air liur juga Caden apabila terperasan jelingan pedas isterinya itu. Garunk!

"Alright, sweetheart". Manisfesting for Jasmine to not sulking or being angry.

Jasmine masuk ke dalam kereta lalu pintu terus ditutup oleh Caden. Tangannya mencapai telefon yang ada di dalam poket seluarnya. Nombor Aidan di dail.

"Hello, Gil?".

"Kau cari location Dr. Darren Liang. Ikut dia. Jangan bagi dia terlepas pun daripada sudut pandangan kau untuk harini".

"Baik! Aku pun dah lama tak stalk orang". Macam pelik lah pula ayat Aidan ni. Selama ni... dia pernah stalk orang ke?

"Okay. Got to go". Dan gagang pun diletak oleh Caden.

🦋

Ha, apa yang Darren akan cuba lakukan?

Nantikan...

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now