34- The Devil Inside

Start from the beginning
                                    

"Terima kasih, sayang". Dia menghadiahkan sebuah ciuman kecil ke tangan Jasmine.

"Sama-sama. Eh, awak nak mandi ke tak nanti?".

"Tak. Aku ada kerja sikit ni. Kau duduk diam-diam dalam bilik ni". Dengan berakhirnya kata itu, dia terus bangun daripada katil itu. Eh nak pergi mana? Dah la tengah demam. Tak sedar diri ke?

"Awak nak pergi mana tu? Sini la, rehat". Jasmine yang masih tidak percaya akan kedegilan suaminya itu menepuk-nepuk ruangan katil yang baru sahaja ditinggal tuannya itu.

"Im all fine, Nazia. Aku ada kerja sikit dengan Alex, Lee. Kau tunggu sini, okay? Jangan keluar. 30 minutes and I will come back". Dia mengusap sekali rerambut Jasmine sebelum memulas tombol pintu untuk keluar.

"Okay...". Dia buat-buat sedih. Mana la tahu kan suaminya itu nak pusing balik. Plus, Jasmine Nazia kan gedik. Tapi, hampeh! Langsung lelaki itu tak toleh balik. Ceh!

Apabila hilang terus kelibat bayangan Caden daripada sudut pandangannya, dengan bunyi tapak kaki yang mulai menjauhi kawasan tingkat 3 itu, perlahan-lahan giliran Jasmine pula untuk keluar daripada ruangan itu. Sudah semestinya sebelum itu, dia memakai tudung dahulu.

Pergi mana?

Dia ada misi yang perlu dijalankan bersama Aidan. Tu pun, kalau Aidan ada la. Kalau Aidan takde, terpaksa la dia tangguh dulu misinya itu.

Dengan penuh berhati-hati dan tanpa bunyi, dia turun ke tingkat 2 yang menempatkan bilik Aidan.

Betul-betul Jasmine berdiri di hadapan pintu bilik remaja dewasa berumur 22 tahun itu. Misi ini sangat sesuai dijalankan bersama Aidan dek kerana umurnya yang masih muda. Kalau dengan yang lain, mahu patahnya tulang pinggang masing-masing.

TOK, TOK, TOK!

Dia mengetuk pintu bilik lelaki itu.

Tiada sambutan daripada dalam.

"Takde orang ke?". Tanya Jasmine kepada dirinya sendiri.

TOK, TOK, TOK!

Dia ketuk lagi. Budak girl pantang menyerah! Yela, orang cakap kalau ketuk 3 kali, orang dekat dalam masih tak jawab, baru berambus. Well, dia baru ketuk sekali kan tadi? Jadi, dia ketuk la lagi sekali. Kesimpulannya, tinggal sekali je lagi. Nampak tak betapa pentingnya Matematik di situ?

Tapi, usahanya Matematik hampa kerana masih tiada yang menjawab. Mungkin Aidan ikut yang lain kut.

Tangan diangkat lagi untuk mengetuk pintu itu, belum sempat nak ketuk, orang dekat dalam terus terpacul keluar. Dengan rambut yang rupanya dah macam tempat ayam bertelur tu.

"Hai, Aidan". Jasmine melambai ceria sambil tersenyum riang di hadapan lelaki itu. Nak bodek punya pasal.

"Kenapa-.... Jasmine?". Sempat lagi dia menguap di tengah-tengah katanya.

"Jom".

"Pergi mana?".

"Buat tiktok dekat halaman depan tu. Jom la, sunrise pagi ni cantik tau". Ha, ini la misi yang dimaksudkan. Oleh sebab kebosanan, dia terpaksa mengajak Aidan untuk melakukan misi ni. Kalau buat sengsorang, orang cakap dia gila pula nanti menari sorang-sorang dekat halaman rumah pagi-pagi buta ni.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now