"Jangan risau, Sahara. Saya tahu Fiyadh budak baik. Dia takkan buat macam tu."

"Kalau awak dah ada anak sendiri nanti bolehlah awak manjakan dia macam yang awak nak. Tapi saya tak nak awak manjakan sangat Fiyadh ni, nanti awak juga yang susah. Habis kering poket awak nanti."

"Fiyadkan anak saya, jadi bolehlah saya nak manjakan dia macam mana yang saya nak. Ke awak yang cemburu ni? Awak nak saya manjakan awak juga ke?"

"Haish! Merepeklah awak ni! Ke situ pula!" Cepat-cepat Sahara membantah kata-kata Qaisar membuatkan jejaka itu melepaskan tawa. Tahu benar cara membuatkan wanita ini senyap.

Qaisar mengalihkan pandangannya ke arah Fiyadh yang sedang sibuk membelek-belek mainan ditangannya.

"Kejap eh," pinta Qaisar.

Sahara mengangguk lemah dan memerhatikan langkah jejaka itu mendekati anaknya.

"Fiyadh, jom kita pergi tengok bola baru. Nanti baru best main bola petang-petang dengan papa," ajak Qaisar.

"Jom!" balas Fiyadh dengan teruja.

Sahara hanya menjadi pemerhati, melihat gelagat Fiyadh dan Qaisar dengan senyuman terukir dibibirnya.

Baru sahaja dia hendak membuka langkah mengikut jejak dua beranak itu, dirinya dikejutkan dengan nada dering telefonnya menandakan ada yang memanggil.

Tentera nama abangnya sebagai pemanggil, tanpa menunggu panjang Sahara menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, abang. Ada apa call Sahara ni?"

"Adik balik rumah abah sekarang. Abah jatuh bilik air," beritahu Syakir dengan cemas.

"Apa? Okay, Sahara datang sekarang."

Qaisar yang sedang sibuk memilih bola bersama Fiyadh mengalihkan pandangannya melihat Sahara yang berlari anak ke arah mereka. Jelas kelihatan raut wajah tidak tentu arah wanita itu.

"Kenapa?" soal Qaisar ingin tahu.

"Awak tolong saya. Tolong bawa saya balik rumah abah," pinta Sahara, jelas kelihatan matanya yang mula menakung air mata.

• • •

Sahara masuk ke dalam rumah tergesa-gesa, terus menuju ke arah bilik yang masih segar diingatannya.

Buka sahaja pintu bilik tersebut, jelas kelihatan tubuh bapanya yang terbaring di atas katil.

Sahara mendekati Tan Sri Mursyid dengan langkah yang lemah, setelah hampir lapan tahun tidak berjumpa inilah kali pertama mereka bersua setelah sekian lama.

"Abah," panggil Sahara. Air matanya tidak dapat ditampung lagi, rasa rindu yang selama ini cuba dipendamkan menjelma semula.

"Noor." Tan Sri Mursyid tersenyum lemah, namun jelas kelihatan wajahnya pucat.

Sahara duduk di tepi katil tersebut, menatap wajah bapanya. Tanpa menunggu lama, tubuh Tan Sri Mursyid didakapnya erat.

"Noor minta maaf, bah."

"Abah dah lama maafkan Noor," balas Tan Sri Mursyid yang turut sama tidak mampu menahan dukanya.

"Selama ni Noor ikutkan hati Noor, langsung tak nak beralah, langsung tak nak tebalkan muka jumpa abah. Sekarang abah sakit, barulah Noor nak menyesal. Dah terlambatkan?" ujar Sahara memerli dirinya sendiri.

"Tak Noor. Ini semua salah abah. Kalau abah restu hubungan Noor. Kalau abah ikutkan sahaja permintaan Noor, semua ni takkan jadi." Tan Sri Mursyid pula meletakkan salah dibahunya.

Menagih Kasih DarimuWhere stories live. Discover now