0 4

366 18 0
                                    

Tudung selendangnya dililit di atas kepala sebelum pandangannya beralih pada anaknya yang sedang tidur nyenyak di atas katil.

Sahara mendekati anaknya lalu melabuhkan punggung di bucu tilam.

"Fiyadh, satu-satunya harta yang mama ada sekarang. Mama janji yang mama akan beri sepenuh kasih sayang buatmu, anakku. Mamalah ibu, mamalah ayah. Mama akan beri yang terbaik untuk anak mama seorang ni," ucap Sahara sendiri.

Hari ini Sahara akan ke mahkamah bagi menguruskan urusan penceraiannya. Dia berharap segalanya akan berjalan dengan lancar dan dapat diselesaikan dengan segera.

Tidak lama lagi, dirinya tidak lagi mempunyai apa-apa kaitan dengan jejaka itu.

Fiyadh Anaqi yang berusia enam bulan itu diangkat secara perlahan bagi mengelakkan anaknya itu terjaga lalu dia melangkah keluar dari rumah itu.

Perkhidmatan Grab yang dipesan oleh Sahara telah pun tiba di hadapan apartment ini.

Memang Sahara memiliki kereta yang dibeli oleh Hasif untuknya. Tapi kereta tersebut telah pun diambil kembali kerana mereka tidak lagi mempunyai apa-apa kaitan.

Sahara menghormati keputusan Hasif kerana dia tahu dirinya tidak mempunyai hak ke atas harta jejaka itu. Hasif masih membenarkan dirinya tinggal di apartment mereka dan memberi nafkah atas dasar anak itu sudah lebih dari cukup buat Sahara.

Bekerja sambilan di kedai kek tidak jauh dari situ adalah sumber pendapatannya sekarang. Gaji yang diterimanya tidak cukup untuknya menyewa di tempat lain.

• • •

Matanya menjadi saksi, saksi bahawa Hasif sudah pun bahagia dengan keluarga baharunya. Langsung dia tidak hiraukan Fiyadh yang juga anak kandungnya sendiri. Kali pertama dan terakhir dia berjumpa dengan Fiyadh hanyalah ketika anak ini dilahirkan.

Maafkan mama, Fiyadh. Disebabkan mama pentingkan diri, anak mama tak dapat kasih sayang daripada seorang bapa.

Hasif duduk bersebelahan dengan isteri barunya, Humaira dengan anak perempuan mereka yang tua dua bulan daripada Fiyadh. Kelihatan mereka tersenyum gembira sambil Hasif mengagah anak perempuannya itu.

Wajah Fiyadh dipandang sayu, perasaan bersalah mula menyubungi dirinya. Dek kerana pendiriannya yang tetap mahukan penceraian ini, anaknya juga terkena tempiasnya.

Fiyadh memandang Sahara lalu tersenyum memperlihatankan giginya yang baru sahaja hendak tumbuh.

Senyuman nipis terukir di bibir Sahara, Fiyadh seakan-akan mahu menenangkan ibunya.

• • •

"Dah siap ke urusan penceraian tu, Sahara?" soal Fiya, pemilik kedai kek tempat Sahara bekerja.

"Alhamdulillah, kak. Tinggal tunggu sijil cerai je, lepas tu dah selesai semua," beritahu Sahara melabuhkan punggungnya di kerusi.

Fiyadh yang berada di dalam baby carrier dipandang sekilas oleh ibunya. Kelihatan anak lelakinya itu sedang nyenyak itu membuatkan hatinya tercuit.

"Baiknya Fiyadh hari ni. Tahu ibu banyak urusan hari ni," puji Fiya yang sedang menatap wajah Riyadh yang sedang tidur nyenyak.

Tiba-tiba loceng di pintu kedai itu berbunyi, menandakan ada pelanggan yang masuk.

Sahara berdiri dari duduknya bagi mengambil pesanan daripada pelanggan itu.

"Buat apa Sahara?" soal Fiya keliru.

"Ambil pesananlah, kak," jawab Sahara.

"Tak payahlah. Kamukan baru balik dari mahkamah, duduk je rehat dekat belakang," suruh Fiya lalu menolak lembut Sahara.

Menagih Kasih DarimuWhere stories live. Discover now