0 2

370 19 1
                                    

"Ap-apa yang awak cakap ni sayang? Saya man-mana ada rumah lain. In-ini jelah satu-satunya rumah saya," beritahu Hasif tergagap-gagap.

"Oh. Jadi rumah yang awak duduk selama dua hari tu rumah perempuan tu lah?"

Hasif melepaskan tawa lalu bersuara.

"Perempuan mana pula ni? Pandai awak melawakkan."

Baru sahaja Hasif ingin mendekati Sahara, gadis itu terlebih dahulu menundingkan jari telunjuknya ke arah jejaka itu, memberhentikan gerak geri suaminya.

"Don't you ever get near me!" jerit Sahara dengan penuh perasaan marah.

"Awak ni dah kenapa?" soal Hasif yang keliru dengan tindakan melulu isterinya.

"Awak tanya saya? Awak tanya saya lagi?" ujar Sahara seakan berbisik, air matanya dibiarkan mengalir tidak mampu lagi dia menahan kesedihannya.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Awak khianati cinta saya, awak khianati perkahwinan kita! Kenapa perlu awak cari yang lain? Apa lagi yang tak cukup?" soal Sahara bertalu-talu.

"Awak cakap apa ni? Saya tak faham?" tanya Hasif yang seakan-akan tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Sahara.

"Saya nampak, Hasif! Saya nampak dengan mata saya sendiri awak dengan perempuan lain! Awak jangan nak berdalih lagi, jangan nak buat-buat tak fahamlah!"

"Sayang..."

"Saya tahu, kita dah lama nakkan anak. Tak boleh ke awak tunggu. Tunggu sekejap aje lagi. Sekejap aje," pinta Sahara.

"Saya... tak perlu tunggu lagi." Kata-kata Hasif itu membuatkan dahi Sahara berkerut, tidak mengerti apa yang diujarkan oleh Hasif itu.

"Saya dah kahwin lain." Pemberitahuan daripada Hasif itu membuatkan Sahara melepaskan tawa lalu dirinya tersenyum sinis.

"Oh, dah kahwin? Kahwin dekat mana? Thailand? Kenapa nak susahkan diri awak? Kenapa tak minta je tandatangan saya, kalau dah gatal sangat?" sindir Sahara.

"Saya tahu awak mesti tak akan setuju dengan perkahwinan tu. Awakkan tak suka poligami," balas Hasif.

"Oh, awak tahu saya memang benci poligami? Tapi kenapa awak buat juga? Awak tahu sejarah silam saya, awak tahu apa yang saya lalui sampai saya benci sangat poligami tapi apa awak buat? Awak musnahkan kepercayaan saya pada awak! Satu-satunya orang yang saya paling sayang buat saya macam tak ada nilai!"

"Sayang, I'm sorry. But you have to accept this marriage no mather what. Saya janji saya akan adil, saya janji yang kasih sayang saya sama rata."

"Kenapa? Kenapa saya perlu terima perkahwinan awak dengan perempuan tu?" soal Sahara dengan nada suara yang tinggi.

"Sebab dia mengandung. Dia mengandung anak saya."

Kata-kata Hasif itu membuatkan jantung Sahara seakan terhenti.

Tanpa berkata apa-apa Sahara terus berlari anak menuju ke biliknya, ujian kehamilan itu direntap olehnya lalu dibawa bersamanya mendekati Hasif.

Ujian kehamilan itu dicampakkan ke lantai dengan penuh perasaan marah dan kecewa.

"Awak mengandung, sayang? Alhamdulliah," ucap Hasif setelah dia mengutip ujian kehamilan itu.

"Saya tak nak tengok muka awak depan saya lagi. Kita jumpa dekat mahkamah," beritahu Sahara dengan nada mendatar.

"Mahkamah?"

"Ceraikan saya."

• • •

Poligami adalah satu-satunya perkara yang paling tidak boleh diterima oleh Sahara. Mendengar apatah lagi menyebut perkataan itu membuat hatinya sakit.

Menagih Kasih DarimuWhere stories live. Discover now