0 8

311 15 0
                                    

"Anak mama baik tak hari ni? Ada susahkan nenek?" soal Sahara pada anaknya sambil dia bermain-main dengan rambut Fiyadh.

"Fiyadh tadi tolong nenek lipat kain!" beritahu Fiyadh dengan teruja.

"Wah, rajinnya anak mama ni!" puji Sahara.

"Senang je jaga anak kamu ni, Sahara. Tak banyak ragam." Tiba-tiba Puan Azzah muncul dari dapur dengan segelas air di tangannnya.

"Minum air ni," pelawa Puan Azzah.

"Terima kasih," ucap Sahara lalu mengambil gelas itu daripada Puan Azzah.

Puan Azzah mengambil tempat bersebelahan dengan Sahara sebelum dia membuka mulut, "Macam mana kerja hari ni, okay?"

Soalan daripada Puan Azzah itu membuatkan Sahara melepaskan keluhan panjang.

"Tuan Qaisar tu memang macam tu ke mak cik?"

"Macam mana?"

"Teliti sangat! Sampah kecil pun dia nampak! Macam mana mak cik boleh kerja dengan dia selama ni," keluh Sahara membuatkan Puan Azzah melepaskan tawa.

"Mak cik dah biasa dengan kerenah Tuan Qaisar tu, jadi mak cik tahulah macam mana nak kemaskan bilik tu ikut kehendak dia," beritahu Puan Azzah.

"Kalau susah, esok mak cik pergilah balik kerja. Kesian kamu, tak biasa dengan Tuan Qaisar tu," tambah Puan Azzah lagi sebelum dia melepaskan batuk.

"Tak apa, mak cik! Saya boleh tahan lagi, lagipun mak cik tak sihat sepenuhnya. Nanti sakit balik macam mana?" bantah Sahara.

Puan Azzah hanya membalas dengan anggukan lemah, bersetuju dengan kata-kata Sahara itu.

• • •

Rutin mengemas pejabat milik Qaisar dijalankan seperti biasa namun kali ini dia menjadi lebih teliti daripada Qaisar agar dirinya tidak lagi dibebel oleh bosnya pada hari ini.

Bahagian celah-celah sofa yang berada di hadapan meja itu divakum olehnya beberapa kali sehingga tiada lagi habuk dan pasir-pasir kecil pada bahagian itu.

Kemudian Sahara mengelap meja itu beberapa kali hingga berkilat dan rak-rak buku itu dibersihkan dengan penyapu bulu ayam bagi menghilangkan habuk-habuk yang berada di atas buku-buku di dalam rak tersebut.

Setelah satu jam bertungkus lumus membersihkan pejabat itu, Sahara mengukirkan senyuman sambil matanya memerhatikan kawasan pejabat itu, berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Kerja membersih disambung lagi pada koridor berhadapan dengan lif dengan perasaan gembira, dia cukup yakin yang tidak akan ada bebelan daripada Qaisar pada hari ini.

Ketika dia sedang menyanyi sambil dirinya sedang mengemop lantai, bahunya dicuit oleh salah seorang pekerja di situ.

"Ya?" soal Sahara.

"Bos panggil."

Mendengar sahaja kata-kata pekerja itu membuatkan emosi Sahara berubah serta-merta.

"Apa lagi yang tak kena ni," bebel Sahara sendiri ketika dia sedang dalam perjalanan menuju ke arah pejabat Qaisar.

Pintu diketuk beberapa kali, dia masih berdiri di luar dengan perasaan gementar.

"Masuk."

Dia melangkah masuk ke dalam pejabat itu sambil matanya memandang tepat ke arah Qaisar yang tidak menunjukkan sebarang emosi.

"Awak bersihkan ke tak bilik saya ni?"

"Saya dah bersihkan dah tadi. Kenapa?" tanya Sahara tidak keruan.

Menagih Kasih DarimuWhere stories live. Discover now