0 9

313 19 0
                                    

"Saya buat salah apa, tuan?"

"Pertama, awak tak pakai tag nama," beritahu Qaisar sambil dirinya memundar mandir di hadapan Sahara.

Dilihat poket uniformnya, memang benar apa yang dikatakan oleh bosnya itu. Dia tidak sempat untuk memperkemaskan diri memandangkan dirinya juga tadi sudah tidak tentu arah memerhatikan gelagat semua pekerja yang lain.

"Saya perhatikan tingkah laku setiap pekerja saya dan awak suka keluarkan tudung daripada uniform awak. Saya faham, mungkin awak tak selesa semasa mengemas yang membuatkan awak berbuat sedemikian tapi ini soal kekemasan Cik Sahara. Kekemasan adalah benda utama yang saya titikberatkan jadi saya harap selepas ni awak cuba elak perkara tersebut,"

Sahara hanya mengangguk lemah,

Baru sahaja Sahara ingin melepaskan nafas lega tatkala melihat bosnya sudah pun melangkah ke arah pekerja lain, kelihatan Qaisar berpatah balik ke arahnya memunahkan harapan gadis itu.

"Lagi satu." Jari telunjuknya ditujukan ke arah Sahara sebelum dia menyambung ayatnya.

"Awak ni ada masalah pelupa ya?" Soalan daripada Qaisar itu membuatkan Sahara terkejut.

"Ha? Maksud tuan?" tanya Sahara kurang mengerti pertanyaan bosnya itu.

"Setiap kali awak buat kerja, mesti awak akan tinggalkan sesuatu. Saya bagi contoh ya, semalam awak bersihkan pejabat saya awak tinggalkan tuala mengelap. Dua hari yang lepas, awak tinggalkan botol spray. Ada pernah saya nampak penyapu dekat koridor dan saya yakin itu pun kerja awak."

Sahara hanya menunduk, tidak dapat membela dirinya memandangkan semua yang diperkatakan oleh Qaisar itu benar belaka.

"Maaf, tuan," ucap Sahara.

"Maaf? Saya dah cakap dekat awak yang saya tak perlukan maaf awak," bantah Qaisar.

"Jadi saya kena buat apa?"

"Memandangkan awak pun baru lagi kerja sini, jadi saya faham yang awak masih dalam proses nak menyesuaikan diri. Jadi, saya takkan suruh awak buat kerja-kerja yang berat."

Sahara hanya mengangguk-anggukan kepalanya, senang mendengar keprihatinan daripada bosnya itu.

"Awak kena bersihkan keseluruhan kawasan tingkat tiga hari ni dan awak akan balik pada pukul 10 malam."

Matanya membulat, bukankah ini sudah cukup berat? Jika ini yang dikatakan kerja mudah, apakah denda berat yang akan diberikan oleh bosnya ini? Dipecat barangkali.

"Apa?" Nada suaranya ditinggikan.

"Kenapa Cik Sahara? Apa lagi yang tak jelas? Ke awak nak denda yang lebih berat?"

Laju sahaja kepalanya digelengkan sambil bibirnya dicebikkan.

"Jadi apa tunggu lagi? Get back to work!" mendengar kata-kata Qaisar itu membuatkan semua pekerja di hotel itu meluru kembali ke tempat kerja mereka kecuali Sahara melangkah lemah mengenang nasib kurang baiknya pada hari ini.

Langkahnya seakan terasa berat, mengapa dia diduga sebegini?

Qaisar hanya memerhatikan gerak geri longlai Sahara yang membelakanginya sambil tersenyum, wanita ini sepertinya mempunyai aura yang mampu membuatkan Qaisar terhibur dengan gelagatnya.

• • •

Warna langit yang sudah bertukar gelap itu diperhatikan olehnya sambil dia mengemop lantai di koridor itu. Dia risau akan keadaan anaknya di rumah, tidak mahu menyusahkan Puan Azzah yang masih tidak sembuh sepenuhnya.

Menagih Kasih DarimuWhere stories live. Discover now