Semua ini buat dia terfikir yang layakkah dia mencintai lelaki itu? Berbaloikah cintanya? Berbaloikah separuh hati yang telah diberikan kepada lelaki itu? Atau sia-sia.

"Nazia, open the door. We need to talk, sweetheart. We need to talk about what has been bothering your mind. Please, open the door for me, Nazia". Terdengar suara Caden si sebalik pintu yang telah dikunci itu.

Diam. Tanpa jawapan. Membuatkan Caden mengeluh kecil. Mungkin sudah tiba masanya untuk menjelaskan semuanya. Tapi, Jasmine perlukan masa untuk bertenang dahulu.

🦋

"AKU rasa dah sampai masa untuk kau jelaskan semua benda dekat isteri kau, Gil. Kerja kau, kekasih lama kau. Jangan sampai dia dengar daripada orang lain, Gil. Makin teruk nanti". Lee yang duduk di sebelah Caden itu menepuk bahu lelaki yang kelihatan seperti sedang berserabut itu.

"Tak boleh, Lee. Dia tak akan terima semuanya. Dia akan tinggalkan aku bila dia tahu betapa teruknya aku". Caden meraup mukanya kasar.

"Aku pun setuju dengan Lee, Gil. Yang paling penting sekali, kau kena jelaskan perasaan kau dekat dia". Aidan pula bersuara. Tangannya giat menekan-nekan butang yang ada di alat kawalan Xbox miliknya itu.

Bahu baru je nak baik, dah sibuk nak main game balik.

"Terima kasih, Dan. Kerana menyokong kata-kata aku". Lee dengan selambanya menepuk bahu Aidan. Apa lagi, nenjerit nyaring la budak tu.

"Sakit lah bodoh!".

"Eh, cakap baik-baik sikit. Aku ni tua 3 tahun daripada kau okay? Ingat sikit". Lee mengangkat sikunya, buat-buat nak pukul kepala Aidan.

"Dah la. Gil tengah serabut tu". Melvin sudah mulai bersuara.

"Aku minta maaf daripada pihak dua ekor beruk ni". Alex menyatukan kedua telapak tangannya dan menundukkan sedikit kepalanya. Ala-ala orang Thailand gitu. Ni mesti pengaruh F4 ni.

"Ha, aku ada cadangan!". Aidan meletakkan konsol permainannya ke tepi dan mula mengangkat jari telunjuknya ke udara. Matanya bercahaya, penuh dengan idea.

"Cadangan apa?". Caden bertanya.

Literally, few minutes later...

"Kenapa kau telefon aku ni? Nak bagitahu yang kau kena buang kerja ke?". Suara ibu kepada Aidan itu bergema di corong telefon. Lagi lah, butang pembesar suara ditekan. Memang satu ruang tamu lah dengar suara makcik comel tu.

"Apa pulak? Aidan nak minta tolong ni".

"Tolong apa?". Ibunya menyoal.

"Erm...macam mana kita nak cakap dengan seorang perempuan tu yang kita cintakan dia?".

"Kau dah ada makwe ke, Dan?!". Soal adik perempuannya. Ni mesti tengah duduk tepi mak sebab nak dengar apa yang dibualkan antara abangnya dengan ibunya itu.

"Bukan aku la! Kawan aku".

"Perempuan tu isteri dia ke, Aidan?". Ibunya semakin berminat. Kalau bab cinta, ibu Aidan lah penasihat utama. Sebab tu, Aidan mencadangkan Caden untuk meminta nasihat daripada ibunya.

"Haah. Isteri dia tak yakin yang dia ni ada perasaan dekat isteri dia tu sebab dia pernah sebut pasal kekasih lama dia depan isteri dia". Habis je kata-kata itu, tak semena-mena kepalanya berharga Aidan diketuk oleh tangan Alex.

"Yang tu, tak payah lah bagitahu. Kau ni!". Marah Alex.

"Mak ada caranya. Nak tahu tak?".

"Nak la, mak". Aidan menjawab.

Caden pula sudah siap sedia untuk mendengar dengan fokus apa yang bakal dikatakan oleh ibu Aidan itu.

🦋

MATANYA bagai helang yang nak cari mangsanya, memerhatikan Jasmine yang berjalan bersama kunci kereta di tangan itu.

"Kau nak pergi mana ni, Nazia? Seharian tak keluar bilik, lepastu sekarang nak keluar rumah macam tu je?".

"Saya nak keluar makan dengan Nisha. Lepastu nak balik rumah babah". Jasmine berkata sambil menundukkan mukanya. Tak mahu melihat wajah suaminya itu. Takut, kepala otaknya memikirkan benda yang tak patut difikirkan lagi.

"Kenapa sampai nak balik rumah babah ni? Kau nak tinggalkan aku ke?".

"Saya nak melawat je. Nanti saya balik la sini balik". Jasmine menepis tangan suaminya yang cuba untuk memegang lengannya itu.

"Aku ikut".

"Tak payah la".

"Aku ikut la, Nazia. Bahaya kau dekat luar sana sorang-sorang". Dia mulai serius. Teringat pula ancaman Darren beberapa hari lepas. Dia cuma takut Darren akan apa-apa Jasmine.

"Kenapa pula bahaya? Selama ni saya dah biasa balik ke apartmen saya pagi-pagi buta dan takde orang pernah kisah. Kenapa bila saya dah kahwin dengan awak, tiba-tiba bahaya pula? Sayf, tolong jawab soalan saya ni dengan jujur. Saya tak nak awak tipu saya lagi. Saya tak nak awak sembunyikan apa-apa lagi daripada saya".

Caden mulai meneguk air liurnya yang terasa seakan berpasir itu. Habis keringatnya mulai meleleh di sekitar tepi dahinya.

"What is it, sweetheart?".

"Apa pekerjaan awak yang sebenarnya? Kenapa saya jumpa gambar ni dalam bilik kuning tu?". Jasmine mengangkat sekeping gambar yang dijumpainya di dalam almari di bilik berdinding kuning itu.

Gambar itu jelas menunjukkan dia, atuknya dan keempat-empat rakan baiknya itu yang bergambar dengan sekumpulan orang berbaju semua hitam. Di atasnya, tergantung sebuah banner yang tertulis 'Velkovace' dengan font yang sama yang pernah dia lihat di tepi jari dan di atas pemetik api milik Caden.

Caden menarik nafas panjang.

"Sebelum aku bagitahu kau semuanya, kau kena berjanji dengan aku yang kau tak akan tinggalkan aku. Kau kena janji dengan aku yang kau akan sentiasa ada dengan aku. Kau kena janji, Nazia. Aku tak nak kehilangan kau". Dia memegang kedua tangan isterinya.

"Aku sebenarnya...".

🦋

Saje je nak cakap, saya pakai baju matching warna dengan crush saya tadi :D

Dia pakai baju melayu hitam, saya pakai baju kurung hitam.
Sweet tak? Huehuehueheu

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now