Bab 17

1.1K 77 10
                                    

"Haih penat tul jalan-jalan ngan Nani." ngeluh Yana sambil memulus tombol pintu biliknya.

Harini sahaja sudah berapa jam dia dengan Nani keluar jalan-jalan. Ke kedai bukulah, ke wayanglah, ke KFClah, ke tandas lah eh-.

Kata Nani nak bagi release stress sebelum SPM. Pejam celik pejam celik lagi 2 minggu mereka akan menghadapi SPM. Selepas SPM ada satu lagi masalah yang dia kena hadapi. Ya, Kahwin!

Ikutkan hati dia tidak mahu keluar harini. Nak study untuk persediaan SPM yang akan dihadapinya dalam masa 2 minggu.

Masuk sahaja ke dalam bilik dia ternampak 1 kotak dan satu beg kertas berwarna coklat bertulisan Channel di atas katilnya.

"Apa ni?" soal Yana. Dia tak mahu sentuh lagi takut barang tersebut bukan dia punya. Disebabkan dia tidak mengetahui tentang isi didalam kotak dan beg kertas tersebut dia keluar dari dalam bilik untuk mencari umminya.

"Umi, pa dia dalam bilik oghang tu?" soal Yana kepada umminya yang sedang menonton tv.

"Ouhh tadi Dani hantaq, katanya untuk hang pakai." jawab umminya sambil memandang anaknya yang berada di sofa tepinya.

"Ash datang kah? Dia ada tanya pasal oghang kah?" soal Yana lagi sambil tangannya mencapai balang kacang yang berada dihadapan umminya.

"Adalah dia tanya pasal hang, ummi kata hang pi kedai buku ngan Nani. Pastu dia ada bagitau ummi tentang pa tuh, ermmm majlis makan malam?" soal umminya lagi.

"Ouhh tentang tuh. Haghitu mama dengan papakan datang sekolah oghang ambik keputusan SPM Ash. Pastu depa kata nak sambutlah berita gembira tu. Depa suh ajak ummi ngan kakak ngan adik semua. Oghang lupa nak habaq. Ummi ikut na." jelas Yana panjang lebar.

"Kat mana depa sambut?" soal umminya lagi.

"Ermm Hotel H&M kah? Atau Hotel HM? Lebih kurang gitulah mi. Katanya ada majlis peraian pembukaan hotel tu." ujar Yana lagi sambil mulutnya tidak henti-henti mengunyah kacang yang berada ditangannya.

"Ouhhh ummi kena pi lah sebabnya depa tu dah ajak. Tak manis pulak kalu dak pi. Hang pi tengok pa dia dalam beg kertas ngan kotak tu. Nanti message si Dani ucap terima kasih na." ujar ummi lagi.

"Baik ummi, oghang masuk bilik dulu naa." ujar Yana setelah meletakkan semula kacang tersebut diatas meja.

"Pa dia ni?" soal Yana sambil menggoncang-goncangkan kotak tersebut sedikit kuat.

"Boleh tahan beghat jugak naa." ujar Yana sambil tangannya ligat membuka pembalut yang membalut kotak tersebut.

Sebaik sahaja kotak tersebut terbuka mulut Yana juga terbuka tatkala ternampak kasut berwarna putih yang dihiasi dengan batu-batu permata.

Didalam salah satu kasut tersebut terdapat sekeping kad berwarna hitam. Yana membuka kad tersebut dan membaca isinya.

"After you see this card please call me girl, cuz i want to hear your opinion about the thing that I buy for you. Promise me to wear those when you come to the Hotel."

Sincere from your lovely fìancee♡.

Setelah membaca kad tersebut Yana tersenyum sorang-sorang. Boleh tahan sweet jugak naa mamat ni.

Sebelum dia call Dani dia membuka lagi satu hadiah yang diberikan oleh 'her lovely fìancee'.

Lagi sekali tanpa terpaksa mulutnya terbuka luas tatkala ternampak sepasang dress yang mahal dimatanya berada ditangannya.

Tidak terfikir oleh benak akalnya untuk memakai dress serta kasut yang mahal itu. Tanpa berlengah segera telefonnya dicapai dan nombor telefon Dani ditekan apabila dia sudah selesai menunaikan yanh wajib.

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now