Bab 15

1.2K 85 5
                                    

Satu Tahun Kemudian

Tahun ini adalah tahun diamana giliran Yana pula yang akan menduduki peperiksaan SPM. Tahun ini juga tahun dimana Dani akan mengetahui keputusan SPMnya.

Lagi beberapa minggu sebelum pengumuman markah keputusan SPM akan keluar. Sekarang ini Dani menolong papanya di salah satu perusahaan papanya.

Dia hanya bantu mana-mana yang perlu bawah pengawasan abang sepupunya, Raikal. Papanya kata biarlah dia bekerja disini daripada terperap dirumah sahaja.

Papanya mahu Dani sambung belajar dalam course business tapi Dani mahu menjadi surgeon jadi dia tidak mahu mengambil course yang papanya suruh.

Papanya tidak pula membantah sebab baginya itu kehidupan Dani jadi biarlah dia sendiri yang tentukan. Lagipun dia masih mempunya ramai anak buah lelaki.

Kata Dani lagi, kalau nanti dia sudah kahwin dia akan bagi papanya cucu lelaki banyak-banyak. Nasib tak tersedak papa serta mamanya apabila mendengar luahan daripada Dani. Gatal Dani ni.

"Weh Yana kau dah bersedia lum tahun ni?" soal Nani yang sedang melihat Yana mengemas bukunya.

"Ada pa tahun ni? SPM ke? Insyallah beesedia." Ujar Yana polos.

"Bukanlah. Kau ni....kan tahun ni kau kena kahwin sehari selepas habis SPM. Kau tak teruja ke?" Soal Nani lagi.

"Hang ni bukannya nak tanya soal SPM ni tanya soal tu pulak dah aih. Kalau aku ketuk sat gi baghu kau tau. Jom pat nanti Pak Cik Hashim tunggu lama oghang kat bawah nu." Balas Yana sambil menarik lengan Nani.

"Eyyy kau ni tak sportrim lahh." ujar Nani sambil melepuk perlahan lengan Yana.

"Haihh kauu ni oghang dak tau lah sedia ke dak sebab belum tiba waktu lagi. SPM pun lambat lagi tak dak masa nak pikiaq." Balas Yana.

"Haihh kau ni kan Ya- wehhh tu bukan Dani ke wehh?! Hot tul wehhh!" jerit Nani seperti kena rasuk.

Yana yang terdengar ulahan Nani segera memandang ke arah lelaki yang sedang bersandar didinding tangga. Pelajar perempuan yang lain sudah seperti kena rasuk melihat Dani yang tersandar itu.

'Pakaian pun smart betui.' ujar Yana didalam hati apabila ternampak Dani yang mengenakan suit hitam dengan tie dan seluar hitam, baju kelabu gelap sebelah dalam menjadi pilihannya. Lengan bajunya dilipatkan sehingga ke siku dan menampakkan lengan kekarnya. Suitnya ditempatkan disalah satu lengannya.

'Rajin betui na work out mamat ni.' ujar Yana dalam hati lagi apabila ternampak lengan kekar milik Dani. Habis terkeluar urat-uartnya.

"Girl! Lama betul kau. Kau kemas buku ke buat buku?" soal Dani.

"Buat buku. Hang wat pa kat sini?" soal Yana lalu menjeling budak-budak perempuan disitu. Ni oghang punya lah! Hampa pi caghi laen lah!

"Ouhh tadi ingat nak lunch dekat kedai makan depan tu tiba-tiba teringat kau balik awal tu yang singgah sini dulu ambik kau. Pastu Nani, Afan ade sekali kau nak jumpa dia ke?" soal Dani dengan hanya memandang sekilas Nani yang dari tadi hanya merenungnya.

"Haa Afa- woahh." Belum sempat Nani menghabiskan ayatnya Afan terlebih dahulu menyapa.

"Hai Hun. Kau sihat? Lama duh aku tak nampak kau." soal Afan sambil tersenyum kearah Nani.

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now