Bab 6

1.2K 84 2
                                    

Setelah kejadian keluarga Dani memberitahu tentang wasiat itu, Yana sekarang hanya menyelubungi dirinya didalam selimut sambil memeluk gambar ayahnya.

"Ayahhhh......maafkan Yana.....Ya-Yana sepatutnya yang pergi bu-bukan ayahhh.....kenapa ayah tinggalkan wasiat ni......ayah percayakan keluarga mereka kah? Kalau ayah percayakan mereka Yana akan percaya jugak...." Yana menggunakan slang KL ketika menuturkan kata-katanya kerana ayahnya berasal daripada KL. Habis basah bantal serta cadar Yana akibat air matanya yang mengalir.

"Yanaaa maghi tughun makan sayang." ucap umminya sayu. Daripada petang tadi Yana tak keluar. Sekarang waktu dah menunjukkan pukul 11 malam. Umminya risau akan keadaan Yana. Dia belum makan apa-apa daripada balik sekolah tadi. Umminya risau jika Yana terkena gastrik lagi.

"Oghang dak lapaq ummi.....ummi makan jelah." Yana berhenti seketika untuk membetulkan suaranya yang tersekat-sekat. Dia tak nak umminya risau.

"Yana teghiak sebab paa? Yana tak mau tunang dengan Dani kahh? Kalu lagu tuh ummi batalkan lah rombongan meminang besok ya?" soal umminya. Umminya tidak tahu sebab ape Yana menangis. Bukan sebab pertunanganya itu tapi sebab Yana rindukan ayahnya.

"Ehhh ummi sat.....mana da oghang kata lagu tu....ummi ni.....tukan wasiat ayah....tak yah lah batal." ujar Yana. Sudah kecut perut dia dibuatnya bila umminya hendak membatalkan wasiat itu. Dia pun ape lagi lari turun katillah pi kat ummi dia.

"Abis tuh awat hang teghiak?" soal umminya. Bagi umminya walaupun itu sebuah wasiat kalau hati tak suka tak perlu dipaksa takut nanti tak bahagia.

"Tak dak paaa...mana da oghang teghiak sebab tuuuu....oghang teghiak sebab nengok tu haaa cita sedih tu..." Yana terpaksa menipu umminya.

"Ya ya jelah hang tuh....mai makan." umminya menarik tangan Yana pergi ke meja makan.

"Makan na. Nak ummi teman kah?" tanya umminya.

"Ehhh dak palah, ummi pi lah tidoq dah lewat ni." ujar Yana.

"Haaa yelah hang tu makan jangan dak makan....lepas makan solat pastu gosok gigi pastu tido esok oghang nak masuk minang." umminya berpesan kepada Yana sebelum berlalu masuk kedalam biliknya.

Yana mengesat air matanya yang jatuh untuk membangkitkan semangatnya. Dia mencedok nasi dan lauk masuk kedalam pinggan sebelum menjamahnya.

Dia perlu cepat untuk tido kalau tak esok dia tak bermaya. Mata pun jadi mata panda tak ke malu dia nanti.





♡ Maaf bab yang ni pendek sikit. Apa, apa pun Have Fun Reading.

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now