Bab 12

1.1K 87 3
                                    

"Aduhhh sakit pulak peghut nih." Yana mengeluh. Dia sedang menuju ke kelasnya setelah mendapat kebenaran daripada cikgu Mawar untuk ke kelas.

Yana masuk ke kelas untuk mengambil pil gastriknya. Tiba-tiba gastriknya datang menyerang. Sekarang waktu rehat jadi murid didalam kelas tidak ramai.

"Fuhh ada pun satu bijik." Belum sempat Yana dapat menelan pilnya, tiba-tiba sahaja ada orang melanggar tangganya dan menyebabkan pilnya jatuh ke lantai.

"Hishh hang ni jalan tuh boleh dak lek lok sikit?!" ternaik senoktah suara Yana apabila pilnya jatuh ke lantai. Lagi menyakitkan hatinya gerangan yang TERlanggar tangannya ialah Bella Ver 1.

"Upss, sengaja. Hahahaha." Bella dan dua lagi kawannya bantai menertawakan Yana. Tidak perasan akan wajah Yana yang sudah memerah menahan marah. Tunggu meletus sahaja.

"Hish! Tepi lah sikit oghang nak lalu." Yana berjalan sambil membengkokkan tubuhnya kerana perutnya semakin mencucuk sakit. Dia menahan kemarahannya daripada meletus kerana dia kena cepat untuk ke bilik rawatan untuk mengambil pilnya.

BUK!

"Hahahah serve you right girl. Kesian aku tengok Dani dapat tunang yang loser macam kau ni." Bella mencangkung di tepi Yana yang jatuh akibat daripada perbuatannya yang sengaja menyadungkan kaki dia dengan Yana.

"Hang ni....a-apahal...t-tak dak masalah cari masalah! Main jejauh lah!" Yana dengan berani menatap mata Betty yang tajam merenung ke arahnya. Dia yang sedang menahan kesakitan segera berdiri.

"Kau ni!" belum sempat Bella mendaratkan penamparnya di pipi Yana, Yana terlebih dahulu menolaknya. Dia sudah tiada tenaga untuk menahan tamparan daripada Bella. Perutnya sudah semakin sakit.

"Yana!" Dani masuk ke kelas Yana kerana terdengar seperti ada pergaduhan.

"Girl kau ok tak?! Asal muka kau pucat?" soal Dani yang cemas. Bella yang terjelopok di atas lantai tidak dihiraukan.

"Pe-peghut oghang sakit." suara Yana tersekat-sekat akibat daripada menahan sakit perutnya.

"Pil kau mana girl?" soal Dani.

"Tu ja-jatuh." Yana menunjuk pil yang jatuh di atas lantai.

"Meh aku bagi kau piggy back kite pergi bilik rawatan." Dani menundukkan badannya untuk memberikan piggy back kepada Yana.

"T-tak yah lah Ash o-oghang boleh jalan sikit-si....Ash!"

"Diam." sepatah sahaja jawapan yang diberikan oleh Dani setelah mengangkat Yana dengan paksa keatas belakang badannya.

"You.... I pun sakit...Tunang you tu buat." Betty memegang kaki Dani sambil menunjuk ke arah Yana.

"You know what you deserve it...and yes she is my tunang." Ujar tenang tetapi kedengaran berbaur amaran. Matanya tajam menikam kearah Bella dan rakan-rakannya yang lain.

Dani percaya yang Bella jatuh sebab dia ingin menyakitkan Yana. Yana tidak akan melukakan orang lain melainkan untuk mempertahankan dirinya. Dia percayakan Yana.

"Arghhhh! I hate you illiayana! Arghhh!" Bella menjerit sambil kakinya menendang salah satu meja didalam kelas 4A setelah Dani dan Yana keluar.

"Girl kau tahan sikit kita na- girl? Girl! Kau dengar tak girl?" soal Dani sambil mengangkat sedikit bahunya. Sudah cemas dibuatnya apabila peluh Yana sudah berasa diatas bahunya. Kepala Yana yang jatuh menguatkan lagi tekaannya bahawa Yana sudah pengsan

"Saba girl sikit lagi." setitis air mata Dani jatuh. Dia betul-betul risau akan keadaan Yana sekarang.

Sepanjang mereka lalui laluan koridor tersebut untuk pergi bilik rawatan, ramai murid yang lalu-lalang tersenyum sambil membisik-bisik apabila melihat Dani yang mengendong Yana. Tapi mereka tidak tahu yang Yana sudah pengsan.

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now