Bab 2✔️

1.8K 103 1
                                    

"Ok semua sila bawa keluar buku teks Bio dan buka hala..."

"Assalamualaikum cikgu, saya nak cari Nur illya illiayana boleh?" Kedengaran suara garau seseorang yang berada diluar kelas setelah bunyi ketukan pintu hadapan kelas 4A.

"Waalaikumusalam, hah Yana ade orang panggil kamu tu." ujar cikgu Hani, cikgu Biologi mereka.

'Adui awat pulak mamat nih nak jumpa aku nih?!' ngomel Yana didalam hati.

"Haa... Ehem! awat?" Soal Yana tanpa bertentangan mata dengan Dani masih malu dengan perihal semalam.

"Aku lupa nak bagi denda dekat kau." Jelas Dani. Sekarang dia sedang ronda mencari orang yang lewat datang ke sekolah pagi tadi untuk diberikan denda. Tiba-tiba pula teringat kat budak ketot yang terlepas dari dendanya.

Orang memang akan kecut perut apabila Dani yang memberikan denda kepada mereka. Cikgu disiplin lagi lah suka bila murid lain takut dengan denda Dani. Tak delah ramai murid yang akan membuat kesalahan.

'Sat aku salah dengar kah?' Yana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dani yang berada didepannya hanya memandang pelik. Dah serupa monyet jadian.

"Erm apa dendanya?" Soal Yana memandang kosong bahagian dada Dani yang berlapikkan baju uniform sekolah biru itu.

"Masa rehat seminggu ni, aku nak kau basuh tandas perempuan dekat blok bahagian kau. Faham?"

"Erkkk t-t-tandas perempuan?"

"Abis tu kau nak basuh tandas lelaki ke? Itu pun cukup baik aku tak suruh kau basuh tandas Blok B sekali." Ujar Dani sedikit berbisik apabila mengungkapkan rahsia antara mereka. Senyuman sinis terukir dengan badan dibengkokkan sedikit.

"Erk... diam-diam dahlah. Dak sah dibangkitkan isu semalam hang ni!" Ujar Yana geram. Celupar punya mulut buaya! Aku koyak satgi kang mulut tu haa.

"Elok aku cakap kau sorang je dengar dariapada aku menjerit. Kau faham tak apa aku cakap tadi?" Soal Dani lagi sekali sebelum menegakkan semula badannya. Minah ni cakap jelah faham banyak bunyi pula.

"Tak dak denda laen kah?" Soal Yana ingin berkautim dengan Tauke Pakar Jual Denda dihapannya ini.

"Ada."

Yana sudah teruja. Yes! Menjadi perkautimannya.

"Potong rumput kat padang. Nak?" Soal Dani tersenyum sinis.

"Tak pa aih. Basuh tandaih jelah. Bye!" Balas Yana tidak berpuas hati. Dasar tak dak hati perut!

"Illiayana, illiayana." Dani menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman kecil terhias dibibir sebelum mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Hani. Dia perlu menuju ke kelas lain pula. Habislah semua!

"Haih nak kena bagitahu ummi dulu lahh kalu gitu. Sebab oghang basuh lepas habih kelaih buleh kan?" Yana bermonolog seorang sambil menuju ke arah telefon awam yang disediakan berdekatan dengan kantin.

Tut tut tutt....

"Ye Assalamualaikum?" Kedengaran suara wanita separuh baya itu dicorong telefon.

"Haaaa ummi Waalaikumusalam yana ni."

"Haaa hang awat call ummi,hang jangan cakap cuti free lagi naa." Belum apa-apa lagi uminya sudah serkap jarang.

"Aihhh dakk aih. Oghang nak gitau oghang kelik lambat sikit naaa sebab kena denda basuh tandaih." Ujar Yana sambil bermain dengan dawai besi telefon awam yang panjang itu

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now