Bab 14

1.1K 77 4
                                    

"Erm." Dani yang pengsan diatas katil dipandang oleh Yana teruja. Teruja padianya? Dah tunang dah sedarkan?

"Ya....na." Panggil Dani perlahan dengan suara seraknya.

"Ye. Nah air." Hulur Yana kepada Dani. Dani bangun perlahan-lahan dan sandarkan kepalanya kearah kepala katil. Peningnya ya allah.

"Minum sikit Ash." Ujar Yana perlahan apabila Dani masih menutup matanya.

"Erm. Kepala aku peninglah illiayanaaaa." Rengek Dani lalu meneguk sedikit air suapan Yana. Ceh! Minum air pun nak bersuap.

"Sat, oghang panggil kak long sat na. Hang baring dulu." Ujar Yana lalu menyelimutkan Dani. Dani hanya mengangguk dan melihat Yana sehingga kelibatnya hilang.

Pelipis kepala dipicit sebelum senyuman tipis terukir. Ehek! Tunang I jaga ualls.

"Hah Dani. Bangun dah?" Soal kak long lalu membuka tirai yang menutup katil Dani. Dani balas dengan anggukan. Tangannya masih lagi naik memicit kepalanya.

"Jap akak nak ambik suhu." Ujar kak long lalu memasukkan alat cek suhu kedalam telinga Dani.

Tit.

38.1 celcius.

"Kamu demam ni Dani. Balik dululah. Rehat kat rumah. Esok kamu ada exam kan? Kamu hold dululah kalau tak larat sangat ni. Kejap lagi akak bagi ubat demam. Biar kebah sikit demamnya. Nanti kak long call mak ngah." Ujar kak longnya lalu memberhentikan langkahnya apabila Yana memanggil.

"Kak, coolfever kalau ada bagi sekali na." Ujar Yana sopan dengan senyuman tipis.

"Ada. Nanti akak ambilkan, kejap ye." Ujar Kak long Dani lalu membalas senyuman Yana. Muka Yana jelas kepenatan. Dekat 2 jam budak ni pengsan. Yana minum air je tadi sebab terlalu risau dekat Dani.

"Hang tak boleh ka ambik cuti esok, Ash?" Soal Yana sebelum melabuhkan duduknya dikerusi sebelah katil Dani.

"Aku malas nak repeatlah girl. Larat je insyallah. Kau nak tido tak? Tido atas katil ni." Ujar Dani. Muka Yana yang kepenatan ditatap. Lama ke dia pengsan?

"E-eh! Hang gila ka?!" Suara Yana ternaik sedikit tapi tidak terlalu kuat hanya dia dan Dani sahaja dapat mendengar.

"Apa dia?" Soal Dani bingung. Apabila matanya disantapkan dengan muka memerah Yana tahulah dia bahawa Yana dah salah faham.

"Dia yang fikir bukan-bukan." Usik Dani lagi. Bertambah merah muka Yana. Degupan jantungnya pun semakin laju apabila Dani tersenyum menyenget kearahnya.

"Ma-mana da!" Ujar Yana lalu berpaling kearah lain. Aish! Padai yang hang pikir Yana!

"Aku boleh dodoikan kau tapi lepas kahwinlah ek sayang. Sekarang tak boleh. Aku takut kena pancung kepala dengan papa." Ujar Dani selimut yang tertutup dibadannya dialihkan. Kakinya menjejak lantai.

Tapi dia tidak terus berdiri. Kepalanya yang berdenyut ditahan. Kurang sikit denyutnya bila berbual dengan Yana.

"Tido Illiayana. Kau penat tu." Ujar Dani lalu bercangkuk disebelah kerusi Yana apabila kepalanya terasa berdenyut semula. Sedaya upaya ditahannya.

"Takpa Ash. Hang pi lah baringnya. Hang tu sakit. Ishlah! Bangun." Ujar Yana tegas. Sakit-sakit pun nyibuk nak urus orang lain. Urus diri sendiri dulu lah dey!

"Tak mohhh. Kau pergilah Illiayana. Aku baring kan kepala kat sebelah kau nanti." Ujar Ash masih lagi dalam posisi yang sama cuma kepalanya didongakkan menghadap Yana.

"Ish hang ni kedeqak sangat ni pasaipa?" Ujar Yana geram. Tanpa mempunyai pilihan lain dia mencabut kasut sebelum membaringkan dirinya keatas katil Dani. Selimut yang berada diatas katil serta merta ditarik menutupi badannya. Dia tahu kalau bantah macam mana pun Dani tetap dengan keputusannya.

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now