Bab 5✔️

1.4K 89 0
                                    

Flashback 6 tahun yang lalu

6 tahun yang lalu bersamaan umur Yana pada darjah 5. Dan pada tahun itu jugalah ayah Yana dijemput illahi.

Rumah Yana-

"Ummi, Yana mana dak nampak daghi pagi lagi?" soal kakak Yana, Amna.

"Yana ikut abah pi tapak pembinaan nu, haa kat tapak pembinaan yang nak buat masjid tuh haa. Kenapa?" Soal umi sambil menggaul-gaul kuah yang sedang berada diatas kuali.

"Ouhhh tak dak papa tanya jaa. Tapi dak bahaya ka ummi? Dekat sana nu oghang ghamai buat pembinaan." Ujar kakak Yana sebelum melabuhkan duduk keatas kerusi di meja dapur.

"Dak aih, ayah ada dak yah ghisau aih." jawab ummi dengan senyuman.

Kring kring kring~

"Haa kak pi angkat sat oghang telefon tuh."

"Haa yelah sat." Amna menuju ke arah telefon rumah yang berbunyi.

"Ye Assalamualaikum siapa naa?" soal Amna.

"Waalaikumusalam saya doktor Zahir. Ini keluarga Encik Azam ke?" soal seorang pemuda yang menggelar dirinya sebagai Doktor Zahir.

"Ye saya, saya anak kepada Encik Azam. Ade apa-apa kah yang buleh saya bantu tuan?" soal Amna. Hatinya sudah berasa tidak sedap. Ditolak jauh perasaan tersebut apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital yang menanyakan tentang ayahnya.

"Sekarang ini Encik Azam berada dibahagian bilik pembedahan dengan keadaan red code iaitu kod dalam keadaan kritikal. Kepala dan badan Encik Azam ditimpa batu konkrit yang jatuh daripada tingkat atas rangka bangunan ditapak pembinaan untuk menyelamatkan seorang budak perempuan."

"Dan kanak-kanak tersebut yang saya percayai merupakan salah seorang ahli keluarga cik juga hanya berada dalam green code iaitu kod tidak kritikal hanya terdapat sedikit luka dan calar dibahagian tangan dan dahinya akibat terkena serpihan-serpihan konkrit."

"Sekarang dia dalam pengawasan salah seorang doktor di hospital kami. Dia dalam keadaan terkejut. Kami harap keluarga cik dapat datang ke Hospital Ulu Rakit. Kami akan cuba yang terbaik untuk selamatkan Encik Azam. Assalamualaikum."

Sebaik sahaja doktor tersebut menutup panggilan tersebut, Amna yang sedang dalam keadaan terkejut serta mukanya yang telah dibasahi oleh air mata berlari mendapatkan umminya didapur dan menceritakan semuanya, mereka perlu segera kesana.

Dalam kereta-

"Ummi, akak, kita nak pi mana nih?" soal adik Yana, Ina polos.

Mereka mengambil adik Yana daripada sekolah untuk membawanya sekali ke hospital.

"Nanti dah sampai akak bagitahu naa. Ina duk leklok satgi kang jatuh." Ujar Amna apabila melihat adiknya berdiri di atas keusi penumpang belakang.

"Ummi,kenapa ummi teghiak?" Soal Ina apabila melihat muka umminya yang basah disebabkan oleh air matanya yang mengalir.

"Dak aih ummi dak teghiak,mata ummi ni haaa sakit sikit." Ujar ummi Yana sambil menggosok-gosok matanya tidak mahu Ina risau akan keadaannya.

Ina hanya mengangguk dan tersenyum. Pada fikirannya dia gembira kerana dapat balik awal.

Ina pada masa itu berumur sembilan tahun jadi dia hanya tahu untuk bermain sahaja. Fikirannya belum matang.

"Mana akak Yana?" Soal Ina tiba-tiba bila tidak nampak Yana didalam kereta. Tadi pagi akaknya tidak ke sekolah sebab tak berapa sihat.

"Akak Yana ada dengan ayah." Jawab ummi bersahaja sebelum pedal minyak ditekan.

"Ohhhhhh." Balas Ina panjang.

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now