Bab 7

1.2K 93 3
                                    

"Yanaaaa! Bangun lah oghang mai dah tu....bangun-bangun.....haa pastu pakai baju nih akak letaq ataih katil hang ni....bangun patt." akaknya datang membangunkan adiknya yang masih tidur. Orang dah datang nak masuk minang dia boleh tidur lagi.

"Haaa yelah oghang bangun." Yana mengalah lalu bangun dari pembaringannya dengan malas dan menggosok matanya yang kabur kerana baru bangun tidur.

Dia ternampak sepasang baju kurung warna putih yang dihiasi dengan manik-manik dan sulaman diatas katil. Sangat menarik perhatiannya.

Setelah mandi dia menyarung baju itu dan menilik dirinya didepan cermin.

"Wowww cantek jugak ehhh oghang." Yana memuji dirinya sendiri.

"Ye anak umi memang cantik....maghi umi mekap kan sikit biaq tutup sikit mata panda hang tuh." ujar ummi.

"Okeyy." balas Yana singkat. Dia berlari kearah katil dan duduk di depan umminya.

Setelah beberapa minit umminya memekapkannya,akhirnya siap jugak. Mekap dia nipis sahaja. Lipstik tidak terlalu merah hanya cukup-cukup sahaja. Dia pun tidak suka tebal-tebal.

Setelah itu ummi memberikan cermin kepada Yana untuk dia menilik wajahnya.

'Pretty' satu sahaja perkataan yang dia ucapkan dalam hatinya. Make up dari sang umminya sangat memuaskan. Maklumlah bekas MUAR.

"Dah jum. " ajak umminya sambil menarik tangan Yana.

Setiba sahaja dia di ruang tamu, dia ternampak keluarga sebelah Dani yang memenuhi ruang tamu. Tiba-tiba rasa gugup datang menerjah hatinya.

"Meh Yana." panggil mama Dani sambil menepuk tempat disebelahnya menyuruh Yana duduk. Yana menuju kearah tempat duduk disebelah mama Dani. Dia menayangkan senyuman manis kepada mama Dani sambil menghulurkan tangannya untuk menyalam.

Setelah semua doa dan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, mama Dani mengambil tangan Yana dan menyarungkan cincin dijari manis Yana. Yana tersenyum melihat cincin yang disarungkan oleh mama Dani. Sangat cantik. Pandai mama Dani pilih.

"Call me mama." sejurus selepas Yana menyalam tangan mak mertuanya, mama Dani membisikkan ayat tersebut kepada Yana. Yana hanya mampu tersenyum dan mengangguk.

"Maghi makan,akak ada sediakan makanan sikit. Jom." Ummi mempelawa tetamu-tetamu yang datang untuk makan.

Yana terlebih dahulu keluar daripada rumahnya menuju ke pondok kecil di tepi rumahnya.

Dani yang memandang Yana yang keluar daripada rumahnya seakan-akan terpukau.

Dani yang tanpa sengaja tersenyum setelah ternampak kelibat sang tunangnya hanya dipandang pelik oleh Yana yang baru sampai.

'Hensem jugak mamat ni' ujar Yana dalam hati. Melihat Dani yang memakai songkok dan baju melayu berwarna hijau muda menarik perhatian Yana. Tapi dalam hati jelah dia mengagumi kalau terdengar dek Dani mahu kembang semangkuk.

"Hang awat duk sengih-sengih." tegur Yana apabila betul-betul berada didepan Dani.

"Ehemm....bila masa aku sengih?" dalih Dani untuk menutup rasa malunya.

"Elehh hang, oghang taulah oghang cantek." Yana mengibaskan tudungnya. Angkat bakul masuk sendiri nampak?

"Perasan je lebih." Dani membuat muka menyampah dengan Yana.

"Eleh hang. Ermmm....nak tanya boleh?" Soal Yana yang duduk diatas kerusi berhadapan dengan pondok kecil itu.

"Apa dia?" Dani menyoal semula sebelum tunangnya dipandang sekilas. TUNANGNYA.

"Denda tu." Ucap Yana malu-malu. Mana tahu kan? Untung-untung dapat lepas.

"Denda tetap denda. Tunang tetap tunang. Belum cukup seminggu lagi kan? Kau baru basuh sehari. Apa kau ingat kau dah jadi tunang aku, aku lepaskan kau? No excuses Illiayana." Dani hanya tersenyum miring apabila mendapat tangkap muka cemberut Yana.

Yana yang mendengar hanya membuat muka toya. Tak kasi can langsung! Kurangkan lah sikit. Sikittt je pun.

"Yelah, nanti oghang sambunglah basuh. Hang dak masuk makan kah?" Soal Yana. Panggilan aku telah ditukar menjadi panggilan yang sedikit sopan. Manis sikit orang yang mendengar.

"Malas." itu sahaja jawapan yang diberikan oleh Dani.

"Hang ni nak makan pon malas." Yana geram dengan jawapan yang diberikan oleh Dani.

"Nak buat macam mana? Dah memang malas." jawab Dani sambil mata masih melekap pada buku yang baru dibeli semalam.

"Dahlah hang malaih oghang layan." baru sahaja Yana ingin pergi terasa tudung dibahagian belakangnya ditarik.

"Hang ni awat? Eiii habis ghosak tudung." Yana meniup-niup sambil membetulkan awning tudung bawalnya. Boleh je kan Dani panggil. Sengaja nak cari pasal.

"Lek arh, nahh." Dani memberikan buku novel itu kepada Yana.

Yana memandang Dani sebelum mengambil buku tersebut. Terbeliak matanya apabila membaca tajuk novel tersebut. 'Seseorang Untuk Aku.'

"Hang bagi kah?! Biaq betui?!" teruja punya pasal sampai terjerit Yana disitu.

"Haaa yelah ambik lah. Aku dah habis baca." jawab Dani dengan muka ketatnya.

"Hehe maceh Ash." ucap Yana sambil tersenyum kearah Dani. Panggilan 'Ash' daripada Ashraf digunakan.

"Macam tak de nama lain." sudah memerah telinga Dani dibuatnya bila Yana tersenyum. Eleh Dani baru senyum dah malu.

"Dah argh aku nak masuk makan." nak lari lah tu.

Yana hanya mengikut jejak Dani sehingga dalam rumah sambil memeluk buku yang deberikan oleh Dani. Gembira bukan main bila ade orang belanja novel. Sape je tak happy dapat novel free. Kan?







♡Have Fun Reading

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now