Bab 8

1.3K 82 4
                                    

Hari ni hari Isnin hari pertama Yana pergi kesekolah dengan memegang gelaran 'tunang abang pengawas hensem' ehhhh.

Rasa-rasanya ade orang perasan tak cincin kat tangan dia tu. Haihh kalau orang perasan dia nak cakap ape? Dahlah tadi dia nak tinggalkan kat rumah, uminya tak bagi jadinya kenalah pakai pergi sekolah. Kalau kena rampas ni, sia-sia ja.

Sedang Yana menuggu bas sekolah di stesen bas tiba-tiba ada satu kereta berhenti dihadapannya. Jenama apa pun dia tak tau. Nampak lambang kuda ja.

"Masuk dik." seorang pakcik membuka tingkap lalu tersenyum dan mengarahkan dia untuk masuk. Yana hanya memandang pelik kereta tersebut. Tingkap belakang bukan main gelap lagi sampai orang kat luar tak boleh nak tengok apa yang kat dalam. Privasi betul.

Tiba-tiba tingkap belakang terbuka dan timbulah muka seketul Dani.

"Masuklah aku hantar kau."

"Ehh tak palah oghang tunggu bas ja."

"You have two choices illiayana. First, kau masuk sendiri. Second, aku heret kau masuk. Kau pilih lah." selamba Dani menuturkan ayatnya. Dia dah lambat boleh pula budak pendek ni buat hal.

"Gila pa. Oghang masuk sendighilah." Yana berjalan menuju kearah pintu kereta sebelah sana.

' Tahu takut.' Dani hanya smirk setelah mendengar jawapan daripada Yana.

"Ni pakcik Hashim. Dia yang tolong hantar dan ambik aku ke sekolah. Mulai harini dia akan ambik dan hantar kau jugak." tutur Dani setelah Yana masuk kedalam perut kereta.

"Assalamualaikum pakcik." sapa Yana dengan senyuman.

"Waalaikumusalam Yana." balas pakcik Hashim dengan membalas senyuman Yana.

Bismillah dibaca sebelum pedal minyak ditekan. Kereta berjenama tersebut laju meluncur diatas jalan raya.

Dani yang sedang membaca buku teks Fizik tingkatan 5 itu dipandang oleh Yana sebelum Yana mengalihkan pandangannya keluar tingkap semula.

Dani yang perasan dirinya ditenung hanya tersenyum kecil.

Setiba sahaja disekolah Yana cepat-cepat keluar daripada perut kereta milik Dani. Dia takut kalau orang ramai nampak dia keluar dari kereta pengawas popular ni. Mahu dia kena buli dengan fans-fans Dani. Hmphh tak padan dengan sekolah menengah dah ade fans. Podahhh!

Dani hanya memandang pelik Yana yang berlari keluar daripada keretanya. Dah macam perompak nak rompak hati dia ehhh macam perompak nak rompak bank baru betul. Apalah Dani ni berangan lebih.

Beg sekolah digalas sebelum bilik pengawas dituju. Harini perhimpunan rasmi akan berjalan seperti biasa. Sebagai Ketua Pengawas tugasnya adalah untuk membacakan doa dan melafazkan ikrar.

"Oii Yana kau asal berpeluh macam masuk lumba marathon ni?" Soal Nani dari belakang. Terkejut Yana apabila disergah begitu.

Nampak gayanya ada orang nak kena cepuk jugak ni, main sergah je salam pun tak dak.

"Hang ni Nani kalau tak maen sergah-sergah dak sah na. Kalau aku tiba-tiba mati kat sini kena penyakit jantung lagu mana?" haaa kan dah kena bebel dengan makcik Yana.

Pengawas Senior Dingin (EDITING)Where stories live. Discover now