39- Candlelight Lunch

Start from the beginning
                                    

Lah, daripada mana pula dia belok sampai dapat mencipta soalan itu. Jauh juga pemikiran Jasmine kan?

" Kenapa sampai ke situ jauh melencong soalannya?". Sampaikan Caden pun tergelak kecil. She's the only one who can make him laugh.

"Kesian anak mommy. Daddy tak nak mengaku yang dia ada anak". Jasmine menggosok-gosok perut kempisnya.

Stereng dipulas ke tepi dan terus brek kereta ditekan oleh Caden. Membuatkan kereta itu tersadai di pinggir jalan yang agak sibuk itu.

"Apa awak ni?! Terkejut saya".

Tali pinggang dibuang dan dia menolehkan kepalanya ke arah Jasmine.

"Are you-".

"Tak la, saya bergurau je".

"And I hope that joke will turn into a true fact soon". Dia mencium dahi Jasmine sekali. Suami mana je yang tak teruja nak ada anak kan? Termasuk lah lelaki dingin ini.

"Awak nak ke anak? Saya ingat awak tak nak". Jasmine menundukkan kepalanya. Ruang hatinya tiba-tiba sahaja penuh beremosi sekarang ni.

Jari telunjuk Caden mengangkat dagu Jasmine agar mereka boleh bertentangan mata.

"I wanna share everything with you, Nazia. Everything. Half of my heart or you can take it all. My life. My properties. Me, myself. And of course, a baby. A child. I wanna have at least a child with you. Aku tak nak kau fikir yang aku tak nak ada anak, lagi. Tapi kalau kau yang tak nak ada anak, then I will fully understand. I will fully support you. Because it is your body, your choice. You got it?". Dia mengakhiri katanya dengan mencium dahi Jasmine buat kali kedua membuatkan wanita itu terdiam.

" Maaf sebab fikir macam tu".

"No, its okay, sweetheart".

Tali pinggang ditarik semula dan dia mulai menghidupkan keretanya. Kereta itu kemudiannya mulai membelah jalan lagi.

🦋

TERPEGUN Jasmine apabila dia menyedari dirinya sedang berdiri di hadapan sebuah hotel mewah. Hotel itu merupakan hotel yang sama, tempat dia bertemu dan bertanyakan kepada Caden buat kali pertama samaada lelaki itu ingin mengahwininya atau tidak.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?".

"To have a date with you, to make it up with you". Dia tahu silap dia. Dia telah tertipu isterinya tadi. So to make it up, he brought her to a date. How sweet :(

"Oh... Tapi kenapa hotel ni?".

"Didn't you propose me in this hotel's lobby?". Caden menarik lembut tangan isterinya untuk masuk ke dalam hotel mewah itu.

🦋

KAKI mereka diberhentikan di hadapan pelayan restoran 5 bintang yang bertempat di dalam hotel Offeria's Luxury itu.

"What can I help you with, sir?". Pelayan wanita yang cantik bertudung itu menyoal Caden sambil tersenyum manis. Habis tak kan la nak layan pelanggan dengan muka masam pula kan?

"Reservation for two".

"Alright. Under whose name, sir?".

Sejak bila pula dia sempat buat tempahan restoran ni? Pelik pelik. Ke dia minta tolong Aidan yang tempahkan tadi? Mungkin lah kut. Entah la.

"Sayf Maleeq". Agak terkejut Jasmine ketika mendengar nama itu disebut.

'Dia guna nama betul dia?'. Jasmine terus sahaja merenung suaminya yang masih lagi sedang berkata-kata dengan pelayan itu.

"Come in, I will show both of you the table". Lancar sahaja pelayan itu berbicara. Tak lekang juga senyuman yang jelas menunjukkan braces bewarna merah itu.

"Jom?". Ajak Caden.

"Jom".

Mereka ikut sahaja langkah pelayan pelanggan itu yang berakhir di sebuah meja berkerusi dua. Meja itu dihiasi dengan penuh kelopak bunga ros dan lilin-lilin berbentuk hati.

Candlelight lunch ke ni?

"Have a seat and please look at our menu to place your order. The waiter will be here soon". Senyum manis pelayan pelanggan bertag nama 'Syafiqah' itu sebelum dia berlalu pergi daripada meja itu.

"Kau nak makan apa?". Soal Caden sambil matanya fokus pada buku menu itu.

"Awak rancang semua ni bila?". Sentuhan pada tangannya itu jelas sekali membuatkan lelaki itu tersenyum manis sambil matanya memandang ke arah wajah polos Jasmine. Tak tahu pula yang bidadarinya sudah turun ke bumi?

"Tadi. Aku text Aidan untuk buat reservation. Kau... suka tak?". Dia mengusap tangan Jasmine yang masih lagi memegang tangan kanan kepunyaannya itu.

"Suka. But why did you do this?".

"Aku nak minta maaf dengan kau sebab tertipu kau tadi. I made you ditched your friends. Maafkan aku boleh?".

'And I did this to proof that I truly love you. Im a cold person. I rarely use my words to proof something. So, when I am with you, my sweetheart, I will do anything to show you that you mean the world for me'. Hanya mampu disambung dalam hati sahaja. Dia masih belum yakin untuk menuturkan kata itu secara langsung.

"Takpe, saya maafkan. Dan terima kasih untuk semua ni. Saya suka sangat". Jasmine menghadiahkan senyuman paling manis teruntuk lelaki itu.

"Glad that you like it, sweetheart".

🦋

Ololo, sweet nya ><






SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now