Kotak yang ada di tangan isterinya itu dipandang sahaja. Sehingga lah dia ternampak beberapa titisan air mata yang jatuh ke atas penutup kotak bewarna hitam itu dengan agak laju.

"Hey, are you okay? Sweetheart? Who hurted you?". Jarinya digunakan untuk mendongakkan kepala Jasmine agar mereka dapat bertentang mata. Jelas kelihatan olehnya mata memerah Jasmine dengan hidung yang hampir sahaja berair.

"Sayf...". Kotak yang dipegang habis jatuh ke lantai, menarik perhatian orang-orang yang ada di lobi hospital itu.

Lututnya yang sungguh terasa lemah itu membuatkan badannya hilang keseimbangan dan hampir sahaja jatuh tersungkur ke lantai. Nasib baik la tangan kekar Caden sempat menyambutnya.

"Tell me who hurted you, sweetheart". Tangan besarnya menggosok-gosok bahagian belakang badan isterinya itu. Tangisan wanita itu semakin kuat. Langsung tak hiraukan segala perhatian yang diberikan oleh orang sekeliling.

"Saya rasa bersalah, Sayf...". Dengan penuh esakan, dia menangis di dalam pelukan Caden.

Caden tak suka situasi ini. Dia tak suka melihat isterinya menangis. Menangis seteruk ini. Sampaikan tak kisah perhatian orang ramai.

"Kita balik, hm? Nanti dalam kereta, kau cerita".

Jasmine menggeleng. Dia tak nak balik ke rumah.

"Dahtu, nak pergi mana?".

Belum sempat dia menjawab, perutnya terlebih dahulu memberi jawapan.

"Lapar?".

Dia mengangguk.

"Kita pergi makan, on the way home, kau cerita okay?". Lembut sekali suaranya. Cuba untuk memujuk si isteri.

Jasmine hanya mengangguk sekali.

"Kutip barang kau".

Dia suruh, dia juga yang buat. Selepas tidak sanggup melihat wajah tidak bermaya penuh air mata, Jasmine. Rasa macam terlebih kesian pula. Caden never care this much for anyone. Except...

🦋

DIAM sahaja perjalanan pulang ke rumah itu. Masing-masing tak buka mulut.

Jasmine hanya melemparkan pemandangan ke luar tingkap. Menikmati angin tengahari. Pelik kan? Biasa orang menikmati angin malam. Ah, suka hati dia la.

Caden pula hanya fokus terhadap pemanduannya. Tak mahu la dia bertanya, takut makin menjejaskan emosi Jasmine yang masih tidak stabil itu. Sudah macam mak hilang anak sahaja, Si Jasmine tu.

"Awak ingat tak Syarifah? Budak yang saya operate lepastu gagal tu?". Jasmine menarik nafas panjang dan berat sebelum dia mulai mahu membuka cerita.

"9.00 pm, I think? Few hours before we got married. Yes, of course I remember that. Why?".

"Well, ada orang lain yang dah ambil tempat saya untuk handle case Syarifah".

"Apa maksud kau? Aku tak faham".

"Lesen doktor saya kena gantung dua bulan sebab kegagalan pembedahan tu. Tu yang saya emosi terlebih harini. Tu yang saya suruh awak datang ambil awak. Maaf kalau saya susahkan awak". Jasmine senyum nipis. Air mata semua dah kering untuk menangis. Dia tak larat sudah. Ternyata, rasa sakit digantung kerja lagi sakit daripada putus cinta. Masa putus tunang dengan Kasyaf pun di tak nangis seteruk ini.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now