" Nazia... ".

" Dah la, baik awak diam. Sikit lagi nak siap ni".

Tangan Caden naik menyapu air mata isterinya lalu kata maaf dituturkan menggunakan bahasa ibundanya itu.

"Извините, пожалуйста (aku minta maaf)".

"Saya tak faham la".

"I know. Kau tak faham, tak tahu, tak sedar banyak benda. Ты даже не понимаешь, как сильно я тебя люблю (kau bahkan tak sedar  betapa aku cinta kan kau). If you only you know".

Beberapa minit kemudian, tangan Jasmine yang baru sahaja siap menjahit lukanya itu diambil dan bibirnya direhatkan sebentar di situ.

He needed his energy charger.

"Kenapa tengok aku macam tu? I need my energy charger". Lama dia mencium kekura isterinya itu. Entah kenapa dia selalu berasa ingin berada di dalam sentuhan Jasmine semenjak dia menikahi wanita itu.

"Tak boleh ke awak berhenti buat semua ni? Saya takut. Saya takut awak pergi". Jasmine tiba-tiba sahaja meminta.

"I can't, sweetheart but I will. One day".

"Tapi tak pasti bila kan? Dan tak pasti juga bila Tuhan akan tarik nyawa awak".

"As long as you're here with me, it is my compulsory job to stay alive, to protect you with Allah's will. I will never ever leave you, sweetheart. I don't wanna make promises because promises are made to be broken. Tapi aku nak kau percayakan aku. Yang aku takkan sesekali pergi, aku takkan sesekali tinggalkan kau".

Caden bangun daripada pembaringannya untuk duduk. Tangannya naik mengusap kedua belah pipi Jasmine. Dia tak nak Jasmine berasa gelisah. Dia berharap yang sentuhannya mampu menenangkan Jasmine sebagaimana sentuhan Jasmine menenangkannya.

"Dah la, jangan nangis lagi. Aku pergi panggil Melvin kejap, nak mati dah member tu tahan sakit". Sempat dia ketawa kecil sebelum melabuhkan satu ciuman lembut ke ubun-ubun isterinya yang terlapik dengan tudung sarung itu. Sebelum dia perlahan-lahan berjalan ke luar untuk memanggil Melvin.

🦋

"MELVIN, pergi la. Jasmine dah tunggu". Caden mengambil tempat duduknya di atas sofa bersebelahan dengan Lee yang sedang merawat luka kecil di dahi Aidan dek kerana terkena kaca pecahan tingkap kereta tadi.

"Alright".

"Awak nak pergi mana? Saya nak ikut". Nak terkeluar biji mata semua orang tatkala mendengar kata-kata Bahasa Melayu bercampur dengan accent Rusia itu terkeluar daripada mulut Alisa.

"Sejak bila?". Alex bertanya.

"She learnt some of them on the internet". Melvin berkata sambil mukanya berkerut-kerut menahan sakit di kakinya itu. Nak berjalan pun tak boleh woi!

And everybody went like, "Oh...".

"Awak nak pergi mana?". Tanya Alisa sekali lagi apabila terasa yang tiada jawapan yang diberikan oleh Melvin kepada soalannya tadi.

Jari telunjuk Melvin ditujukan ke arah sebuah pintu bilik yang bersebelahan dengan dapur.

"Let me help you".

"No, thanks Alisa. Mind your own business". Sempat dia mengerling ke arah kaki Alisa yang masih membengkak dan memerah itu.

"Oh, right". Dan gadis itu pun duduk semula di kerusi yang memang dikhaskan untuk Melvin itu. Diam-diam je dia duduk di situ. Setia menunggu Melvin.

"Alex, dah selesaikan hal dengan polis?". Tanya Caden tiba-tiba.

"Dah. Mereka cuma minta pampasan untuk menutup mulut pasal hal ni". Jelas Alex.

"Sampah. Kau bagi ke?". Lee bertanya. Geram dengan pihak berkuasa yang dah nyata-nyata pentingkan duit. Memang ini akan memudahkan kerja mereka, tapi nowadays society is messed up for sure.

"Apa lagi aku boleh buat? Kalau hal ini masuk sosmed, mampus kita, Lee. Ini bukan Rusia. Kau tahu kan rakyat Malaysia macam mana? So yes, I signed them a million cheque". Garu-garu kepala Alex nak sebut ayatnya yang terakhir itu.

"F*cking hell, a million?! Kau gila ke Alex?". Aidan sampaikan menepis tangan Lee yang masih lagi merawat lukanya itu.

"Aku takde pilihan. Mereka yang minta amaun tu. Kalau aku tak bagi, kau sendiri yang tahu apa akan jadi kan?". Wajah Alex mulai kerisauan. Sempat dia bertatap mata dengan Caden.

Lelaki itu kelihatan lemah sekali. Tangannya tetap diletakkan di sisi pinggangnya. Seperti menahan sakit yang teramat sangat.

" Gil? Kau okay tak? Nak aku panggilkan Anggun ke?". Tanya Aidan, kerisauan.

"No need. She will no longer be working with us".

"Kenapa?". Semua orang terkejut. Kecuali Alisa. Dia hanya duduk di kerusi itu, berdiam diri. Tak faham apa yang dibualkan oleh mereka. Kesian...

"I sensed something weird about her-".

"Atau Jasmine sebab Jasmine cemburu?". Sambung Lee.

"Both, actually".

"Understandable". Lee mengangguk-anggukkan kepalanya. Tangan tekun menampal luka Aidan dengan sepotong kain anduh (?).

Perhatian mereka teralih lagi kepada Caden apabila mukanya kelihatan pucat yang luar biasa. Dia turut semacam menarik nafas yang berat.

"Kau okay tak ni, Gil?". Giliran Alex bertanya.

"Aku-".

BAM!

Lelaki itu jatuh pengsan ke lantai apabila dia cuba untuk berdiri.

"Gil!".

🦋

Hellowww!

Berbuka tadi makan apa?

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now