21 - Assalamualaikum, My Sweetheart

Start from the beginning
                                    

Talia menggeleng perlahan. Tidak mahu. Matanya melirik kanan kiri memastikan tiada siapa melihat keadaan Megat Raed yang sedang cuba menyuap dia sekarang.

"Buka mulut... abang suapkan." Arahnya dengan nada tegas namun lembut.

"Taknak... malu lah kalau orang nampak.." Tangan Megat Raed ditolak perlahan. Rasa malunya sungguh tidak boleh dikawal pada saat ini.

Ini kalau orang yang masih single nampak, mesti kata dia tengah kemaruk bercinta. Tak sampai sejam bernikah, bukan main makan bersuap-suap.

"Talia sayang... dengar cakap abang. Makan, abang suapkan. Orang nampak ke, tak nampak ke.. apa masalahnya? Jika dah kahwin dah pun. Nak mendengki lah tu kalau nak mengata belakang." Megat Read membebel perlahan.

Kawasan dapur ini kosong. Tiada orang. Puan Yuhaina dan Puan Yasmeen masing-masing sibuk melayan tetamu yang datang dibawah khemah, luar rumah. Mereka saja yang sedang bercinta di dapur.

"Now you eat. Kejap lagi abang nak Talia makan ubat. Esok kalau meleret demam, memang abang tak benarkan Talia bersanding." Tangannya masih setia menyua nasi ke mulut Talia.

Mahu tidak mahu, Talia menyambut dalam keterpaksaan. Mana nak boleh lawan kalau Megat Raed dah bersuara tegas untuk tidak membenarkan dia bersanding dalam majlis sendiri kalau demamnya meleret.

Tak boleh! Dia kena ada juga. Kahwin sekali saja seumur hidup. Kenangan yang akan dibawa sampai bila-bila.

Masuk suapan yang kelima, Talia sudah menggelengkan kepala. Tangannya pula menolak suapan Megat Raed dengan perlahan. Tiada selera.

"Taknak dah? Baru berapa suap ni sayang..." Suara Megat Raed risau.

"Dah kenyang. Abang Raed makan lah pula." Suruh Talia. Tangannya antas mengambil air kosong yang dibawa bersama Megat Raed tadi, lalu diteguk perlahan.

"Kejap lagi makan ubat eh? Tunggu 15 minit macam tu dulu, baru makan ubat." Tangan kirinya mengusap lembut kepala isterinya. Dia kemudiannya tersenyum melihat Talia yang terhenti meneguk air dengan perlakuannya.

Talia hanya mengangguk. Seketika cuma, Megat Raed sambung menyuap makanan ke mulut sendiri. Sambil tangannya erat menggenggam tangan Talia. Bahagia.

Talia memandang Megat Raed yang sedang makan. Tidak lepas dari pandangannya. Seketika, Talia bangun dari duduk, kembali mengisi gelas yang sudah kosong dengan air putih. Tangannya kembali digenggam. Tanpa kata. Cuma snetuhan itu menenagkan dia.


MEGAT RAES memerhati dari jauh gelagat sepupu yang sudah bertukar status sebagai suami isteri itu. Yang seorang sibuk nak menyuap, seorang lagi menolak habis-habisan. Sampai naik tangan usap-usap kepala, Megat Raes mengerutkan dahi. Matanya bertukar sepet.

Dah sejak bila Si Beku Megat Raed Baihaqi menjadi seorang yang romantik? Bagaikan tidak percaya dengan mata sendiri apabila dia nampak adegan romantik seperti ini. Sebabnya Megat Raes tahu, Megat Raed zero bab bercinta walaupun pernah ada hubungan cinta 6 tahun dahulu. Selepas itu, Megat Raed pegang gelaran hot and single sampailah sebelum Maghrib tadi.

Maka menangislah doktor dan jururawat yang pernah ada angan-angan untuk bersama Megat Raed. Semuanya menangis dibucu katil pesakit.

Langkah dilajukan ke arah pengantin baru itu. Sengaja nak kacau daun.

"Hye my girl, Little Talia!"

Talia mengalihkan badan melihat susuk tubuh yang memanggilnya tadi. Menangkap Megat Raes yang tersengih simpul memandang tangannya yang dalam genggaman Megat Raed, Talia cuba untuk leraikan. Namun tidak berjaya. Lantas dia menejling Megat Raed yang masih menyuap makanan dengan selamba.

"Tak payah my girl, Little Talia bagai. Bini aku ni." Ujar Megat Raed tanpa memandang Megat Raes yang masih berdiri.

Megat Raes menjuihkan bibir. Inikah Megat Raed versi cemburu. Wahh, sangat menarik orang yang baru berkahwin ini. Banyak sisi yang mula ditonjolkan. Tadi sisi romanatik. Sekarang, sisi cemburu.

"Sebelum dia jadi bini kau, Talia sepupu aku." Bidas Megat Raes.

Megat Raed hanya mendiamkan diri. Malas nak berlawan kata dengan adik kembarnya yang padanya masih diambang kanak-kanak. Tidak membesar biarpun usia dah masuk tiga series.

"Kau balik rumah mama atau stay sini? Tadi mama kata kau balik sana. Nanti seri pengantin hilang sebab malam pertama. Betul tak Talia?"

Talia yang sejak tadi mendiamkan diri tersentak. Terkebil-kebil memandang Megat Raes. Bukan dia dengar sangat tadi apa yang Megat Raes cakap. Kepalanya rasa berpusing-pusing sekarang.

"Abang Raes cakap apa tadi?"

"Heyyy, dah berangan sampai mana Talia ni. Abang Raes kata..."

Mata Megat Raes membuntang. Melarang Megat Raes dari terus membuka mulut.

"Nanti aku cakap dekat mama yang aku stay. Talia demam." Pintas Megat Raed.

Megat Raes ni bukan boleh. Hobinya suka mengusik orang.

"Talia demam? Sejak bila?"

"Baru semalam... rasanya?" jawabnya teragak-agak.

"Haaa... don't worry. Malam ni ada doktor yang akan stay up taking care for you." Usik Megat Raes lagi.



220322

Shi

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now