•RIYANARA | 56•

Start from the beginning
                                    

Diam.

"Yan, Aya takut." Pintu bilik itu diketuk lagi.

Riyyan masih berdiam. Aralyn tidak henti memujuk agar lelaki itu membuka pintu. Tidak lama kemudian, dia terduduk di hadapan pintu bilik itu sambil memeluk lutut. Riyyan yang hairan kerana tidak mendengar suara isterinya pantas melangkah ke arah pintu.

"Hey, kenapa tak duduk kat sofa hm?" Tubuh itu didukung masuk ke dalam bilik.

Aralyn yang terkejut pantas memeluk leher suaminya. "Aya mintak maaf, sebab Aya daddy marah Yan." Tutur gadis itu serba salah.

Riyyan geleng bersama senyuman. "Shh... Tak ada apa lah. Now, you sleep okey?" Ujarnya mengucup dahi gadis itu lembut.

"Aya betul-betul mintak maaf. Aya janji kalau esok daddy dingin dengan Yan lagi, Aya sendiri pujuk daddy." Kata Aralyn lagi.

"Tak apa lah. Daddy tak marah. Daddy cuma takut apa-apa jadi dekat Aya je." Jelasnya sambil mendodoikan Aralyn.

Aralyn memandang lelaki di hadapannya lama. "I love you damn much, Tengku Riyyan Aqashah." Pipi lelaki itu dikucup lembut.

"Yan cintakan Aya jugak. Sangat-sangat." Dahi gadis itu dikucup penuh rasa sayang.

"Yeay!" Sorak Aralyn seperti kanak-kanak.

Riyyan ketawa perlahan. "Dah, sleep." Belakang isterinya diusap lembut.

"Takut." Kepala disembamkan di ceruk leher suaminya.

Riyyan berkerut kening. Seketika dia teringat bahawa gadis itu baru lepas meracau. Dia melabuhkan punggung di atas katil dan meletakkan gadis itu berhadapan dengannya. "Tell me why." Arahnya.

"Ha?" Soal Aralyn sedikit blur.

"Bagitahu Yan apa yang Aya mimpi sampai Aya meracau macam tu?"

Aralyn menggeleng perlahan. "Nothing." Jawabnya tersenyum nipis. Tubuh Riyyan dipeluk dengan mata terpejam.

"Sure?" Soal lelaki itu lagi.

"Yup."

Riyyan mengangguk. "Okey, kalau macam tu sekarang tidur." Arahnya seraya mengalunkan zikir di telinga gadis itu. Tubuh itu dibaringkan.

"Yelah. Goodnight Yan." Ujarnya sebelum menyembamkan muka di dada Riyyan. Perlahan-lahan gadis itu lena di dalam pelukannya.

Riyyan tersenyum memandang isterinya itu. Dahi gadis itu dikucup kasih. "Sleeptight bidadari." Gumamnya sebelum turut memejam mata. Tidak lama kemudian mereka hanyut dibuai mimpi.

DERINGAN jam loceng mengejutkan Aralyn dari lena. Matanya digosok perlahan. Dia masuk ke bilik air untuk membersihkan badannya. Tubuh Riyyan digoncang perlahan untuk mengejut lelaki itu.

"Yan, bangun. Dah subuh." Kejut Aralyn lembut.

Riyyan membuka matanya perlahan-lahan. "Hm?"

"Jom bangun solat." Ujar Aralyn lembut.

Riyyan mengangguk sebelum bangun dari baring. "Aya dah ambik wuduk?" Soalnya sambil menggosok mata.

Aralyn yang mendengar soalan itu mendapat idea nakal. Dia pantas mengangguk. "Dah."

"Nak kiss." Sengihan terbit di bibir.

Dia menggeleng kepala. "Tak nak lah. Orang kan dah ada wuduk." Dalihnya.

"Hmm okey." Riyyan menapak ke bilik air.

Usai mandi dan mengambil wuduk, Riyyan keluar dari bilik air. Aralyn melangkah mendekati lelaki itu.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now