Sememangnya, dia telah menyukai Melvin sejak daripada bangku tadika lagi. Tapi, Melvin tak pernah pun pandang dia. Melvin daripada dulu lagi, asyik dingin saja dengannya. Tapi itu bukanlah pemutus semangatnya untuk berhenti menyukai seorang Melvin Hanchester.

"Hm".

"You really wanna give me this handkerchief?". Alisa menyoal soalan itu kepada Melvin sambil matanya tertancap pada sapu tangan yang terikat lembut di pergelangan tangannya.

"No, its a gift for you and please stop asking me the same question again. It pisses me off".

"A gift? Then I have a gift too, for you. But you have to came to Rusia again and I will give you the gift". Alisa tersenyum manis. Sesekali dia merenung mata biru air laut milik Melvin itu. Sungguh indah. Rasa macam nak tenung lama-lama pun takpe.

"Why are you looking at me like that?".

"Can I maybe... kiss you?". Tanya Alisa tiba-tiba membuatkan ekspresi wajah lelaki itu berubah.

"Sorry". Terus dia meminta maaf. Tangannya lantas mahu membuka pintu kereta itu. Perasaan malu sudah membuak-buak naik ke kepala. Apa la yang dia fikir sampai boleh ada keberanian nak tanya macam tu?

Tapi, dia mengeras di kedudukannya apabila terasa tangan Melvin memegangnya.

"Huh?".

"Yes, you can". Agak terkejut Alisa mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Melvin itu.

Matanya yang bulat seperti mata rusa itu merenung ke dalam mata biru milik Melvin. Sebelah tangannya naik memegang pipi Melvin. Wajahnya didekatkan dengan wajah lelaki itu lalu dia merehatkan bibirnya di pipi Melvin, sekali.

"Thank you, Vinvin. I shall get going". Oleh kerana terlalu malu, dia keluar begitu sahaja daripada kereta Melvin tanpa menoleh sedikitpun ke arah lelaki itu.

Dan tanpa gadis itu sedar, reben yang dipakai dikepalanya terjatuh ke atas tempat duduk penumpang kereta itu.

Perlahan-lahan Melvin mengambilnya. Reben itu dilihat seketika sebelum dia masukkan ke dalam poket seluarnya.

'Esok la aku bagi'. Fikirnya.

End flashback...

"Dan aku terbawa balik ke Malaysia". Dia menceritakan segala-galanya kepada mereka semua. Kecuali, bahagian di mana dia membenarkan Alisa mencium pipinya. Mati hidup balik pun dia tak akan ceritakan peristiwa tu kepada yang lain. Mampus dia kena ejek nanti.

🦋

"BEST nya mandi kolam. Jasmine nak join, boleh?". Jasmine yang duduknya di kerusi rehat di tepi kolam itu bertanya. Sebenarnya bukan nak sangat mandi kolam dengan lelaki-lelaki bujang lagikan hot tu. Takkan lah dia nak buat macam tu dekat depan suami sendiri.

Dia sebenarnya saja je mahu mengusik Caden. Yela, daripada tadi tak bergerak duduk dekat kerusi tu sambil baca apa entah dekat tabletnya. Pasal kerja la tu!

"Meh la, sini. Kita main simbah-simbah air". Lee mengajak. Sengaja nak tambah minyak petrol dekat api yang dah hampir menyala itu. Dia nampak aje Caden yang sudah seperti nak makan orang menjeling daripada sebalik tabletnya itu. Tapi, melihatkan lelaki itu yang masih tak bergerak nak halang Jasmine yang sudah mahu berjalan menghampiri kolam itu, maka dia pun berkata lah begitu.

"Okay, saya lompat tau. Korang sambut".

Baru sahaja dia mahu berlari anak ke arah kolam kecil itu, Caden yang sudah tidak dapat menahan cemburu itu pergi ke arahnya dan mencempung badan kecil itu menuju ke suatu tempat.

"Caden, turunkan lah! Malu orang nampak nanti". Mulut sahaja yang memintakan untuk diturunkan, hati rasa nak pecah bila kena dukung dengan suami hot sendiri.

Caden diam. Malas melayan Jasmine yang meronta-ronta minta dilepaskan itu.

"Ish, manja kali dia. Jangan manja-manja sayang. Malu dilihat teman-teman". Jasmine ketawa besar dengan lawaknya sendiri. If you know then you know.

Tapi, tawanya makin menjadi hambar apabila dia merasa yang Caden semakin lama, semakin tenggelam ke dalam air. Sebahagian bajunya juga sudah mulai basah.

"Nak mandi kolam sangat kan? Jom mandi sama-sama". Dan akhirnya Caden meletakkan badan Jasmine ke dalam kolam yang agak jauh daripada kolam kecil tadi. Agak tersembunyi. Bak kata orang putih, private pool. Caden's private pool.

Kolam besar ini betul-betul bertentangan dengan tingkap besar bilik Caden.

"Ni kolam siapa pula?".

"This is mine". Caden menundingkan jarinya ke arah air kolam itu. Kemudian, beralih ke hadapan wajah Jasmine.

"And this is also mine. Noone, no a single soul will have my permission to touch you. An exception for me". Garang betul abang singa ni. Lek arh bang, tadi tu Jasmine gurau je.

"Im yours?". Jasmine menyoal dengan suara menggodanya. Saja nak menggatal dengan Caden sementara yang lain masih berada jauh daripada mereka.

Kedua tangannya melilit di leher Caden. Namun, lelaki itu tetap mengekalkan wajah tidak beriaknya. Macam tak terkesan pun dengan godaan wanita itu.

"Kenapa awak ni? Tak tergoda ke dengan saya? Saya tak cukup cantik ke?". Jasmine melepaskan tangannya daripada leher Caden dan mula melihat-lihat badannya sendiri. Apa yang tak kena pun tak tahu. Semua kelihatan sempurna sahaja baginya.

"You are perfect, sweetheart but the trick isn't working. Let me teach you how to seduce. But with physical touch because I love it when you do that to me. Just like... last night". Dia membisikkan kata-kata itu ke telinga Jasmine.

🦋

Republish again :(

Haih, penat betul.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now