12- Dare Has Been Done

Start from the beginning
                                    

Sementara itu...

"Hello, Jabatan Agama Islam? Ya, saya nak buat aduan...". Seorang lelaki di balik sebuah dinding tepi tangga yang bertentangan dengan rumah Jasmine itu kelihatan bercakap di corong telefonnya.

🦋

"JUMPA apa-apa tak?". Jasmine bertanya kepada Caden yang sedang menarik nafas, letih, di atas sofa rumahnya itu.

Setelah lebih kurang 15 minit mencari segela benda yang mungkin tersembunyi seperti kamera, mikrofon atau apa-apa sahaja, usaha Caden seumpama tiada apa-apa. Kosong. Tiada barang yang hilang dan tiada apa-apa yang ganjil. Kecuali keadaan rumah Jasmine yang agak berantakan itu.

Caden sekadar menggeleng sebagai tanda dia menjawab persoalan Jasmine itu.

"Can you pass me a glass of water?".

"Sure". Maka Jasmine pun terkedek-kedek la menuju ke dapur untuk mengambil segelas air buat lelaki yang sudi membantunya itu.

Telefonnya dikeluarkan untuk melihat waktu. Jam 2000. Mesti yang lain pelik kenapa Caden keluar lama sangat. Jangan mereka buat assumptions mengarut sudah la.

Baru sahaja dia hendak menyimpan telefonnya di dalam poket, tindakannya seakan terhenti apabila dia mendengar loceng rumah Jasmine ditekan.

Desert Eagle miliknya disimpan semula ke bahagian belakang seluar dan kakinya melangkah ke arah pintu yang masih terbuka itu. Tak nak la dia tutup tadi, sebab kalau jiran-jiran nampak dia masuk dalam rumah seorang perempuan bersama seorang perempuan pastu tutup pintu, nanti apa la yang jiran fikir kan?

Alangkah nak terkeluarnya jantung dia apabila terlihat beberapa orang lelaki tua yang berjubah dan berkopiah, ada yang bersongkok, berdiri di hadapan pintu yang terbuka itu.

"Kami daripada Jabatan Agama Islam mendapat aduan bahawa ada wanita dan lelaki yang bukan mahram bersekedudukan di dalam rumah ini".

"Глупый (bodoh)!". Perlahan tapi itulah perkara pertama yang dia ucapkan sewaktu mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut salah seorang lelaki tua itu.

Rambutnya dikuak ke belakang, mukanya diraup kasar.

"Caden, siapa yang...". Suara Jasmine terhenti, gelas kaca yang dipegang jatuh berderai di lantai marmar nya.

"Mari. Ikut kami ke pejabat".


🦋

"YOU did this to marry me?!". Pulang sahaja mereka semula ke apartmen Jasmine, terus pintu hadapan dihempas oleh Caden dan suaranya menengking kuat Jasmine.

Sampai tersentak bahu wanita itu ke atas. Tubir matanya dipenuhi air mata. Kedua-dua daripada mereka sangat terkejut atas apa yang telah terjadi.

"Ya Allah, sumpah tak! Bukan I la". Jasmine membalas tengkingan Caden. Memang itu kenyatannya, seteruk mana pun dia nak bersuamikan Caden, tak la sampai dia nekad nak telefon Jabatan Agama Islam.

Muka lelaki itu diraup oleh tangannya berkali-kali. Seolah-olah tidak percaya yang dia sudah sah bergelar suami orang. Sah bergelar suami kepada seorang neurosurgeon.

"Nak kahwin sangat dengan aku kan? Fine! Sekarang, kita dah kahwin. But you have to face the consequences! Dan aku tak nak ambil tahu pasal apa-apa sekalipun!". Cincin murah yang ada di dalam poketnya setelah dia dipaksa oleh ahli pejabat agama itu untuk membelinya, dilemparkan sedikit lagi mahu mengenai wajah Jasmine.

" Kau ambil cincin tu!".

Kalini, tumpah juga air mata Jasmine sampaikan dia terduduk di lantai. Bukannya dia mahu semua ini terjadi.

"Babah...". Panggilnya sayu.

"Ba-". Sebaik sahaja dia ingin memanggil babah nya buat kali kedua, nafasnya terasa seakan tersekat. Tambahan pula dengan keadaannya yang sedang teresak-esak menangis itu.

"Ca-den...".

Belum sempat dia memanggil nama lelaki itu, pandangannya sudah terlebih dahulu gelap.

🦋

Posted earlier again bcuz im having a headache and takut tak sempat nak publish malam ni sbb tidur awal.

Happy reading!

Jangan lupa komen tau, author nak baca.

Siapa tak komen, saya tak nak kawan T-T

Hehe gurau je la 🙊


SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now