11- Aiskrim Coklat

Start from the beginning
                                    

"Jasmine, dengar lah dulu penjelasan Kasyaf. Dia tu rakan sekerja j-".

"Diam, Rafael Kasyaf! Sebelum aku sumbat mulut kau dengan stokin aku ni, baik kau tutup mulut penipu kau tu!". Ha yang ni Jasmine dengan mod apabila dia betul-betul geram. Kasyaf, sila lah main-main api lagi dengan Jasmine kalau nak yang lagi pedas.

Terlopong semua manusia yang ada di situ.

" Ling ling balik dulu, Abang". Jasmine menyalami abangnya.

"Ling ling balik dulu, babah". Begitu juga dengan babahnya.

"Hati-hati, Ling ling. Nanti abang c.o.d kan makanan".

"Okay, abang! I love you!". Macam tahu-tahu je Nazrien ni. Sememangnya, makanan lah yang satu-satunya dapat menaikkan semula mood Jasmine yang merundum jatuh itu.

🦋

KERETA dipandu tanpa arah tujuan. Sebenarnya, dia malas nak pulang ke apartmennya. Tapi nanti Nazrien nak hantar makanan?

Kereta diberhentikan di harapan sebuah rumah besar untuk melihat mesej yang masuk ke telefonnya apabila telefon itu mengeluarkan bunyi notifikasi sebentar tadi.

Ling ling, Kasyaf tak nak balik selagi kau tak datang jumpa dan maafkan dia. Makanan kau aku hantar esok tau, nak settle hal mamat terencat ni dulu. Cau, dik! Aku sayang kau!
-Abang Nazrien <3

Mesej diakhiri dengan sebuah emoticon berbentuk hati bewarna merah.

"Ala, takde makanan...". Kepalanya disandarkan ke atas stereng keretanya. Sumpah rasa lemah sekarang ni. Kasyaf tu pun satu, tak faham faham bahasa! Dah kenapa dengan mamat tu agaknya eh? Gila cinta?

Tok, tok!

Kepala yang statik tadi, lantas diangkat tatkala dia terdengar ketukan di pintu keretanya.

"Eh, Dr. Jasmine! Datang sini buat apa?". Tanya Aidan.

Eh, eh tiba-tiba sahaja muncul dia ni. Datang daripada mana?

"Ha?". Tanya Jasmine, kurang faham.

"Dr. Jasmine buat apa kat depan rumah Gil ni? Nak jumpa Gil ke?".

Lah, dia berhentikan keretanya di hadapan rumah agam milik Caden rupanya. Ingatkan rumah siapa la yang besar teramat ni.

"Tak, I saja je stop. Nak cari ketenangan sikit. View kat sini cantik". Ulasnya, tak pandai menipu. Padahal berhenti tepi jalan sebab nak menangis tak dapat makanan. Kan?

"Dr. tak nak masuk dulu?".  Tanya Aidan penuh ramah. Eh, bukan Aidan ni anti perempuan ke? Agaknya dengan Jasmine je kut dia ramah.

"Eh takpe takpe, rumah lelaki kan?". Jasmine tersenyum hambar.

"Eh, takpe. Ada Dr. Anggun kat dalam dengan keluarga Alex. Mereka datang nak melawat Alex".

"Boleh ke I masuk? Nanti Caden marah". Lah, elok pula dia berbual dengan geng yang pernah culik dia sebulan lepas. Siap nak masuk rumah lagi.

"Takdenya. Nanti kalau dia marah Dr., saya marah dia". Ceh, ada-ada je Aidan ni. Sekali kena tenung dengan Caden, mula lah lutut tu macam jeli.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now