9- Family Lunch, Called Him

Start from the beginning
                                    

Siapa telefon?

Sudah tentu la ibu kepada 'kembarnya' itu. Ibu Melvin. Dia mengajak Caden untuk datang makan tengahari bersama Keluarga Hanchester. Di meja makan itu ada juga keluarga Alisa.

Alisa duduk di sebelah kiri manakala Caden duduk di sebelah kanan Melvin. Gayanya dah macam nak berebut Melvin sahaja? Kalau Alisa tu normal la tapi kalau Caden, tak ke gay jadi nya nanti?

Ikutkan, Mrs. Hanchester ajak juga yang lagi tiga orang tu. Mereka berlima kan, mana boleh berpisah. Tapi kalini, mereka lebih memilih untuk tidur dan berehat sahaja di rumah agam tepi pantai itu sebelum melalui pesta besar pada malam ini.

"Привет (hello). Меня зовут Алиса (saya Alisa). How about you?". Alisa menghulurkan tangan kanannya ke arah Caden melintasi wajah Melvin. Dia juga ingin berkenalan dengan teman rapat Melvin itu.

"Alisa, he doesn't shake hands with women". Tanpa rasa bersalah, Melvin mematahkan semangat Alisa. Terus monyok muka gadis cantik itu. Itupun salah ke?

"Caden. Caden Velkov Gilbert".

"You are the great Velkovace's leader grandchild?". Soal papa Alisa dengan wajah yang agak teruja.

"Yes, he is". Soalan itu dijawab oleh Mr. Hanchester, ayah kepada Melvin sambil tersenyum memandangkan dia tahu yang Caden ini jarang berinteraksi bersama orang luar.

"Good to know!". Kata itu diakhiri dengan gelak yang korang selalu dengar macam mana kaum ayah gelak. Ha macam tu la ayah si Alisa ni gelak.

🦋

SUASANA diam seketika. Semua ahli keluarga terlihat memakan hidangan yang dimasak sendiri oleh ibu Melvin itu dengan penuh nikmat. Siapa je tak suka dapat makan free kan?

Sampai lah satu saat ini, mata kiri dan kanan Caden sendiri menyaksikan suatu adengan drama cinta yang tak dijangka di hadapannya.

"You have done eating, Alisa?". Soal ibu Melvin.

Alisa hanya sekadar tersenyum dan mengangguk sebelum dia menolak kerusi itu ke belakang untuk ke dapur. Pinggan dan gelas yang digunakan turut ingin dibawa bersama walaupun sudah beribu kali ditegah oleh tuan rumah.

Namun, dengan izin Tuhan, gelas yang diletakkan di atas pinggan yang sedikit berkuah itu tergelincir lalu jatuh pecah berderai ke atas lantai marmar ruang makan rumah itu.

Alisa dengan semena-mena memegang kaca gelas itu untuk cuba mengemas sisa-sisaa yang kaca yang ada. Lah, tahu-tahu, tangannya pula yang luka berdarah.

Caden jeling Melvin. Jelas kelihatan riak kerisauan di wajah lelaki itu. Ceh, kata bencikan cinta! Yang kau risau melebih tu buat apa?

Makin terkejut Caden apabila Melvin mengambil tindakan spontan dengan mencabut kaca kecil yang tercucuk ke dalam telapak tangan Alisa itu.

"Water".

Laju sahaja seorang bibik yang setia berdiri di meja itu mensuakan sebotol air mineral kepada Melvin apabila diminta.

Luka Alisa kemudiannya dibilas dengan air disitu juga. Telapak tangan wanita itu kemudiannya ditiup perlahan. Rona kemerahan memenuhi ruangan pipi putih milik Alisa.

Melvin kemudiannya mengeluarkan sehelai sapu tangan daripada poketnya untuk membalut tangan Alisa.

"Дорогая, похоже, у нас скоро будет невестка (sayang, sepertinya kita akan segera memiliki menantu)". Ujar Mrs. Hanchester dengan nada teruja tapi berbisik.

"Lain kali, jagalah diri tu. Susah sangat ke?". Sempat lagi Melvin memarahi Alisa sampai tak sedar yang dia terguna Bahasa Melayu membuatkan gadis itu terpinga-pinga.

"Kau marah dia guna Bahasa Melayu buat apa?". Caden yang serius tu pun boleh nak tergelak tengok Melvin. Risau sangat sampai tak sempat tukar bahasa.

🦋

KE hulu, ke hilir Jasmine bermundar-mandir di dalam rumahnya itu. Teragak-agak samaada dia nak dail ke tidak nombor yang tertulis di atas business card bewarna hitam itu.

Business card itu hanya ada sebaris nama Caden Gilbert. Di bawah tertulis sebuah nombor telefon dan ada tulisan kecil di hujung kad itu yang bertuliskan Velkovace dalam font berangkai.

Ya, seringkas itu business card milik lelaki itu.

Macam mana dia boleh dapat?

"Call me to remind me about all of the lost data. I will help". Itulah janji daripada seorang Caden Gilbert. Tak tahu la apa yang dia hutang dengan Jasmine sampai sanggup dia tolong wanita ini.

Akhirnya, dia tekadkan juga keputusannya untuk telefon lelaki itu. Bukannya nak menyusahkan tapi dia dah tanya pihak hospital dan mereka berkata,

"Data pesakit Dr., hanya akan ada dengan Dr. sahaja. Pihak kami tidak akan menyimpan data-data lama".

Ada ke logik macam tu?

Kena pula, dia nak guna data salah seorang daripada pesakit itu esok. Untuk membuat kajian memandang pesakit itu satu-satunya pesakit dia yang paling lama pernah dia bedah. Kalau orang Indonesia cakap, langka. Ha pesakit langka, gituew.

Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menekan nombor yang sudah didail.

"Hello". Suara di corong telefon itu mula bersuara.

"Caden?".

"Yes and who are you?".

Teguk air liur juga dia bercakap dengan lelaki ini. Padahal baru sepatah yang terkeluar. Mungkin suara lelaki itu terdengar extra serius kut pada saat itu.

"Jasmine".

"Oh, Dr. Nazia? The data?".

"Ya. Maaf menganggu tapi I telefon untuk minta tolong you pasal data-data tu. Are you okay with that? Maaf kalau rasa ni menyusahkan. I tahu, kita baru jum-".

"3.00 a.m. Call me again, I will pick up to ask you for your email to send the data. Im having an occasion right now". Belum sempat Jasmine menghabiskan kata-katanya, Caden terus bersetuju. Syukur, Allahamdulillah! Harapnya, dia tak rasa terbeban la.

"Terima kasih dan maaf sebab ganggu you".

"Its okay, sweetheart. I gotta go, laters baby". Terus panggilan dimatikan.

"Dia panggil aku apa tadi?". Jasmine merenung skrin telefonnya.

"Dia panggil aku 'baby'? Ha?". Jasmine menggaru-garu kepala, masih tidak dapat menangkap apa yang baru sahaja dia dengar.

🦋

We got our second-lead romance here!

Comment your thoughts!

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now