"Alex, Alex. Kalau kau takut, lain kali jangan ikut aku!".

🦋

"AMPUN boss! Ampun!". Terpisat-pisat Jasmine membuka mata apabila terdengar suara yang sama seperti yang didengar di dalam lif itu. Bezanya, kalini dia seakan-akan merayu-rayu kepada seseorang.

"I asked you to bring her nicely not to kidnap her! Yang kau pergi ketuk kepala dia pakai pistol tu buat apa? You wanna kill an innocent person, don't you?". Sinis tetapi tetap tenang suara itu bertanya di hujung kata-katanya.

"I ada dekat ma-mana ni?". Itu pula suara Jasmine yang baru tersedar daripada alam gelapnya. Dah berapa jam agaknya dia pengsan erk?

Sesekali tangannya memegang kepala yang masih terasa berdenyut-denyut itu.

"Boss, dia dah bangun". Ini suara Melvin. Dah okay dah kot dengan ibunya. Kalau tak, memang dia akan berkurung dalam bilik 24/7. Kalau dia bergaduh dengan ibu dia.

Berkurung dalam bilik buat apa? Pecahkan kaca, pecahkan pasu, tingkap. Orangnya panas baran, apa boleh buat.

Tapi, tak boleh lawan panas baran Lee. Ha, kalau Melvin pun dah teruk macam tu panas barannya. Agak-agak Lee macam mana? Belum pernah tengok kan macam mana dia mengamuk.

Kerusi besi ditarik untuk diduduki oleh Caden. Berhadapan dengan Jasmine.

Agak terkesima Jasmine dibuatnya apabila dia bertentang mata dengan sepasang mata berona hijau milik seseorang yang seperti dia kenali. Tapi, siapa?

"Dr. Nazia?".

"Jasmine".

"Nazia it is". Tetap berkeras Caden ingin memanggilnya Nazia. Fikirnya, biar unik sikit.

"Macam mana you kenal I?". Tersekat-sekat suaranya ingin bertanya tetapi dihalang oleh batuk yang agak kuat yang menyemburkan beberapa percik darah keluar daripada mulutnya sehingga terkena muka Caden.

"Look what you have done, Adam Lee". Matanya tajam menjeling Lee yang sedang terkemut-kemut di hujung dinding bilik itu. Takut la tu!

"You belum jawab lagi soalan tadi". Jasmine menarik lengan baju kemeja biru gelap yang dipakai oleh lelaki dingin itu ketika dia baru sahaja ingin bangun daripada duduknya.

"Aidan, bawa dia masuk bilik. Lepastu call Dr. Anggun". Lengannya direntap, melepasi pegangan Jasmine.

"Baik!".

"No, no takpe. I doktor. I boleh-". Belum sempat Jasmine menyambung kata-katanya, dia terbatuk lagi. Kalini, lebih banyak darah yang terkeluar. Dah kenapa? Bukan dia kena pukul dekat kepala ke?

"Jangan degil, Dr. Nazia".

Sejurus selepas kata itu, lelaki yang penuh wajahnya dengan darah itu keluar daripada bilik yang sudah semacam stor itu diikuti oleh yang lainnya kecuali Aidan. Ikatan di tangan Jasmine dibuang oleh Aidan dengan berhati-hati. Takut tercalar pula kulit bidadari cantik di hadapannya ini.

"Hai, Dr. Nama aku, Aidan. Aku ni anti perempuan tapi disebabkan kau, aku kena berinteraksi dengan perempuan. Its okay, one woman won't hurt, right?".

'Ada aku kisah kau anti perempuan ke tak?'. Fikir Jasmine.

"Jom cepat. Nanti boss marah". Kata Aidan lagi sambil mulutnya mengunyah gula-gula getah yang entah datangnya daripada mana itu.

"Tak nak!". Jasmine tiba-tiba berteriak.

'Dah kenapa perempuan ni?'.

Aidan yang dah gabra, tak tahu nak buat apa tu, terus menjadi sedikit berang. Sedikit ya. Banyak-banyak tak boleh.

"Apa yang tak nak? Kau nak kena pukul lagi ke?".

"Unless you wanna be killed by Gilbert, go on, hit her". Suara Melvin yang entah bila masanya muncul di hadapan pintu bilik itu menyentakkan kedua-dua daripada mereka. Lagi-lagi Aidan. Suara perlahan penuh amaran itu cukup untuk membawa getaran debaran ke seluruh rusuknya.

"Gurau je. Dah perempuan ni yang lembab sangat".

"Kerja senang pun kau tak tahu nak buat kan? Tulah, selalu sangat main game". Sambil mengomel, sambil Melvin mengangkat tubuh Jasmine untuk diheret masuk ke dalam bilik yang lebih selesa.

"Lepaslah! Apa korang nak buat ni?!!". Jasmine terus-terusan menjerit. Tidak sanggup untuk menanggung nasib buruknya yang sebentar lagi akan terjadi.

"Diam". Sepatah sahaja Melvin memberi arahan.

🦋

Comel kan diorang?

Hehe, don't forget to comment and vote okay?

Thank you!

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now