" Dah call tapi tak angkat. Tak kan kau tak tahu dia kat mana? Waktu mata pelajaran akhir kan kau ada dalam kelas." Soal Harris. Kakinya mula melangkah masuk semula ke dalam bangunan sekolah.

" Tu lah, lain kali jangan ponteng kelas. Tengok sekarang ni bini kau dah hilang! "

Bebelan Iqbal di corong telefon tidak diendahkan. Melilau mata Harris mencari kelibat Sara.

" Hah aku dah ingat! Tadi Sara kata dia nak pergi tandas."

Terhenti pergerakan Harris. Jelas terlakar kerutan di dahi jejaka itu.

" Tandas? "

|...|...|...|...|...|

Paip air di tutup selepas digunakan. Sara membelek mukanya di hadapan cermin yang berada di dalam tandas itu. Aku cantik, aku tahu. *flip author

Bangga ar tu.

Kaki mula melangkah keluar dari tandas perempuan yang terletak bersebelahan dengan dewan utama. Beg sekolahnya yang berada di atas bangku diselongkar untuk mencari Iphone miliknya.

Terhenti perbuatan Sara apabila telingannya menangkap bunyi sesuatu terjatuh. Terus tegak bulu roma gadis itu.

Sara pusing ke belakang. Cuba mencari di mana datangnya bunyi itu. Kenapa? Kenapa dia rasa macam dirinya di perhatikan oleh seseorang?

Mata hazelnya hanya merenung pada belakang dewan utama. Entah kenapa firasat Sara mengatakan bahawa ada sesuatu di belakang dewan itu.

Sedar tak sedar, kakinya sudah melangkah mendekati belakang dewan utama. Semakin dia dekat, semakin berdiri tegak bulu romanya.

Lagi dua tapak dan....




















Mbahhhh!! Iklan jap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mbahhhh!! Iklan jap.

Back to story -

" Sara! " Tersentak gadis itu apabila tangannya di rentap dari belakang. Segera dia mengalihkan pandangan. Wajah kepenatan harris mula memenuhi ruang mata.

" Finally... Jumpa pun kau." Badan isterinya di tarik ke dalam pelukan. Erat.

Hanya tuhan saja yang tahu bertapa risaunya Harris apabila kelibat Sara tidak kelihatan di tandas-tandas yang lain.

Entah bagaimana dia boleh terfikir untuk pergi ke tandas yang terletak di sebelah dewan utama Straw Highschool itu.

Lega hati Harris apabila melihat kelibat isterinya yang sedang menuju ke belakang dewan.

Terkebil-kebil Sara yang berada di dalam pelukan Harris. Dapat dirasakan degupan jantung suaminya yang begitu laju ketika ini. Rambut keperangan jejaka itu juga turut bersentuhan dengan pipi bersih miliknya.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now