t w e n t y - e i g h t 🍃

36 8 0
                                    

Nenek memapah lengan aku memandangkan kaki aku tak mampu untuk melangkah.

Semangat aku hilang.

Kau bawa pergi bersama jasad kau sekali.

Pemergian kau amat sakit buat aku, Seok.

Kenapa?

Aku tak setabah yang kau sangka malah aku lemah lebih dari apa yang aku sangka.

Aku terpandang pondok kecil. Aku menangis lagi.

Suara kau menyanyi dengan tenang sambil memetik gitar masih bermain-main di kotak ingatanku.

"Nenek. Tak apa. Hani boleh. Nenek masuk lah."

Aku mengalihkan tangan nenek yang memegang lengan aku itu dengan perlahan-lahan. Nenek macam tak yakin nak tinggalkan aku sendirian di sini.

Namun apabila aku meyakinkannya bahawa semuanya akan baik-baik saja, akhirnya nenek akur lalu masuk ke dalam rumah.

Aku melabuhkan punggung di pondok itu. Aku duduk di tempat yang sama ketika aku duduk bersama kau.

Aku pandang lama kawasan sebelah aku yang kosong. Bayangan kau yang sedang tersandar pada tiang pondok ini sambil menyanyi dan memandang ke langit malam dengan wajah yang bahagia membuatkan aku tersenyum nipis.

Aku rindu.

Aku akan dan sentiasa rindu dengan semua ini.

Tak mampu nak bendung memori manis, aku alihkan pandangan. Mata aku tertancap pada satu peti surat yang sudah berkarat. Cat merahnya sudah terkopek menampakkan besi karat berwarna perang.

Namun itu bukanlah menjadi perhatianku. Yang aku tengok sekarang ini adalah ada satu objek yang tersepi di celah lubang peti surat itu.

Aku buka peti tersebut lalu melihat ada satu sampul surat berwarna coklat yang sudah pudar warnanya dan seakan berkedut yang seperti terkena air itu aku keluarkan.

Sampul surat yang aku sangkakan kecil itu rupanya bersaiz besar. Cuma ia dilipat dalam bentuk kecil supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam peti itu.

Semasa aku membelek, aku terpandang satu tulisan yang tertulis di atas permukaan sampul surat tersebut.

Daripada: Jung Hoseok
Kepada: Park Hani♡

I'm Sorry | HoseokWhere stories live. Discover now