e l e v e n 🍃

29 11 1
                                    

Lima hari aku tinggal di kampung buat sementara waktu.

Tetapi, untuk lima hari ini kau langsung tak datang ke rumah.

Tipulah kan kalau aku tak kecewa?

Tapi aku faham.

Kita kan tengah exam. Kau mesti tengah gigih mengulangkaji, kan?

Hari terakhir aku di situ, aku mendapat satu lagi surat daripada kau. Dihantar oleh 'dispatch' yang sama. Iaitu Wonju.

Dalam surat itu kau tulis:

Nanti cuti sekolah kau balik sini ya?
Aku dah lama tak lepak dengan kau.
Kalau kau nak tahu, aku dah pandai
main gitar.

Dari: Hoseok

Comel!

Masa balik sekolah, aku tunggu kau di pintu pagar. Lama aku tunggu sehinggakan Ren, salah seorang budak lelaki yang juga rakan sekelasku datang menegur.

"Tunggu siapa?" Ren bersuara.

"Hoseok. Dia dah balik ke?"

Ren mengangguk. "Dah lama dah. Dia orang yang paling awal balik."

Aku terpandang satu bangsal yang menempatkan basikal yang dikhaskan untuk pelajar sekolah. Tiada satu pun basikal di situ, termasuklah milik Hoseok.

"Oh, tak apa lah. Thanks, Ren."

Aku senyum nipis. Rasa nak nangis di situ.

"Hari ni hari last kau kan, Hani? Jaga diri kat bandar tu. Ada masa kita jumpa lagi."

Ren meminta diri untuk pergi. Kalau nak tahu, Ren juga budak yang baik selain daripada Hoseok dalam kelas tu. Tapi itulah, tersuka Hoseok pula.

Maknanya, hari last itu aku tak dapat berjumpa dengan kau.

Aku tabahkan hati.

Aku pujuk diri.

I'm Sorry | HoseokWhere stories live. Discover now