e i g h t e e n 🍃

28 10 1
                                    

Pagi itu, aku baru bangun. Yeah, pukul 10 pagi. Itupun sebab ibu dah membebel yang anak dara dia ni lambat bebenor bangunnya.

Kalau tak, aku tidur lagi sekarang ni.

"Kakak! Dah mandi ke belum tu?" laung ibu dari luar bilik.

Aku dengan malasnya bangun daripada katil. Duduk sekejap sebelum bergerak ke bilik air.

Tiba-tiba ibu terjah masuk. Membulat mata dia tengok aku lagi tersengguk-sengguk dekat birai katil.

"Ish budak ni! Dah pukul berapa ni? Tu, Hoseok dah tunggu dekat depan. Pergilah mandi cepat! Tak baik buat orang menunggu lama-lama," bebel ibu panjang lebar membuatkan mata aku yang tadi kuyu kini segar-bugar.

"A-Apa?! Hoseok?" aku pandang ibu.

"Iya lah!" kata ibu dengan penuh geram lalu terus keluar dari bilik.

Hoseok datang? Aduh lah dia ni. Tak pasal-pasal aku kena marah pagi ni sebab biar dia tunggu lama.

Apa?

Dia yang nak datang. Bukan aku suruh pun!

Pagi itu, aku tak mahu berjumpa dengannya. Semasa waktu tengah hari pula, aku bersantai-santai dengan nenek di ruang tamu.

Adik aku masuk ke dalam rumah lalu berdiri tegak di hadapan aku.

"Apa kau nak?" aku menyoal malas.

"Tu, kawan kakak datang."

Aku mengeluh. "Siapa?"

Adik aku angkat bahu. Aku bangun dan pergi ke pintu. Aku jengukkan sikit kepala ke luar.

Kau bersama basikal kesayangan kau itu sudah tersadai di bawah pokok mangga hadapan rumah.

Aku cepat-cepat tarik kepala masuk ke dalam sementara kau tidak nampak aku. Aku segera capai tangan adik.

"Kau cakap dekat dia, aku dalam toilet. Sakit perut. Lepas tu, cakap dekat dia pergi balik dulu."

Sebaik saja aku keluarkan arahan, adik aku dengan pantas berlari ke luar rumah. Aku pula mencicit berlari masuk ke tandas.

Bukan apa, kalau Hoseok tiba-tiba masuk dan ternampak aku kat sini, tak ke dia ingat aku kelentong dia?

Selang lima belas minit, aku keluar dari toilet. Aku jenguk lagi ke luar.

Syukur, kau dah pergi.

Aku menyambung kembali sesi bersantai aku yang tergendala tadi dengan tenang.

I'm Sorry | HoseokWhere stories live. Discover now