t w o 🍃

58 12 1
                                    

Tahun 2014-2015

Keluarga aku terpaksa berpindah ke kampung halaman ayah kerana menghadapi masalah kewangan semasa tinggal di bandar.

Aku bersekolah di sekolah kampung.

Bagi aku, budak-budak kampung di sini semuanya baik belaka. Tapi, ada juga beberapa budak lelaki yang nakal. Terutamanya rakan sekelas aku.

Boleh dikatakan mereka itu amatlah menyakitkan hati. Mereka suka mengejek aku kerana ayah aku botak.

Apa? Pelik sangat ke orang lelaki botak? Mereka tak pernah tengok orang botak ke sebelum ni?

Tak cukup dengan ejek, ada juga yang membuli aku. Beg sekolah, bekas pensel serta buku aku disorok, botol air aku juga pernah diisi dengan pasir yang diambil daripada longkang oleh mereka.

Tetapi, ada seorang budak lelaki yang tak pernah langsung membuli mahupun mengejek aku sepertimana yang budak-budak nakal itu lakukan.

Saat itulah aku mengenalinya.

Dia budak lelaki yang baik,

Jung Hoseok.

I'm Sorry | HoseokWhere stories live. Discover now