f i v e 🍃

31 12 0
                                    

Setelah tiga bulan lebih aku berkawan sambil menyimpan perasaan pada kau, ayah mengatakan bahawa mahu berpindah ke bandar kerana dia ditawarkan untuk bekerja di sana.

Semuanya berlaku secara mengejut.

Disaat aku sudah mula selesa dengan suasana di sini, keluarga aku harus berpindah pula.

Aku berat hati untuk tinggalkan kampung ini.

Aku berat hati untuk tinggalkan kau.

Tapi apakan daya,
kalau aku terus duduk di sini mungkin akan menyusahkan nenek yang sudah semakin tua.

Mahu atau tak, aku terpaksa menurut.

I'm Sorry | HoseokWhere stories live. Discover now