Cantik.

Tengku Sara Irdina

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Tengku Sara Irdina

Tersentak jejaka itu apabila tangannya yang dihulur pada Sara sebentar tadi dicapai sebelum digenggam.

Tangan kanannya elok memegang tangan Sara manakala tangan kirinya memegang beg tangan si isteri.

Tidak menunggu lama, kaki diatur turun ke tingkat bawah. Kelihatan Syafiq yang sedang memeluk tubuh memandang tajam kearah mereka.

Harris dan Sara tersenyum kekok memandang syafiq yang berjalan menghampiri mereka. Tidak lupa juga dengan pandangan tajam jejaka itu.

" Along cakap apa--"

" Dah nak pergi ke? "

Kepala ditoleh memandang Tengku Hasni yang sedang berjalan kearah mereka. Harris dan Sara menghela nafas lega.

Alhamdulillah, makcik straw datang... Eh--

" A'ah. Mama nak apa-apa ke? " Tengku Hasni menggeleng perlahan. Bibir mengukir senyum kecil apabila matanya terjatuh pada tangan Sara yang digenggam erat oleh Harris.

" Hati-hati. Along jaga Sa--"

" Dia dah ada suami ma. Buat apa along nak jaga dia." cantas Syafiq terlebih dahulu. Tengku Hasni hanya tersenyum kecil.

" Iyalah. Kalau macam tu pergi cari kan mama menantu."

Jeda.

" Okay lah ma. Syafiq tunggu dalam kereta dulu." Pipi Tengku Hasni dikucup sekilas sebelum Syafiq melangkah keluar dari banglo itu.

Tengku Hasni menggeleng perlahan. Alahai anak terunanya yang seorang ini. Dia memandang pula pada Harris dan Sara yang sedang menahan diri dari ketawa.

" Sudah lah tu. Shuh shuh! sila keluar dari rumah ini ye. Nanti tutup pintu. Bye, assalamualaikum."

Eh--

" Waalaikummusalam..." Mereka berdua hanya memandang Tengku Hasni yang sedang menapak naik ke tingkat atas. Isteri siapa ni?

Isteri aku lah. — Tengku Azhar

Menyempat lak

" Dah jom." Tangan Sara ditarik Harris sebelum mereka berdua melangkah keluar dari rumah.

|...|...|...|...|...|

" Kita nak pergi mana? " Bisik Sara perlahan. Tangan suaminya digengam erat. Biarlah tangan suami aku, bukan suami kau.

The Bad Boy's Wife | OGOnde histórias criam vida. Descubra agora