•IYANARA | 27•

Start from the beginning
                                    

Aralyn yang tadinya terkedu akibat ditolak kini memegang perutnya. Mata dipejam rapat tatkala rasa sakit menyerang. Dia bangun perlahan-lahan. Airmata yang menitis diseka lembut. Dia turut masuk ke bilik tetamu yang terdapat bersebelahan dengan dapur.

Punggung dilabuhkan di atas katil. Bibir diketap rapat menahan sakit. Umi, tolong adik umi. Sakit. Rintihnya di dalam hati bersama airmata di pipi. Dia kemudiannya baring meringkuk sambil tangan masih di perut. Perlahan-lahan dia tertidur dalam keadaan menangis.

PINTU rumah ditolak perlahan sebelum kaki menapak masuk ke dalam. Kelibat anak menantu mereka dicari. Aik... Mana pulak budak berdua tu? Kereta ada. Soalnya di dalam hati. Wajah suaminya dipandang sekilas.

"Abang naik lah dulu. Naura nak tengok Husna kejap." Ujar Tengku Naura lembut.

Tengku Rayqarl mengangguk perlahan. "Jangan lama-lama nanti abang rindu." Mata dikenyit sebelum dia memberikan flying kiss buat isterinya itu.

Tengku Naura tergelak kecil. Namun, dia pantas membuat gaya seolah-olah menyambut pemberian itu. "Mengada lah abang ni." Kepala digeleng perlahan sebelum kaki melangkah menaiki tangga.

Heh... Tua-tua pun sweet. Tau tak readers dengan author ni single? Nak sweet-sweet pulak, lemekkk. Huh. Okay okay back to story:D

Tengku Rayqarl hanya memandang isterinya sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Qashah? Husna?" Pintu bilik anak lelakinya itu diketuk perlahan beberapa kali.

Dek kerana tiada sebarang sahutan, wanita itu mengambil keputusan untuk masuk bilik anaknya. Eh! Tak kunci? Hairannya dalam hati. Katil Riyyan didekati. Keningnya berkerut terkejut tatkala melihat wajah Riyyan penuh dengan lebam.

"Astaghfirullahalazim,"

Punggung dilabuhkan di sebelah lelaki itu.

"Qashah, bangun Qashah." Kejut wanita itu seraya menggoncang sedikit lengan Riyyan.

Riyyan yang tersedar itu pantas membuka mata. "Eh! Mummy dah balik? Kenapa ni?" Soalnya seraya menggosok mata.

"Ni apa benda kat muka Qashah ni?" Lebam di muka anak lelakinya itu ditekan.

Riyyan yang terasa sakit dengan perbuatan Tengku Naura itu pandang bangun duduk di atas katil. "Aduh! Sakitlah mummy. Jangan lah tekan." Rengek lelaki itu.

"Haa kenapa ni? Jangan cakap awak gaduh dengan Husna lagi." Soalnya serius.

"Bukan lah. Takkan Qashah nak bertumbuk dengan Husna kot."

Kening dijongket memandang Riyyan. "Habis tu?"

"Nanti lah Qashah cerita." Jawab lelaki itu ringkas.

"Yelah. Ni ha, Husna mana?" Soalnya lagi.

Riyyan mengangkat kedua-dua bahunya menandakan bahawa dia tidak tahu. "Ada lah tu dalam bilik lain kot. Mummy jangan risau lah, tak ada siapa pun nak culik dia." Ujarnya malas.

Kepala digeleng perlahan. "Sudah. Bangun siap-siap nak maghrib ni. Mummy nak cari Husna. Kalau harapkan awak memang tak adanya lah nak cari orang tu. Nak tunggu hilang dulu baru nak cari agaknya." Perli wanita itu sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Riyyan menggaru kepalanya yang tidak gatal mendengar ayat ibunya itu. Dia pantas bangun dan menapak ke bilik air.

Tengku Naura memeriksa satu persatu bilik di tingkat itu namun hampa. Kelibat gadis itu tetap tiada. Bilik tetamu bawah agaknya. Bisik wanita itu di dalam hati. Kakinya melangkah turun ke bawah pulak. Pintu bilik tetamu yang tidak jauh dari dapur itu dibuka perlahan.

Tubuh Aralyn yang sedang tidur meringkuk di atas katil bersama mata yang sembab sambil memegang bawah perutnya menyapa pandangan.

"Ya Allah sayang. Kenapa ni?" Dia pantas melangkah ke katil itu. Punggung dilabuhkan di atas katil itu. Rambut gadis itu diusap lembut.

Aralyn yang terasa seolah-olah disentuh seseorang tersedar dari tidurnya. "Mummy? S... Sorry Husna tertidur." Ujarnya lembut sebelum perlahan-lahan bangkit dari baring.

Tengku Naura menggelengkan kepala. "Tak apa. Husna okey tak ni? Kenapa menangis? Qashah ada buat apa-apa pada Husna ke?" Soal wanita itu lembut.

"Eh! Tak mummy tak. Dia tak buat apa-apa pun cuma ari-ari Husna sakit sikit tadi tapi dah okey dah." Senyuman nipis dihadiahkan buat ibu mertuanya.

"Ya ke? Lain kali kalau sakit cepat-cepat bagitahu mummy eh. Kalau mummy tak ada kat rumah, call je mummy. Jangan tahan je tau sakit tu, bahaya. Ni macam mana boleh sakit? Husna ada jatuh kat mana ii ke?" Soalnya lagi dek kerana risau akan menantunya itu.

"Haah tadi terjatuh kat tangga. Tapi mummy jangan risau Husna dah okey dah sekarang." Jawabnya lembut.

Tengku Naura hanya mengangguk. "Ouh. Lain kali hati-hati ya. Nanti nak apa-apa panggil je mummy. Boleh bangun tak ni? Dah nak maghrib ni. Nanti lepas ni kalau Husna tak larat nak naik atas Husna duduk je dalam bilik ni tau. Okey lah mummy keluar dulu. Husna rehat eh sayang." Dahi gadis itu dikucup lembut sebelum keluar.

Aralyn hanya memandang wanita itu bersama senyuman. Hilang sahaja kelibat Tengku Naura, senyumannya pun perlahan-lahan pudar dari bibir. Kata-kata Riyyan petang tadi sekali lagi merentap hatinya.

Sampai hati Iyan fikir macam tu. Rintih hatinya. Tidak mahu terus melayan perasaan, dia melangkah ke bilik Riyyan untuk mengambil beg pakaiannya. Mujur lelaki itu tiada di bilik. Seketika kemudian dia turun ke bawah dan masuk ke dalam bilik itu semula. Tuala diambil sebelum kaki menapak ke tandas.

RIYANARA | YOU'RE THE ONEWhere stories live. Discover now